Bermula Januari 2012 trafik blog ini terus menjunam jatuh. Income di Nuffnang pun menjunam sama. Pernah satu ketika blog ini menerima purata trafik 1000UV sehari. Tetapi, setelah keyword yang sering menjadi perhatian kaki tangan awam ketika itu tidak lagi di cari maka trafik blog ini terus jatuh hari demi hari. Dari purata 300UV sehari hinggalah tinggal 150UV sehari. Maka atas nasihat Puanbee.com di bahagian komen iaitu menulis dan memilih keyword yang dicari tidak bermusim saya pun cuba mempelbagaikan entry saya. Tapi usaha ini masih belum berjaya dan saya yakin perlukan masa yang panjang.
Blog ini juga di lihat mesra SEO selepas mempratikkan ilmu-ilmu dari shakiddo.com, ceritamamat.com, ariffshah.com, denaihati.com, forblogger.net DLL. Jadi apa yang perlu saya buat adalah memilih keyword yang sesuai.
Dah melalut dari tajuk pula. Sebenarnya tajuk ini adalah berkaitan dengan entry Berhati-hati dengan duit syiling baru 50sen saya saya post 2 hari lepas. Ada post yang saya pingkan di ping busuk dan ada yang tidak. Saya memilih untuk pingkan post ini di ping busuk. Inilah hasil dan kesannya (gambar di bawah) bila berada di Popular Minggu Ini first page busuk.org.
Hasilnya
Kena teruskan usaha, satu entry satu hari sahaja buat masa ni. Maklumlah exam PPG PJJ UPSI dah habis, cuma Custom Album dan kerja sekolah sahaja yang perlu di beri perhatian.
Comments
Post a Comment