Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Wordless Wednesday #19 Jurugambar PANAS!!

Memang panas betul bila tengok gambar ni. Jurugmabar beraksi di tengah panas terik. Nak buka mata pun susah. Makin gemuk la pula bila tgk gambar ni. Harap-harap target nak turun 5kg tahun 2012 akan berjaya. Tapi untuk bulan Jan ni dah naik 1kg, jadi kena turunkan 6kg lagi untuk capai target. Gambar dari Nurulhuda jurugmabar perkahwinan dari cmratu.com 

Gambar Outdoor Perkahwinan Izwan dan Ekin

Baru perasan tak update pun gambar outdoor pasangan ini yang majlis persandingan berlansung pada minggu lepas 22 Januari 2012. Sekarang ni saya cuba untuk upload gambar-gambar di FB Fan Page CMRatu Fotografi  itu yang boleh terlupa nak kongsikan di blog. Banyak sangat pun susah juga. Jangan sampai yang kejar tak dapat yang di kendong berciciran.  Port kali ni memang best sayangnya tak da perancangan terperinci dah tu berdua ja dengan isteri idea pun tak banyak sangat. Pengalaman baru bila terpaksa berdiri tepi kereta apa yang laju atas jambatan laluan keretapi.  Insyallah kalau ada tugasan jurugambar perkahwinan di area berdekatan saya akan datang ke sini lagi. Tempat ni memang sangat best. 

Pakej fotografi perkahwinan murah

Nak cari pakej fotografi perkahwinan yang murah dengan kualiti yang ok? boleh la lihat pakej jurugambar perkahwinan dari cmratu.com untuk tahun 2012. Rasanya antara yang termurah di Malaysia tapi sesuai la dengan kualiti yang di berikan. Kualiti? anda nilai sendiri. Lain orang lain pandangnnya. Bagi yang berada di area Pulau Pinang boleh la terus berhubung dan berjumpa untuk lihat sendiri kualiti pakej ini. Kalau tak boleh la lihat contoh custom album yang kami sediakan. Insyallah kami buat yang terbaik untuk setiap pelanggan kami. Nak tengok portfolio sepanjang tahun 2011 sila la melawat cmratu.com . Dari RM650.00 untuk satu majlis kan murah tu. Kalau yang berminat nak buat guest book perkahwinan  dengan custom album pun boleh. Bermula dari RM900.00 sahaja, murah kan? Kalau nak murah lagi, boleh email saya muktasim.pm@gmail.com kita cuba berbincang, mungkin boleh di kurangkan barang untuk setiap pakej bagi memenuhi budget anda. Kalu boleh la, kalau tak boleh saya minta maaf ...

Terima Kasih Blogger Hebat

Terima Kasih tak terhingga buat blogger hebat shakiddo.com (KID) kerana sudi memberi hadiah kepada saya. Hadiah apa? Hadiah yang cukup memberi manfaat dalam hidup saya. Buku ' Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa ' yang penuh dengan informasi tentang ilmu agama. Memang banyak persoalan yang terjawab dengan membaca buku ini. Tak semestinya perlu baca keseluruhan buku, kita boleh pilih persoalan yang kita hendak dari isi kandungan. Memang buku yang amat baik dan rasanya perlu di miliki bagi di jadikan bahan rujukan bila ada kemusykilan.  Kenal tak blogger hebat yang saya maksudkan ini? kalau tak kenal biar saya kenalkan setakat mana yang saya kenal la. Saya mula kenal blog shakiddo.blogspot.com masa mula-mula menceburkan diri dalam dunia blog. Ramai lagi blogger hebat yang ada tapi saya tertarik bila blog shakiddo.blogspot.com ini merupakan antara blog berbahasa melayu .BLOGSPOT yang mendapat Pagerank (PR) 4. Boleh kira dengan jari rasanya .BLO...

Best Photography Blog, boleh ke?

Saya ni mudah terpengaruh, asal apa orang lain buat saya nak juga buat. Kadang-kadang tu tak ukur baju di badan sendiri . Main redah je. Jadi kali ni saya TERjoin The World Bloggers & Social Media Awards 2012. World ke? nampak blog-blog dari Malaysia je. Tak kisah la, bukan ada harapan sangat pun, tengok pesaing semua dah jauh di depan. Tapi tak salahkan mencuba.. Di kesempatan ini saya minta jasa baik rakan-rakan blogger yang singgah atau TERsinggah ke blog ini sudi-sudi la buat undian untuk ketagori  Best Photography Blog.  Cara mengundi Pergi ke World Bloggers and Social Media Award 2012 Sign Up (kurang dari 2 minit) Undi cmratu.blogspot.com Sekarang ni blog dunia cmratu cuma menerima 13 undian, harap ada yang sudi menambah. Nak tengok koleksi gambar-gambar dalam blog ini? sila la singgah portfolio asal Jurugambar Perkahwinan   di cmratu.com. untuk gambar-gambar selain perkahwinan lihat di FLICKR . 

Pengalaman kena denda di sekolah

Bila tak ada idea untuk post (ada sebenarnya tapi gambar dalam lap top ni guna PC) terjumpa pula contest dari blog lain maka gatal tangan nak join walaupun sedar diri tak kemana pun, maklumlah yang join semuanya blogger-blogger hebat kat Malaysia ni. Nak tahu tentang pengalaman kena denda di sekolah ? walaupun saya dah menjadi guru tak semestinya saya ni pelajar yang baik semasa menjadi pelajar sekolah dulu. Tsk tshu nsk pilih yang mana satu, sebab banyak sangat pengalaman kena denda di sekolah dari sekolah rendah hingga sekolah menegah, cuma masa di tingkatan 5 rasanya tak ada dah kena denda, mungkin dah dapat kesedaran masa tu. Saya ni antara murid yang sangat nakal masa sekolah dulu. Jangankan denda, waris pun kena panggil datang sekolah. Tapi bagus juga, dengan pengalaman macam ni buat saya mudah faham pelajar-pelajar bermasalah di sekolah. Cuma yang saya risaukan anak saya tak mustahil akan jadi macam saya, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Jadi kenalah bersedia fizikal da...

Lagu Ombak Rindu (taubat) dengar, simpan dan kongsikan

Tersentuh dan terharu saya pada usaha murni mereka yang mengolah lagu asal nyayian Hafiz dan Adira ini. Ombak rindu menjadi fenomena industri filem baru-baru ini (saya belum tengok lagi). Dan lagu ombak rindu nyayian Hafiz dan Adira pun dah menjadi antara pilihan pendengar di radio-radio. Jadi jom kita sama-sama dengar, simpan dan kongsikan lagu yang dinyayikan oleh Mr.Bie dan video oleh Abu Firzan Fadzil ini. Sama-sama kita hayati lirik lagu ini. Boleh juga di gunakan dalam majlis motivasi. Tahniah atas usaha murni mereka ini. 

Kesan Popular Minggu Ini

Bermula Januari 2012 trafik blog ini terus menjunam jatuh. Income di Nuffnang pun menjunam sama. Pernah satu ketika blog ini menerima purata trafik 1000UV sehari . Tetapi, setelah keyword yang sering menjadi perhatian kaki tangan awam ketika itu tidak lagi di cari maka trafik blog ini terus jatuh hari demi hari. Dari purata 300UV sehari hinggalah tinggal 150UV sehari. Maka atas nasihat Puanbee.com di bahagian komen iaitu menulis dan memilih keyword yang dicari tidak bermusim saya pun cuba mempelbagaikan entry saya. Tapi usaha ini masih belum berjaya dan saya yakin perlukan masa yang panjang.  Blog ini juga di lihat mesra SEO selepas mempratikkan ilmu-ilmu dari shakiddo.com , ceritamamat.com ,  ariffshah.com ,  denaihati.com ,  forblogger.net  DLL. Jadi apa yang perlu saya buat adalah memilih keyword yang sesuai.  Dah melalut dari tajuk pula. Sebenarnya tajuk ini adalah berkaitan dengan entry  Berhati-hati dengan duit syiling baru 50sen saya saya pos...

Tempahan Buku Tetamu (Guestbook) Perkahwinan

Jurugambar perkahwinan , cmratu fotografi mencuba sesuatu yang baru, iaitu menyediakan pakej fotografi pra perkahwinan (pre wedding) berserta album sebagai buku tetamu ( guestbook ) perkahwinan yang semakin hari menjadi trend majlis perkahwinan masa kini. Biasanya  buku tetamu  ( guestbook ) ini di letakkan di pintu masuk hadapan majlis untuk para tetamu yang hadir menurunkan tanda tangan dan memberi ucapan kepada pengantin.  Kita boleh lihat ada pelbagai jenis  buku tetamu  ( guestbook ) yang di buat khas untuk pengantin. Ada yang menggunakan  buku tetamu  ( guestbook ) yang sedia ada terjual di kedai-kedai buku malah ada yang DIY dengan kreativiti tersendiri.  Untuk cmratu fotografi pula, kami cuba memberi kelainan dengan menggunakan custom album sebagai  buku tetamu  ( guestbook ) perkahwinan. Ini bukanlah idea asal cmratu fotografi kerana dah banyak jurugambar yang buat pakej seperti ini. Custom album ini pula di buat dengan m...

Berhati-hati dengan duit syiling baru 50sen

Tahu tak bank negara Malaysia ada keluarkan duit baru bermula tahun 2012? kalau tak tahu boleh la google cari. Hehe, tak da plak share kat blog ni masa pelancaran duit baru ni. Kenapa kena berhati-hati? Tujuan saya menulis ni bukan nak salahkan mana-mana pihak, saya yakin yang mencipta rekabentuk duit syiling ini pasti bukan calang-calang orang dan pasti pelbagai kajian telah di lakukan dengan sebaik mungkin. Tapi apa yang berlaku kepada ibu saya pagi tadi membuka mata saya. Semasa pergi ke pasar baki wang sepatutnya 40sen tapi dia terima 70sen, sekeping 20sen duit syiling lama dan sekeping lagi 50sen baru . Dah balik baru perasan. Rupa-rupanya saiz duit syiling 50sen baru ni hampir sama dengan duit syiling 20sen lama. Kalau sekeping 2 memang tak rasa, tapi bayangkan kalau tersalah bagi 100 keping? dah rugi berapa ringgit tu? Jadi saya nak tolong ingatkan sahaja, berhati-hati dengan duit syiling baru 50sen ni. Kalau orang lain yang tersalah bagi kita pulangkan dan beritahu dia s...

kembali bertugas

Tak sempat nak tulis blog 2 hari dah. Hari ni kembali jadi jurugambar perkahwinan. Tulis entry ni di butik pengantin, tgh tunggu pengantin bersiap. Published with Blogger-droid v2.0.3

Terkini SBPA - 3 Bulan Kaji SBPA

Tak tahu la mana yang betul, pelbagai tanggapan yang saya dengar dari rakan-rakan penjawat awam mengenai SBPA ini. Adakah ini benar-benar kerana mahu mengkaji atau kerana pihak kerajaan rasa terlalu awal memberikan kenaikan gaji SBPA atas alasan PRU 13 nampak bukan dalam masa terdekat selepas keputusan mahkamah tinggi 901 memihak kepada DSAI. Mungkin Dato' Seri Najib (DSN) tidak mahu sejarah PRU 12 berulang, apabila kaki tangan awam lupa kepada jasa Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah menaikkan gaji kaki tangan awam tetapi tidak memberi bonus pada 2007. Sedangkan kenaikan gaji yang di berikan lebih besar dari bonus yang biasanya kaki tangan kerajaan terima sebelum ini.  Sudah pasti DSN melakukan sesuatu yang bijak bagi memastikan peluang untuk Barisan Nasional terus kekal sebagai kerajaan di negara ini dalam PRU 13 nanti.  Petikan dari utusan. KUANTAN 21 Jan. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan Tan Sri Ismail...

Kontest pertama azmanisma.com hadiah lumayan

Kontest apa? Jom la baca, rugi kalau tak cuba nasib join kontest kali ni. Hadiah cukup lumayan. Saya kali pertama terjah blog azmanisma ni. Blog yang menarik, lepas ni saya akan rajin singgah la blog ni. Saya jumpa Kontest di dari blog puanbee , antara top blogger kat Malaysia ni. Setakat ni masih belum ramai yang join Kontest ni jadi peluang masih terbuka luas.  Apa syarat penyertaan contest ni? jom la baca di kontest pertama blog www.azmanisma.com .  Hadiah? saya kongsikan disini, memang terbaik.  Menginap 2 hari 1 malam di Holiday Inn Resort Penang + breakfast untuk 2 orang (Feringgi Tower Seaview)Voucher Valid sehingga 9/5/2012) Makan malam untuk 2 orang di www.enakkl.com .(berharga rm 200) keping Cloth Diaper berharga rm150 tajaan zigiezag cloth diaper malaysia. Tarikh tutup pendaftaran pada 1 februari 2012. Sila hebahkan kepada rakan-rakan diblog, serta tweetkan supaya rakan-rakan anda tahu berkenaan dengan kontest ini. Kalau dapat hadiah utama ni kan best. Tu...

Wordless Wednesday #18 - Budak Perempuan Comel

Lagi gambar Damia Maisarah. Model tetap jurugambar perkahwinan cmratu.com. Comel tak budak perempuan ni? makin hari makin cerdik, makin berat tanggungjawab menjadi seorang ayah. Banyak dah perkataan yang Damia Maisarah pandai sebut antaranya 'nak main' dan 'bye-bye'.  Nantikan gambar-gambar budak perempuan comel bernama Damia Maisarah ni di entry-entry akan datang. Hujung minggu ni dah bermula kembali tugasan sebagai jurugambar perkahwinan 

Gambar blur tapi saya tetap suka

Sebenarnya saya ni jenis yang paling tak suka gambar yang blur (yang tidak di sengajakan) iaitu berpunca daripada getaran tangan atau tidak kena pada fokus. Biasanya saya akan delete terus gambar-gambar blur ni. Tapi sekarang ini saya tidak lagi mendelete gambar-gambar blur sebab kadang-kadang peristiwa (moment) dalam gambar tu berharga walaupun blur. Jom lihat kembali tips dari Saiful Nang  yang pernah saya kongsikan dulu berkaitan 'moment'. Perkara ini benar-benar membuka minda saya. Terbaru peristiwa yang saya rasa sanggat berharga walaupun blur. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Damia Maisarah dah laju lari sekarang ni, sayang betul blur pula gambar ni. Fokus tak kena pada mata Damia Maisarah, aperture F1.8 memang kena pada kawasan yang kecil. Baru saya tahu bertapa sukar nak dapat gambar budak yang aktif macam Damia Maisarah ni.  Tapi kalau bab custom album saya akan cuba untuk elakkan gambar-gambar blur. Saya akan cuba sedaya upaya saya memilih gambar-gamb...

Baucar Buku rm200 sudah mula di tuntut

Saya sudah pun dapat dah dah habis pun guna baucar buku rm200 ni. Ramai lagi yang belum terima, maklumlah banyak IPTA baru sahaja tamat peperiksaan akhir. Bagaimana nak buat tuntutan? maacam saya ni kes khas, kumpulan pelajar PJJ PPG UPSI di beri baucar buku rm200 ini semasa Peperiksaan Akhir sabtu lalu di pusat peperiksaan masing-masing. Terima kepada UPSI kerana prihatin dengan pelajar-pelajar PJJ dan tidak abaikan kami. Ikutkan hati tak ambil dah di UPSI, kos nak ke UPSI pun dah hampir rm200. Gambar baucar buku rm200, 4 x rm50 Seperti mana yang di umumkan dalam belanjawan 2012 oleh PM, setiap pelajar IPT dan tingkatan 6 akan di beri baucar buku rm200 bagi membantu golongan pelajar. Satu usaha murni yang diharapkan berterusan tanpa menunggu tahun akhir sebelum pilihanraya umum baru dijalankan. Maklumlah ramai yang kata ini merupakan gulu-gulu PRU 13 akan di adakan tidak lama lagi.   Agihan bantuan rm500 juga sudah mula di buat. Buku apa yang saya beli? nanti ada masa saya ...

Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia dibuka

Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) boleh mula di buat bermula 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal. Jom baca berita dibawah ini, siapa yang layak jangan lepaskan peluang. KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan semalam akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun. Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad. Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal. Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta melalui Malaysia Developmen...

Terkini SBPA - Sah ditangguhkan

Berita yang cukup menyakitkan hati kaki tangan awam. Saya tak faham siapa yang bangkang dan tidak setuju dengan pelaksanaan SBPA ini. Adakah kerana jumlah kecil yang tidak bersetuju mempengaruhi kesemuanya. Kita tidak pasti apa tujuan dan perancangan kerajaan yang sebenarnya. Tapi saya yakin penanguhan ini mengecewakan banyak pihak. Pihak kerajaan perlu lakukkan sesuatu untuk kembalikan keyakinan kaki tangan awam.  SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengesahkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda sebentar tadi. Pagi tadi, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara mengenai isu itu. "Ya betul, SBPA ditangguhkan . Tetapi setakat ini belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan...

Kelebihan Motosikal Yamaha Ego

Tajuk apa pula ni? dah lama tak menulis blog ni, hari ini 12 Januari 2012, isteri saya Nurulhuda telah mengalami kemalangan semasa hendak pergi ke tempat kerja. Nampak teruk, tapi semua ini kuasa Allah, alhamdulillah cuma luka di bahagian muka dan menerima 3 jahitan di kaki. Lain-lain macam biasalah, sengal seluruh badan. Jom tengok gambar selepas kejadian, masa ini saya dah pun ke hospital dan isteri berada dalam ambulans. Gambar di ambil oleh abang saya dengan iphone 4.  Terukkan? saya pun terkejut masa sampai ke tempat kejadian melihat bamper kereta myvi yang langgar ni jatuh. Mesti kuat dia langgar motosikal Yamaha Ego ni.  Ini yang saya nak kongsikan bersama rakan-rakan, kelebihan motosikal Yamaha Ego, iaitu tempat letak kaki di hadapan (kebanyakkan motosikal skuter pun macam ni). Dalam kemalangan ini kereta myvi ini melanggar dari sebelah tepi dan isteri saya bernasib baik kerana kakinya tidak terkena rempuhan tersebut. Saya tak dapat bayangkan kalau dengan motosikal ...

Gambar Perkahwinan Azren dan Hassan

Baru hari ni sempat upload gambar-gambar majlis persandingan dan outdoor pasangan Azren dan Hassan. Minggu ini sibuk dengan mengemas rumah sewa. Akhirnya keuar dari rumah kediaman ibu dan ayah saya. Harap saya mampu hidup berdikari dan menjadi suami dan ayah yang baik. Jom layan koleksi gambar perkahwinan kali ini, penutup tugasan jurugambar perkahwinan untuk tahun 2012.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. Jom singgah tengok contoh custom album dari blog jurugambar perkahwinan cmratu.com. Kami terus berusaha untuk berikan yang terbaik. Insyallah..

Ceramah Agama Menusuk Kalbu dari Ustaz Don Daniyal

Saya suka mendengar ceramah agama di Youtube, antaranya ceramah Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus dan ramai lagi. Inilah antara kelebihan facebook, bila ada rakan-rakan yang suka berkongsi ceramah-ceramah agama dari youtube. Banyak yang saya dah dengar, alhamdulillah tujuan nak mengubah diri menjadi lebih baik. Dalam banyak-banyak yang saya dah dengar, pagi tadi beberapa rakan saya share di facebook ceramah Ustaz Don Daniyal yang namanya mula melonjak naik dalam program 30 minit ustaz don  di tv alhijrah. Memang betul-betul menyentuh kalbu hingga menitis air mata (yang jarang-jarang keluar) ini.  Jadi saya dah pun download youtube ni takut-takut hilang, sebab di youtube ni belum tentu boleh ada selamanya. Tapi harap-harap tak hilang la ceramah yang hebat ini. Harap sangat semua yang terjah blog ni sudi mendengar dan menghayati ceramah ini hingga akhir.  Walaupun dalam usia yang muda Ustaz Don mampu menyampaikan ceramah ni dengan hebat sekali. Tahniah buat ustaz don, ...

CIKGU SENGAL JOIN GROUP SENGAL | SEGMEN SEO

Dah lama rasanya tak join mana-mana segmen atau contest, jadi pagi ni sambil-sambil edit gambar, tengok blog  wancikgumuzik antara top blogger yang guna blogspot. Pernah tersenarai top 500 rank alexa Malaysia. Memang cikgu sengal sebab dalam entry-entry blog ni penuh dengan kata-kata yang sengal. Hehe, boleh ke kata macam tu? penulisan memang sempoi habis, tak skima macam blog saya ni. Jadi boleh la saya kata cikgu sengal . Jangan marah ye. Dah lebih 1/2 tahun menulis blog nak juga cuba skill SEO ni, nak tengok ada di tahap mana. Bila bersaing dengan blog-blog hebat memang kalah la, tu saya akan sentiasa cari keyword yang kurang persaingan, tapi bila dah kurang persaingan, kurang jugalah orang yang cari. Biar kecil asal berhasil.. Setakat ni keyword belanjawan 2012 , pakej jurugambar perkahwinan 2012 , pakej storybook album 2012  dan Pakej Custom Album berjaya berada di top google search, cuba la cari kat google. Kali ni nak tengok cikgu sengal boleh tak berada di first pa...

Pakej Storybook Album 2012

Dah lama sangat siap storybook album ni cuma tak da masa nak publish. Ramai rakan-rakan dan saudara-mara yang dah tengok live. Hari ini baru berkesempatan untuk upload. Saya sangat berpuas hati dengan story book album kali ini. Ini kali ke-3 saya buat storybook album dan semuanya untuk diri sendiri dan bukan untuk customer. Ini kerana saya rasakan pakej custom album lebih sesuai dan tahan lasak berbanding storybook album yang mudah koyak atau rosak jika tidak dijaga dengan baik. Kelebihannya, storybook album lebih ringan dan mudah di bawa kemana-mana. Contoh storybook album 40 muka surat 8" x 8" (Dari Detik Yang Pertama Damia Maisarah) Siapa sahaja pasti mahukan ketahanan dan kualiti gambar itu kekal selamanya. Kalau boleh mahu cucu cicit kita masih dapat melihat gambar perkahwinan kita. Sebab itu saya cadangkan pakej custom album , dan saya juga turut muatkan 'leather box' dalam pakej tersebut atas tujuan bagi memastikan custom album tersebut dapat di simpan dengan...

Perhimpunan 901 realiti atau fantasi?

Rasanya tak pernah lagi saya menulis berkaitan dengan politik. Dan begitu juga kali ini, tidak ada kaitan dengan politik. Saya akan pastikan blog ini bersih politik. Persoalan saya kali ini adalah perhimpunan 901 iaitu satu lagi perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat (PR) pada 9 Januari 2012 di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menjadi rialiti atau pun fantasi semata-mata? Sejarah menunjukkan setiap perancangan perhimpunan yang di buat oleh PR sentiasa menjadi realiti. Tetapi semuanya dengan kesudahan yang hampir sama. Jadi adakah perkara yang sama akan berulang kali ini. Kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang akan terjadi 9 Januari ini, saya harapkan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak di ingini. Biarlah negara ini aman seperti hari ini. Kalau ada pun perhimpunan 901 , biarlah ianya berlaku dengan aman. Saya yakin mejoriti rakyat Malaysia tidak kisah siapa yang memerintah asalkan dapat hidup aman dan damai tanpa pergaduhan atau perang saudara yang tidak mendatangkan keuntu...

Wordless Wednesday #17

Damia Maisarah di Pulau Aman, 1 Januari 2012. Penuh emosi.

Ibu Nur Amalina beri penjelasan

Baru-baru ini kita di gemparkan dengan kisah Nur Amalina yang telah berubah. Saya tak mahu cerita lebih lanjut mengenai cerita yang kurang enak di dengar. Saya mengharapkan semua yang berlaku itu tidak benar, kerana Nur Amalina menjadi idola ramai pelajar-pelajar hari ini.  Ini merupakan penjelasan yang dibuat oleh ibu Nur Amalina. Nur Amalina didakwa masih jadi pelajar cemerlang di universiti  JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK). Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini. Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sed...

Back to School 2012

Selamat kembali ke sekolah buat warga sekolah, pelajar dan guru.  Saya yakin semuanya bersemangat untuk jejakkan kaki semula ke sekolah setelah lebih sebulan bercuti. Tak sangka saya sudah masuk tahun yang ke-6 di SMK Raja Tun Uda sebagai guru lepasan Diploma. Masih rasa seperti guru baru dan muda. Hehe. Pelajar tingkatan 1 tahun 2007 yang pernah saya ajar telah pun tamat persekolahan pada tahun 2011. Dari berat saya 56kg, pinggang 29 inci semasa mula-mula ditempatkan di SMK Raja Tun Uda sekarang dah 77kg dan pinggang 35inci.  Saya sentiasa cuba untuk menjadi guru yang baik, tetapi masih banyak yang perlu saya pelajari. Bukan mudah tugas seorang guru. Saya sangat hormat guru-guru di sekolah. Saya masih lagi bukan guru yang baik dan perlu berubah kearah yang lebih baik, insyallah.  Terima kasih kepada semua guru yang banyak membantu saya selama ini terutamanya bagi tahun 2012, guru jadual waktu dan takwim yang sudi mengurangkan beban tugas saya atas tiket saya sedang menya...

Damia Maisarah 2012

Dah lama rasanya tak upload gambar Damia Maisarah, jadi petang tadi pulang dari Pulau Aman sempat juga bawa Damia Maisarah main skuter yang di beli di Nilai 3, Negeri Sembilan semasa pulang dari Johor bulan 28 November lepas. Damia Maisarah baru pandai nak pijak bagi boleh jalan. Sebelum ni dia tak cukup kuat nak pijak.  Born to be Racer...