Skip to main content

Baucar Buku rm200 sudah mula di tuntut

Saya sudah pun dapat dah dah habis pun guna baucar buku rm200 ni. Ramai lagi yang belum terima, maklumlah banyak IPTA baru sahaja tamat peperiksaan akhir. Bagaimana nak buat tuntutan? maacam saya ni kes khas, kumpulan pelajar PJJ PPG UPSI di beri baucar buku rm200 ini semasa Peperiksaan Akhir sabtu lalu di pusat peperiksaan masing-masing. Terima kepada UPSI kerana prihatin dengan pelajar-pelajar PJJ dan tidak abaikan kami. Ikutkan hati tak ambil dah di UPSI, kos nak ke UPSI pun dah hampir rm200.

Gambar baucar buku rm200, 4 x rm50

Seperti mana yang di umumkan dalam belanjawan 2012 oleh PM, setiap pelajar IPT dan tingkatan 6 akan di beri baucar buku rm200 bagi membantu golongan pelajar. Satu usaha murni yang diharapkan berterusan tanpa menunggu tahun akhir sebelum pilihanraya umum baru dijalankan. Maklumlah ramai yang kata ini merupakan gulu-gulu PRU 13 akan di adakan tidak lama lagi.  Agihan bantuan rm500 juga sudah mula di buat.

Buku apa yang saya beli? nanti ada masa saya akan kongsikan buku-buku yang saya beli. Ada yang berkaitan ada yang tak berkaitan dengan kos yang saya ambil, tapi yang penting saya beli buku untuk tambahkan ilmu. Ilmu yang perlu di pelajari bukan hanya yang ada dalam silibus university atau sekolah sahaja. 

Bagi rakan-rakan IPT yang belum mendapat baucar buku rm200 ni boleh la rujuk cara-cara membuat tuntutan yang saya peroleh dari blog Denaihati
  1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
  2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
  3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
  4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
  5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.
  6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012
  7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
  8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
Dah habis pun 2 semester PJJ, ada lagi 6 semester yang perlu di tempuh. Harap-harap tahun depan 2013 ada la lagi baucer buku macam ni, mana tahu lebih lagi. 

Pelajar lagi rupanya saya ni.. macam tak percaya ja...

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Giveaway MERDEKA Cik Kuntum

Cik kuntum si blogger kaya, kaya dengan budi bahasa, ucapan khas Selamat Hari Raya, dan juga Selamat Hari Merdeka. Saya dah join, yang lain bila lagi..   Main game pun boleh menang RM25,000 dari Maybank PAKEJ BLACKBERRY RM25/MONTH MEMANG BERBALOI-BALOI Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...