Skip to main content

Pengalaman kena denda di sekolah

Bila tak ada idea untuk post (ada sebenarnya tapi gambar dalam lap top ni guna PC) terjumpa pula contest dari blog lain maka gatal tangan nak join walaupun sedar diri tak kemana pun, maklumlah yang join semuanya blogger-blogger hebat kat Malaysia ni. Nak tahu tentang pengalaman kena denda di sekolah? walaupun saya dah menjadi guru tak semestinya saya ni pelajar yang baik semasa menjadi pelajar sekolah dulu.

Tsk tshu nsk pilih yang mana satu, sebab banyak sangat pengalaman kena denda di sekolah dari sekolah rendah hingga sekolah menegah, cuma masa di tingkatan 5 rasanya tak ada dah kena denda, mungkin dah dapat kesedaran masa tu. Saya ni antara murid yang sangat nakal masa sekolah dulu. Jangankan denda, waris pun kena panggil datang sekolah. Tapi bagus juga, dengan pengalaman macam ni buat saya mudah faham pelajar-pelajar bermasalah di sekolah. Cuma yang saya risaukan anak saya tak mustahil akan jadi macam saya, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Jadi kenalah bersedia fizikal dan mental awal-awal.

Untuk pengalaman kena denda di sekolah saya pilih semasa tingkatan 4 di SMK Bukit Gambir sebelum saya berpindah ke SMT Tengku Abdul Rahman Putra. Pengalaman ini ada saya tulis dalam diari saya kerana saya tak nak lupa dan memang saya tak lupa hingga hari ini. Masalah kecil ja, minggu ke dua persekolahan tak bawa buku, sebab dalam otak nak tukar sekolah teknik (walaupun tak dapat lagi keputusan) buat apa nak beli buku. Jadi masa tu saya dan rakan baik saya **** sahaja yang tak bawa buku. Cikgu N sangat marah dan denda kami berdua berdiri di tempat sendiri. Tapi sebabkan nakal sangat kami berdua kacau kelas sampai cikgu N paksa berdiri atas kerusi. Bila dah ada atas kerusi lagi la kami berdua buat perangai, maklumlah dah tingkatan 4, bukan budak-budak lagi nak denda macam tu. Cikgu N lagi la marah dan arahkan kami berdua duduk bersila atas lantai di hadapan kelas. Masa duduk tu ja ada pula rakan yang keluarkan ayat "nak baca doa selamat" macam dalam cerita 3 Abdul. Satu kelas gelak tak henti-henti. 

Kebetulan kelas tu waktu terkahir dan kami ada satu waktu lagi bersama cikgu N tetapi terpaksa pindah kelas lain sebab pelajar sesi petang nak masuk kelas tersebut. Kami berdua ambil peluang yang ada ni untuk larikan diri. Tak kan nak tunggu lagi, duduk bersila tak belajar apa-apa dalam kelas. Tak sangka pula cikgu N cari kami dan dia nampak pula kami berdua tengah lari keluar dari kawasan sekolah. Dia menjerit panggil supaya masuk semula. Tapi kami berdua terus lari. Balik rumah ja mak dengan ayah dah tahu cerita. Rupanya cikgu N dah call dan minta waris datang ke sekolah esok. Pengalaman kena denda di sekolah ini juga membuka hati saya. Saya akan kenang jasa guru-guru saya sampai bila-bila. Setiap apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan pelajar mereka bukan suka-suka nak denda.

Jadi bila dah jadi cikgu ni saya sendiri kena beringat yang saya ni pun bukan baik sangat dulu. Tapi dengan peluang, usaha dan rezeki yang tuhan dah tentukan ini alhamdulillah saya menjadi manusia juga akhirnya. Saya menjadi kebimbangan ibu bapa saya. Tapi dengan doa mereka yang tak henti-henti saya akhirnya berubah juga. Biarlah pengalaman kena denda di sekolah menjadi pengalaman manis dalam mengenang usaha para guru mendidik kita dan janganlah kita fikir sebaliknya dan berdendam dengan guru.


Gambar sebelum masing-masing ke sekolah teknik. Rakan saya yang sama-sama tak bawa buku tiada dalam gambar ni. Alhamdulillah semuanya dah jadi orang hebat-hebat, saya ja yang jadi guru. Panjang juga penulisan malam ni. Ada ke yang baca.

Akhir kata, 

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com danEarncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku,Abrablog.com dan PanduanTNX.com.

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...

Adab Masuk Rumah Baru

Alhamdulillah Jumaat lepas 21 April 2012 selesai sudah bayaran akhir daripada Bahagian Pinjaman Perumahan ( BPP ) kepada Penang Development Corporation ( PDC ) maka saya pun dapatlah mengambil kunci rumah yang sepatutnya di terima pada awal bulan Mac. Dah dapat kunci saya pun cari la adab masuk rumah baru untuk di pratikkan dan dikongsikan bersama.  Perkara pertama sebelum masuk rumah baru adalah dengan memberi Salam. Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT, “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram s...