Skip to main content

CIKGU SENGAL JOIN GROUP SENGAL | SEGMEN SEO

Dah lama rasanya tak join mana-mana segmen atau contest, jadi pagi ni sambil-sambil edit gambar, tengok blog  wancikgumuzik antara top blogger yang guna blogspot. Pernah tersenarai top 500 rank alexa Malaysia. Memang cikgu sengal sebab dalam entry-entry blog ni penuh dengan kata-kata yang sengal. Hehe, boleh ke kata macam tu? penulisan memang sempoi habis, tak skima macam blog saya ni. Jadi boleh la saya kata cikgu sengal. Jangan marah ye.


Dah lebih 1/2 tahun menulis blog nak juga cuba skill SEO ni, nak tengok ada di tahap mana. Bila bersaing dengan blog-blog hebat memang kalah la, tu saya akan sentiasa cari keyword yang kurang persaingan, tapi bila dah kurang persaingan, kurang jugalah orang yang cari. Biar kecil asal berhasil.. Setakat ni keyword belanjawan 2012, pakej jurugambar perkahwinan 2012, pakej storybook album 2012 dan Pakej Custom Album berjaya berada di top google search, cuba la cari kat google. Kali ni nak tengok cikgu sengal boleh tak berada di first page google.

Saya akan cuba guna semua tips yang telah di pelajari dari rakan-rakan blogger yang lain. Antaranya dari blog wancikgumuzik sendiri. Jom la kita sama-sama cuba segmen ni untuk kebaikan bersama, mungkin dengan ini kita dapat pelajari ilmu SEO dengan lebih baik. Nak tahu apa syarat-syarat penyertaan segmen ni boleh tengok di SINI.

Maksud sengal menurut kamus dewan.

  1. berasa sakit-sakit pada sendi (kerana perjalanan darah tertahan dll), kaku, kebas, pegal: sengal kaki (tangan);
  2. nafas susah bernafas, sesak nafas: dengan nafas sengal, diberikannya wang lima puluh sen kepada perempuan tua itu; tersengal-sengal termengah-mengah (nafas)
Habis tu apa yang cikgu sengal?  

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...