Skip to main content

Tempahan Buku Tetamu (Guestbook) Perkahwinan

Jurugambar perkahwinan, cmratu fotografi mencuba sesuatu yang baru, iaitu menyediakan pakej fotografi pra perkahwinan (pre wedding) berserta album sebagai buku tetamu (guestbook) perkahwinan yang semakin hari menjadi trend majlis perkahwinan masa kini. Biasanya buku tetamu (guestbook) ini di letakkan di pintu masuk hadapan majlis untuk para tetamu yang hadir menurunkan tanda tangan dan memberi ucapan kepada pengantin. 

Kita boleh lihat ada pelbagai jenis buku tetamu (guestbook) yang di buat khas untuk pengantin. Ada yang menggunakan buku tetamu (guestbook) yang sedia ada terjual di kedai-kedai buku malah ada yang DIY dengan kreativiti tersendiri. 

Untuk cmratu fotografi pula, kami cuba memberi kelainan dengan menggunakan custom album sebagai buku tetamu (guestbook) perkahwinan. Ini bukanlah idea asal cmratu fotografi kerana dah banyak jurugambar yang buat pakej seperti ini. Custom album ini pula di buat dengan menggunakan gambar pra perkahwinan (pre wedding) seperti contoh di bawah (disediakan ruang untuk tetamu menandatangan).

Klik pada gambar untuk paparan lebih baik

Saya mulakan projek ini dengan buku tetamu (guestbook) perkahwinan abang kandung saya sendiri yang bakal berlansung tidak lama lagi. Gambar pra perkahwinan telah pun dirakam cuma tinggal masa untuk melakukkan editting sahaja.



Untuk contoh buku tetamu (guestbook) yang dah siap memang la belum ada lagi, tapi insyallah bila dah siap saya akan kongsikan di sini. Tapi boleh la tengok contoh custom album yang saya pernah buat. 


Untuk harga pakej pula, sudah pasti berpatutan. RM900.00 untuk satu sesi pra perkahwinan (2-3jam), custom album buku tetamu (guestbook) perkahwinan 20page (8in x 12in) dan 1 poster frame. Ok tak harga ni? kalau ada yang minat nak tunjuk portfolio tak ada la lagi tapi insyallah saya akan buat yang terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Giveaway MERDEKA Cik Kuntum

Cik kuntum si blogger kaya, kaya dengan budi bahasa, ucapan khas Selamat Hari Raya, dan juga Selamat Hari Merdeka. Saya dah join, yang lain bila lagi..   Main game pun boleh menang RM25,000 dari Maybank PAKEJ BLACKBERRY RM25/MONTH MEMANG BERBALOI-BALOI Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...