Skip to main content

Kelebihan Motosikal Yamaha Ego

Tajuk apa pula ni? dah lama tak menulis blog ni, hari ini 12 Januari 2012, isteri saya Nurulhuda telah mengalami kemalangan semasa hendak pergi ke tempat kerja. Nampak teruk, tapi semua ini kuasa Allah, alhamdulillah cuma luka di bahagian muka dan menerima 3 jahitan di kaki. Lain-lain macam biasalah, sengal seluruh badan. Jom tengok gambar selepas kejadian, masa ini saya dah pun ke hospital dan isteri berada dalam ambulans. Gambar di ambil oleh abang saya dengan iphone 4. 


Terukkan? saya pun terkejut masa sampai ke tempat kejadian melihat bamper kereta myvi yang langgar ni jatuh. Mesti kuat dia langgar motosikal Yamaha Ego ni. 

Ini yang saya nak kongsikan bersama rakan-rakan, kelebihan motosikal Yamaha Ego, iaitu tempat letak kaki di hadapan (kebanyakkan motosikal skuter pun macam ni). Dalam kemalangan ini kereta myvi ini melanggar dari sebelah tepi dan isteri saya bernasib baik kerana kakinya tidak terkena rempuhan tersebut. Saya tak dapat bayangkan kalau dengan motosikal biasa yang tempat letak kaki di sebelah tepi.


Semua ini kuasa tuhan, pasti ada sebab kenapa semua ini berlaku. Apa pun kita manusia perlulah menerima setiap dugaannya. Kena kuatkan semangat. Malang tidak berbau. Saya harap rakan-rakan juga boleh doakan isteri saya cepat sembuh dan sihat semula.

Urusan laporan polis dan Insurance pun belum selesai lagi, harap semuanya dapat di selesaikan pada hari ini juga, esok saya perlu pergi ke sekolah seperti biasa, dan Sabtu ini ada peperiksaaan PJJ PPG UPSI, harap sempat la study mana yang patut.

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran