Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Kelebihan Sabun Beras

Pernah dengar tak sabun beras? mungkin ada yang tidak pernah tahu berkaitan sabun beras ni, saya pun sebelum ni dengar macam tu ja. Ini yang saya peroleh dari lawatan sambil belajar ke Muzium Padi semalam.  Beli la juga 1 untuk cuba. Tapi belum cuba lagi la. Tak tahu la kesan dia macam mana, tapi murah sangat la kalau nak banding dengan set pencuci muka yang berjenama.

Apa itu HYIP ?

Pernah tahu mengenai HYIP? hari ini saya nak kongsi panduan HYIP yang saya baca di forum berkaitan. Baca dan faham baru fikir untuk terjebak dengan HYIP ataupun tidak.. :) HYIP atau High Yield Investment Programme atau Program Pelaburan Pulangan Tinggi merupakan program pelaburan yang tumbuh dan berkembang pesat terutama di internet. Perkembangan HYIP di internet sendiri baru dirasakan sekitar tahun 2003 - 2004 dan mulai tahun 2005 telah berkembang pesat dan ada juga orang Malaysia yang menganjurkan program sebegini.  Banyak juga HYIP yang waktu ini dibuat dengan tujuan untuk menipu terutama kepada mereka yang belum faham tentang risiko dan bahayanya pelaburan di HYIP. HYIP banyak yang menerapkan “Ponzi Scheme” iaitu sistem dimana orang yang menyertai program awal memperolehi profit dari orang yang masuk kemudian, dan apabila sudah tidak ada yang menyertai atau yang menyertainya berkurangan, maka program tersebut akan ditutup (scam).Kebanyakan HYIP menggunakan matawang internet (e...

Bertukar ke Wordpress

Makin hari makin kuat semangat nak bertukar ke Wordpress , tapi hati kena kental nak tinggal blog PR 2 yang dah berjaya capai sasaran keyword (tujuan asal pembinaan blog ini) di firstpage google. Jadi saya nak minta pandangan dari rakan-rakan blogger adakah perlu saya convert blog ini kepada wordpress atau saya mulakan dengan blog baru? Serba salah nak buat keputusan.  Jom layan hasil gambar terbaru dari kamera D90 dengan lens 24mm f2.8 (manual fokus). Saya suka DOF gambar ni tetapi color asal yang keluar dari kemera tidak begitu cantik. Ini selepas mendapat olahan digital dari format RAW. Jom belajar dari ebook percuma fotografi .  Mungkin rakan-rakan blogger boleh juga cadangkan hosting yang paling sesuai utk blogger macam saya ni..

Pelumba moto 3 bawa penumpang misteri

Asyik tajuk sirius ja, kali ni bagi gempak sikit. Siapa pelumba moto 3 yang di maksudkan? yang pasti bukanlah pelumba muda Zulfahmi yang mendapat podium di persaingan moto 3 Sepang minggu lalu. Pelumba yang saya maksudkan adalah Damia Maisarah anak saya yang bakal genap 2 tahun 31 oktober 2012. Gambar ini di ambil oleh isteri saya pada petang hari raya aidiladha. Rasa cepat ja Damia Maisarah dah besar. Dah pandai cakap, nak bercakap ja. Umur ni memang budak suka mengulang apa yang di cakap walaupun kita dah iakan apa yang dia cakap. Seronok tgk telatah Damia Maisarah yang sedang membesar ni, cuma berat ja tak naik. Ada gaya pelumba motoGP tak? hehe.. 

Selamat Menyambut Aidiladha

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha dengan lafaz yang diajar Nabi s.a.w "TaQaballahu Minna Waminkum" yang bermaksud semoga Allah menerima amalan kita semua . Sunnah untuk kita memperbanyakkan TAKBIR bermula hari ini sehingga 13 Zulhijjah / 29 Okt 2012. Bertakbir dengan penuh gembira dan SEMANGAT bukan dengan nada yang SEDIH. (di copy dari sahabat di facebook)

Finvance scam?

Pernah dengar mengenai Finvance? Pelaburan internet yang menjanjikan pulangan yang sangat tinggi. Bayangkan 8% sehari? kalau di Malaysia nak dapat 8% setahun pun susah. Inilah kesan dunia tanpa sempadan.  Tetapi adakah Finvance SCAM ? maksud saya ianya hanyalah syarikat maya yang akan tutup apabila mencapai sasaran deposit dari pelabur. Pada saya memang tidak mustahil Finvance adalah SCAM kerana jumlah pulanggan yang dijanjikan sangat tinggi, hampir tidak masuk akal. Cuma tidak tahu bila ianya akan ditutup. Atau mungkin juga ianya bukan SCAM. Apa pun ianya merupakan pelaburan yang berisiko tinggi dan tidak digalakkan.  Yang peliknya finvance ni tak ramai orang Malaysia yang join, tak macam pelaburan internet lain yang mejoritinya rakyat Malaysia. Sumber dari Alexa.

Video dan Gambar keretapi Bukit Bendera yang baru

Ahad lepas merasa juga akhirnya naik keretapi baru ke bukit bendera . Keretapi baru ni memang laju, kalau dulu perlu naik 2 keretapi dan ambil masa lebih kurang 30 minit, tapi teknologi terkini cuma ambil masa 5-6 minit untuk perjalanan dari kaki bukit ke stesen atas bukit bendera. Memang besar jurang perbezaannya. Masa turun (dah malam) keretapi jam 8.30malam tak terlalu ramai orang yang menunggu waktu-waktu begini, jadi merasa la duduk dihadapan keretapi. Rasa seperti menaiki 'roller coaster', agak menakutkan kerana kelajuan dan ada tempat yang agak curam.  Dalam rakaman ini gambar tidak begitu jelas kerana waktu malam. Harap lepas ni saya dapat rakam pada waktu siang, pasti lebih menarik. Memang tak puas pergi sebab pulang dengan kurang gambar-gambar menarik, jadi memang merancang untuk pergi lagi selepas ini, cuma tak tahu bila.. Bagi yang belum pernah naik bukit bendera jangan lepaskan peluang kalau dah sampai pulau pinang. Murah ja tiket, RM8.00 pergi dan balik, untuk pe...

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Innocence Of Muslims - Prophet Muhammad | Jom Kongsi

Saya rasa semua umat islam yang ada facebook, tweeter, G+, blog dan apa sahaja laman sosial untuk kongsikan video ini untuk tatapan seluruh dunia biar mereka paham.  Diharapkan video ini memberi kesan dan membuka minda mereka yang berfikiran singkat terhadap ISLAM dan lebih terbuka. Jom share.  

Kelas Fotografi Macro

Alhamdulillah dapat sertai kelas fotografi macro pada 19 Oktober 2012 jam 8 malam hingga 10 malam, 2 jam yang cukup bermakna  'Learn From A Nikon Pros' with Sirmart Outdoorgraphy (Extreme Macro) .  Terima kasih juga kepada Nikon Club Penang yang sudi memilih saya untuk sertai kelas ini. Banyak ilmu berguna yang saya peroleh dalam kelas ini. Secara tak lansung menambah minat saya dalam bidang fotografi macro yang belum pernah saya cuba.  Gambar dari Nikon Club Penang. Saya yang baju Oren, best konsep kelas santai tak terlalu formal. Semalam juga dapat merasa kamera idaman Nikon D600  dengan lens macro 40mm, memang bukan mudah mengambil gambar macro. Untuk subjek yang tidak bergerak pun amat sukar untuk mendapatkan fokus yang sempurna inikan pula bagi subjek yang bergerak. Perlu banyak latihan untuk sampai ke tahap seperti Sirmart.  Antara gambar Extreme Macro dari sirmart. Untuk koleksi gambar macro sirmart boleh lihat di SINI . Insyallah satu hari nanti say...

Giveaway Hatiputera.com

Saya memang suka join giveaway ni, alhamdulillah sepanjang join giveaway ada ja hadiah yang menang walaupun tak dapat hadiah utama. Mungkin saya ni dalam ketagori manusia bertuah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu? Tapi kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.. apa pun kena usaha.. jadi kali ini saya berusaha untuk turut serta giveaway yang dianjurkan oleh Hatiputera.com .  Susah ke nak join? tak susah mana pun, jom kita lihat syarat-syarat penyertaan di Hatiputrea.com . Hadiah pula memang cukup lumayan rasa macam tak padan pula dengan penyertaan yang begitu mudah.  Hadiah Giveaway Hatiputera.com 1st – Wang Tunai RM100 2nd – Wang Tunai RM50 3rd – Wang Tunai RM30 4th – Wang Tunai RM20 5th – Wang Tunai RM10 Dan lebih menrik lagi sehingga masa ini baru ada 4 blog yang join giveaway dari  Hatiputera.com  ni. Jadi jangan buang masa, jom terjah blog  Hatiputera.com  dan patuhi syarat-syarat penyertaan yang dinyatakan.  “Giveaway hat...

Banner Kem Membaca 1 Malaysia

Hari ini siapkan design paling mudah dan ringkas pernah saya buat. Kiranya paling malas la ni. Tapi saya suka design yang rigkas macam ni. Buat entry ni pun harap-harap dapat bantu rakan-rakan guru yang akan cari design banner untuk program Kem Membaca 1 Malaysia . Minggu ni pun dah mula Program selepas PMR, insyallah ada masa saya kongsi pula aktiviti selepas PMR yang dijalankan di SMK Raja Tun Uda. 

WTF Final Piala Malaysia 2012 !

Wordless Wednesday sungguh hari ni... ramai yang tak sabar menanti 3 hari lagi.. WTF

70km/j Jambatan Pulau Pinang

Sekarang ni heboh tentang pelaksanaan AES yang berjaya mengutip saman dengan mudah dan cepat. Memang mudah kerana rakyat Malaysia terkenal dengan budaya melanggar peraturan. Sebab? mungkin di sebabkan perlaksanaan undang-undang yang tidak tegas seperti negara lain. Undang-undang sedia ada baik tetapi pelaksanaannya mungkin kurang. Jumlah yang tidak membayar saman juga sangat tinggi. Tak pasti saya di atas Jambatan Pulau Pinang telah di pasang AES atau tidak. Sekiranya AES di pasang di atas Jambatan Pulau Pinang pasti kerajaan akan memperoleh keuntungan yang sangat besar, kerana hadlaju hampir separuh Jambatan Pulau Pinang adalah 70km/j. Dan saya antara yang disaman di atas Jambatan Pulau Pinang yang telah pun dilebarkan beberapa tahun lalu dari 2 lorong kepada 3 lorong tetapi had laju masih lagi 70km/j. Semalam, semasa pulang dari Kuala Kurau, isteri berkali-kali ingatkan saya supaya tidak melebihi had 70km/j apabila masuk ke zon peringatan 70. Jadi saya pastikan jarum meter kereta sa...

ATM atau Kelantan?

Semakin terasa bahang kehangatan Final Piala Malaysia 2012 . Mana pasukan pilihan anda? Saya pilih ATM dari awal bermula era piala malaysia. Ketiadaan beberapa tongak utama Kelantan pasti memudahkan lagi impian ATM dan hi-o untuk merangkul Piala Malaysia tahun ini. Namun begitu corak permainan ATM semasa aksi separuh akhir agak kurang menyenangkan. Diharapakan mereka akan lakukan yang lebih baik pada Final Piala Malaysia nanti. 

Dalam aku ada kamu

Hujung minggu kalau ada tugasan jurugambar perkahwinan memang sibuk la. Tak sempat nak update blog. Tapi ni curi masa juga sebab hari ini bukan majlis persandingan dan cuma majlis pernikahan. Semalam dalam perjalanan untuk mengambil gambar pernikahan di Masjid Tengah, Berapit, Bukit Mertajam, isteri saya ada sebut, yang kami ni dah kurang ambil gambar berdua, tak macam masa mula-mula kahwin dulu.  Rasanya kebanyakan pasangan suami isteri pun sama jugakan? Tambah-tambah dah ada anak, mesti la ambil gambar dengan anak, nak gambar berdua tu jarang-jarang la.  Kebetulan tiba awal di masjid, maka saya pun ambil peluang untuk ambil gambar berdua, cuma lain sikit kali ini, bukan bersebelahan tapi tetap berdua yang saya namakan " dalam aku ada kamu ".. Gambar pemandangan Masjid Tengah, Berapit, Bukit Mertajam yang telah di oleh menjadi HDR juga tidak saya lupa dah alang-alang tunggu pengantin tiba. Insyallah kalau ada masa saya akan upload hasil gambar majlis pernikahan di masji...

Baik atau Bodoh?

Teringat cerita masa di maktab perguruan dulu, ada seorang pensyarah ni tanya "kalau lampu isyarat merah dan setiap penjuru tidak ada kereta dan kita masih menunggu hingga lampu isyarat hijau, kita ni baik ataupun bodoh?" Bagaimana nak jawab persoalan ini? Ada yang kata orang yang langgar lampu isyarat ini sebagai individu yang tidak baik (jahat) kerana tidak mematuhi undang-undang dan jika ada kamera atau polis pasti akan kena saman. Tetapi ada juga yang kata mereka ini orang yang bijak kerana tidak membuang masa menuggu sedangkan sudah jelas tidak ada kereta dan keadaan selamat untuk melintas. Pada saya terpulang pada masing-masing, cuma di negara ini terpaksa la akur dengan undang-undang yang ada dan malang tidak berbau, kalau kita ikut peraturan sekali pun bukan bermakna kita selamat dari kemalangan.  Nak kongsi gambar-gambar yang saya masih suka walaupun di ambil semasa saya mula-mula memiliki DSLR pada tahun 2008. Ini antara yang dihasilkan dengan kamera Nikon D40 yang ...

RAW atau JPEG?

Kepada pengguna DSLR pasti tahu mengenai format RAW , malah sekarang ini sudah ada kamera kompak biasa yang menyediakan format RAW. Saya pun bukan pandai sebab baru lagi belajar berkaitan RAW file ini, tapi teringin nak kongsi (kalau ada yang salah tolong la tegur). RAW bermaksud mentah. Mentah dalam erti kata lain masih boleh di proses dan detail pada gambar tidak hilang sepenuhnya. Berbeza dengan gambar JPEG yang masih boleh diedit tapi detailnya kurang berbanding dengan format RAW dan disebabkan itu format RAW lebih berat berbanding JPEG. Ini merupakan contoh gambar yang saya shoot RAW+JPEG. Gambar asal dari JPEG Gambar RAW yang telah diedit di Lightroom Cuba lihat paga JPEG bahagian atas gambar yang detail awan telah pun hilang sepenuhnya, tapi masih lagi boleh dikeluarkan di RAW, detail pada batu juga lebih jelas dan warna juga boleh diubah. Nak belajar edit RAW? saya belajar dari EBOOK FOTOGRAFI .  

Wordless Wednesday - Ebook Fotografi Percuma

Belajar fotografi cara mudah menggunakan ebook. Boleh download yang percuma sedikit pun tak rugi, kalau download yang berbayar lagi tak rugi sebab isi kandungannya sangat memberi manfaat. Baca ebook ibarat tidak berguru? tak perlu risau siapa yang beli mana ebook ini akan mendapat jemputan masuk ke dalam group facebook dan boleh bertanya apa-apa yang tidak faham berkaitan fotografi dan editting dengan penulis ebook fotografi ini, En. Azizan Abd Aziz atau juga lebih dikenali dengan gelaran The Portraitor.

Penempatan Guru 2013

Alhamdulillah, walaupun saya bukan di kalangan guru yang akan ditempatkan pada 2013, tetapi saya tumpang gembira bila menerima berita geraduan pendidikan seramai 10,715 akan mula di tempatkan mulain tahun hadapan.  Apa yang diharapkan penambahan guru ini akan mengurangkan beban tugas guru secara tidak lansung dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada pelajar. Ratio antara pelajar dengan guru juga dapat dikurangkan. Pelaksanaan PBS yang bermula pada tahun ini juga dapat di tambah baik dengan penambahan guru bersesuaian dangan pelaksanaan PPPM 2013-2025. Barita penuh dari Berita Harian Kuala Lumpur: Seramai 10,715 graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diberi penempatan, tahun depan.  Mereka adalah kumpulan pelajar yang sudah dan bakal menamatkan pengajian tahun ini di IPGM serta IPTA, dan akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).  "Kepada mer...

Percubaan pertama Time Lapse photography

Pertama kali cuba, belajar lama dah, tengok orang buat pun lama dah, teringnan nak buat pun lama dah, tapi pagi tadi terdetik pula nak buat, kebetulan jadi guru bertugas minggu ni kena jaga pintu depan sekolah. Tapi sebab belajar dah lama, terlupa setting nak shoot time lapse ni. Tak dapat la nak rakam perjalanan pelajar dan guru masuk ke sekolah seperti yang di hajatkan. 15 minit cari setting di kamera baru la berhasil. Masa tu dah pun jam 7.30pagi. Jadi dah tak ramai yang sampai sekolah masa tu, tak dapat la suasana meriah yang saya bayangkan. Jadi esok saya nak cuba lagi dan nak cari sudut yang lebih menarik. TIMELAPSE SMKRTU from cmratu on Vimeo . Esok dah mula PMR dan harap semua pelajar cukup bersedia dan dapat mengambil peperiksaan dengan tenang. Harap tak ada la yang mencari soalan bocor PMR 2012 sebab saya yakin tak ada pun. Ingat mudah ke nak bocor rahsia negara. 

Soalan bocor PMR 2012

3 minggu lepas dalam sesi teknik menjawab PMR di SMKRTU salah seorang dari penceramah jemputan telah pun memberikan soalan bocor kepada para pelajar. Semua pelajar bersedia dengan penuh minat untuk mencatat apa yang akan di beritahu oleh penceramah tersebut. Maka penceramah pun memberitahu semua yang hadir " baca semua bab yang ada dalam buku teks dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3, buat latihan soalan-soalan tahun sebelum dan terus belajar, insyallah boleh dapat A untuk semua subjek, tidak ada jalan mudah untuk berjaya ". Ok tak soalan bocor macam tu? itulah realitinya, tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Siapa yang berusaha dia pasti berjaya, kalau ada orang lain yang boleh kenapa tidak kita?  Design banner khas dari saya untuk para pelajar SMKRTU dan semua pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun 2012. Semoga beroleh kecemerlangan yang di impikan. 

Saiz gambar

Saiz gambar, saya sendiri pun tak tahu kenapa kalau di kedai gambar menggunakan istilah nombor + R. Kalau baca di Wikipedia, saiz ini merupakan saiz yang kebanyakkannya di jual. Gambar di bawah ni dalam ukuran sentimeter (cm). Ini pula saiz dalam cm dan inci sehingga 30R. 3R = 8,89 x 12,7 cm = 3,5 x 5 in 4R = 10,16 x 15,24 cm = 4 x 6 in 5R = 12,7 x 17,78 cm = 5 x 7 in 6R = 15,2 × 20,3 cm = 6 × 8 in 8R = 20,32 x 25,4 cm = 8 x 10 in S8R = 20,3 × 30,5 cm = 8 x 12 in 10R = 25,4 x 30,48 cm = 10 x 12 in S10R = 25,4 × 38,1 cm = 10 × 15 in 11R = 27,9 × 35,6 cm = 11 × 14 in S11R = 27,9 × 43,2 mm = 11 × 17 in 12R = 30,48 x 39,37 cm = 12 x 15,5 in S12R = 30,5 × 46,5 cm = 12 × 18 in 16R = 40,64 x 50,8 cm = 16 x 20 in 20R = 50,8 x 60,96 cm = 20 x 24 in 24R = 60,96 x 80 cm = 24 x 31,5 in 30R = 75 x 100 cm = 30 x 40 in Saya pula selalu print tak ikut saiz R tetapi mengikut ratio asal dari kamera iaitu 2:3 contohnya saiz 4R (4x6), S8R (8x12) dan S12R (12x18) untuk pakej jurugambar perkahwinan . Sebab ...

Gambar sunrise di Jeti Jerjak, Penang

Hari ini bila tak ada tugasan jurugambar perkahwinan , tak ada mesyuarat di sekolah dan tak ada kelas PJJ PPG UPSI. Jadi boleh la guna masa yang ada untuk pergi merakam gambar matahari terbit (sunrise). Cuma kali ini tak dapat bersama rakan-rakan kerana saya keluar rumah agak lewat dan takut tidak sempat sampai ke Teluk Tempoyak (tempat yang dah janji dengan rakan-rakan jurugambar). Alhamdulillah hasil hari ini juga agak memuaskan hati. Saya edit menggunakan RAW file untuk naikkan detail pada gambar. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. Kalau ada rezeki nak lagi dapatkan gambar sunrise untuk esok pula. Tugasan PJJ pun dah mula banyak, jadi lepas ni fokus pada tugasan PJJ pula.

Rasuah, dah jadi buluh baru nak lentur

Sedih bila dengar berita pagi tadi berkaitan peranggi rasuah oleh Perdana Menteri (PM). Saya tahu dan jelas bahawa apa yang di lakukan oleh PM adalah sesuatu yang baik tetapi pandangan saya pula adalah lebih baik ianya bermula dari peringkat bawah. Pada pandangan saya, pendidikan sahsiah yang lebih perlu diutamakan di sekolah berbanding pendidikan akademik yang lain kerana sasiah yang akan menentukan keharmonian sesuatu bangsa dan negara.  Jika setiap pelajar dinegara ini beriman (percaya) pada agama masing-masing, percaya pada dosa dan pahala, halal dan haram, syurga dan neraka sudah pasti mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak baik. Saya tidak rasa ini perkara yang sukar dilakukan dan saya yakin kerajaan yang ada sekarang mampu.  Melentur buluh biarlah dari rebungnya, tapi kita lihat sekarang kerajaan tidak mengamalkannya. Memang bukan mudah lagi nak dilentur cuma bukan mustahil. Kalau rasuah tidak di benteras maka rosaklah negara. Saya juga berharap PPPM  berja...

SRS Clockspring Proton Savvy

Semalam terpaksa hantar kereta Proton Savvy kesayangan saya ke Proton Service Center untuk menukar SRS Clockspring yang baru. Hon kereta saya tidak berfungsi dan ada bunyi yang tidak menyenangkan apabila stering dipusing. Jadi saya bertanya pada rakan yang bekerja di Proton Service Center (Roadstar), Bayan Baru. Atas maklumat darinya maka saya pun membuat keputusan untuk menukar  SRS Clockspring yang baru. Harga SRS Clockspring ni RM105.40 (Original Proton) sama harga bagi Manual ataupun AMT. Upah pasang pula RM43.00 maka keseluruhannya RM148.40. Tak pasti pula kalau beli dari kedai spare part dan pasang sendiri (tak nampak mudah kalau nak pasang sendiri) lebih murah, lagi pun barang-barang proton Savvy ni dah makin kurang dan mungkin akan naik semula sebab pengeluaran kereta ini telah pun di hentikan. Dah alang-alang bawa kamera kira ambil gambar je la. Gambar atas ni satu lagi gambar HDR dari sekeping gambar RAW file.  Minggu ni dah banyak kerja editing custom album jurugamb...

Sunset di Teluk Bayu

Alhamdulillah, berjaya juga dapat apa yang dihajati selama ini. Dah lebih setahun saya beli filter ND2-400 77mm (RM150) hasil dari duit yang di beri oleh denaihati.com dan e-qurban tetapi baru semalam dapat menggunakannya seperti yang saya idamkan. Sebelum ini tak berkesempatan untuk ambil gambar sunset kerana pelbagai kekangan terutamanya tangungjawab seorang ayah kepada anak dan isteri. Ini lah yg cuba saya cari selama ni, tu pun masih byk kena baiki. Selama hari ini jeles ja tengok kawan-kawan jurugambar perkahwinan dapat gambar-gambar slow shutter di kawasan berbatu waktu sunset macam dalam gambar ni.