Skip to main content

Terima Kasih Blogger Hebat

Terima Kasih tak terhingga buat blogger hebat shakiddo.com (KID) kerana sudi memberi hadiah kepada saya. Hadiah apa? Hadiah yang cukup memberi manfaat dalam hidup saya. Buku 'Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa' yang penuh dengan informasi tentang ilmu agama. Memang banyak persoalan yang terjawab dengan membaca buku ini. Tak semestinya perlu baca keseluruhan buku, kita boleh pilih persoalan yang kita hendak dari isi kandungan. Memang buku yang amat baik dan rasanya perlu di miliki bagi di jadikan bahan rujukan bila ada kemusykilan. 


Kenal tak blogger hebat yang saya maksudkan ini? kalau tak kenal biar saya kenalkan setakat mana yang saya kenal la. Saya mula kenal blog shakiddo.blogspot.com masa mula-mula menceburkan diri dalam dunia blog. Ramai lagi blogger hebat yang ada tapi saya tertarik bila blog shakiddo.blogspot.com ini merupakan antara blog berbahasa melayu .BLOGSPOT yang mendapat Pagerank (PR) 4. Boleh kira dengan jari rasanya .BLOGSPOT yang mendapat PR 4 di Malaysia ni. 

Biasa la bila mula-mula berjinak dengan blog, dan tengok ramai yang buat duit dengan blog saya pun pasang la iklan nuffnang macam blog-blog lain dan saya mendapat pelbagai informasi dan tips berguna dari blog shakiddo.com ini berkaitan nuffnang. Begitu juga dengan tips SEO dan lain-lain lagi tips berkaitan blog. 



Bayangkan sebulan rm2061.90 dari nuffnang. Macam mana saya tak kata blogger hebat. Pernah tak terbaca Hadis Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud, hanya 3 perkara yang dibawa ke kubur iaitu, sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang dimanfaatkan. Jadi saya harap ramai lagi blogger hebat boleh mencontohi KID dengan memberi hadiah dalam bentuk buku atau benda-benda yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. 

Saya harap satu hari nanti blog Dunia CMRatu ini boleh menjadi sehebat blog shakiddo.com selepas mempratikkan segala tips yang di kongsikan oleh pemilik blog shakiddo.com di blog beliau dan juga secara pribadi. Terima kasih KID.. 

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...

Adab Masuk Rumah Baru

Alhamdulillah Jumaat lepas 21 April 2012 selesai sudah bayaran akhir daripada Bahagian Pinjaman Perumahan ( BPP ) kepada Penang Development Corporation ( PDC ) maka saya pun dapatlah mengambil kunci rumah yang sepatutnya di terima pada awal bulan Mac. Dah dapat kunci saya pun cari la adab masuk rumah baru untuk di pratikkan dan dikongsikan bersama.  Perkara pertama sebelum masuk rumah baru adalah dengan memberi Salam. Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT, “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram s...