Skip to main content

Pakej Storybook Album 2012

Dah lama sangat siap storybook album ni cuma tak da masa nak publish. Ramai rakan-rakan dan saudara-mara yang dah tengok live. Hari ini baru berkesempatan untuk upload. Saya sangat berpuas hati dengan story book album kali ini. Ini kali ke-3 saya buat storybook album dan semuanya untuk diri sendiri dan bukan untuk customer. Ini kerana saya rasakan pakej custom album lebih sesuai dan tahan lasak berbanding storybook album yang mudah koyak atau rosak jika tidak dijaga dengan baik. Kelebihannya, storybook album lebih ringan dan mudah di bawa kemana-mana.







Contoh storybook album 40 muka surat 8" x 8" (Dari Detik Yang Pertama Damia Maisarah)

Siapa sahaja pasti mahukan ketahanan dan kualiti gambar itu kekal selamanya. Kalau boleh mahu cucu cicit kita masih dapat melihat gambar perkahwinan kita. Sebab itu saya cadangkan pakej custom album, dan saya juga turut muatkan 'leather box' dalam pakej tersebut atas tujuan bagi memastikan custom album tersebut dapat di simpan dengan baik dan tahan lebih lama.

Namun begitu jika ada yang minat terhadap pakej storybook album boleh juga berbincang dengan saya. Harga di antara storybook album dan custom album tidak banyak beza. Storybook album lebih mahal tetapi jumlah muka surat 2 kali ganda lebih banyak dari custom album. Jadi pilihan di tangan anda. Jika yang berada di kawasan Pulau Pinang boleh berhubung dengan saya untuk melihat sendiri contoh-contoh custom album dan storybook album ini. Boleh juga lihat Pakej Jurugambar Perkahwinan 2012 yang saya telah sediakan.


Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...