Skip to main content

Terkini SBPA - 3 Bulan Kaji SBPA

Tak tahu la mana yang betul, pelbagai tanggapan yang saya dengar dari rakan-rakan penjawat awam mengenai SBPA ini. Adakah ini benar-benar kerana mahu mengkaji atau kerana pihak kerajaan rasa terlalu awal memberikan kenaikan gaji SBPA atas alasan PRU 13 nampak bukan dalam masa terdekat selepas keputusan mahkamah tinggi 901 memihak kepada DSAI. Mungkin Dato' Seri Najib (DSN) tidak mahu sejarah PRU 12 berulang, apabila kaki tangan awam lupa kepada jasa Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah menaikkan gaji kaki tangan awam tetapi tidak memberi bonus pada 2007. Sedangkan kenaikan gaji yang di berikan lebih besar dari bonus yang biasanya kaki tangan kerajaan terima sebelum ini. 

Sudah pasti DSN melakukan sesuatu yang bijak bagi memastikan peluang untuk Barisan Nasional terus kekal sebagai kerajaan di negara ini dalam PRU 13 nanti. 


Petikan dari utusan.

KUANTAN 21 Jan. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata, skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.

"Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Najib berkata, kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan. 


Harap-harap lepas kajian di buat SBPA ni akan memuaskan semua pihak. Saya yakin banyak pihak yang sangat puas hati dengan Belanjawan 2012 antaranya pemberian rm100 kepada setiap pelajar sekolah, SARA, Agihan Bantuan RM500 dan Baucar Buku rm200 kepada pelajar IPTA.

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...