Skip to main content

Back to School 2012

Selamat kembali ke sekolah buat warga sekolah, pelajar dan guru.  Saya yakin semuanya bersemangat untuk jejakkan kaki semula ke sekolah setelah lebih sebulan bercuti. Tak sangka saya sudah masuk tahun yang ke-6 di SMK Raja Tun Uda sebagai guru lepasan Diploma. Masih rasa seperti guru baru dan muda. Hehe. Pelajar tingkatan 1 tahun 2007 yang pernah saya ajar telah pun tamat persekolahan pada tahun 2011. Dari berat saya 56kg, pinggang 29 inci semasa mula-mula ditempatkan di SMK Raja Tun Uda sekarang dah 77kg dan pinggang 35inci. 

Saya sentiasa cuba untuk menjadi guru yang baik, tetapi masih banyak yang perlu saya pelajari. Bukan mudah tugas seorang guru. Saya sangat hormat guru-guru di sekolah. Saya masih lagi bukan guru yang baik dan perlu berubah kearah yang lebih baik, insyallah. 

Terima kasih kepada semua guru yang banyak membantu saya selama ini terutamanya bagi tahun 2012, guru jadual waktu dan takwim yang sudi mengurangkan beban tugas saya atas tiket saya sedang menyambung  Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) seperti mana yang di bentangkan dalam Belanjawan 2012 oleh perdana menteri  7 Oktober 2011.

Jadi saya perlu insaf dan fokus pada PJJ. Peperiksaan semester 2 adalah pada 13 dan 14 Januari 2012. 'carry mark' terlalu rendah dan saya perlu banyak buat ulangkaji untuk peperiksaan akhir. Harap saya dapat lulus seperti semester 1. Saya juga perlu gunakan peluang yang diberi untuk belajar bersungguh-sungguh pada semester 3 dan 4. Doakan saya ok. 

Malam di Pulau Aman 31 Disember 2012

Banyak kisah peribadi pula kali ini. Tak harap pun orang baca, untuk ingatan. Lepas ni saya akan upload gambar-gambar semasa bercuti di Pulau Aman. Insyallah bila ada kelapangan masa. Trafik blog juga makin jatuh.

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran