Kepada pengguna DSLR pasti tahu mengenai format RAW , malah sekarang ini sudah ada kamera kompak biasa yang menyediakan format RAW. Saya pun bukan pandai sebab baru lagi belajar berkaitan RAW file ini, tapi teringin nak kongsi (kalau ada yang salah tolong la tegur). RAW bermaksud mentah. Mentah dalam erti kata lain masih boleh di proses dan detail pada gambar tidak hilang sepenuhnya. Berbeza dengan gambar JPEG yang masih boleh diedit tapi detailnya kurang berbanding dengan format RAW dan disebabkan itu format RAW lebih berat berbanding JPEG.
Ini merupakan contoh gambar yang saya shoot RAW+JPEG.
Gambar asal dari JPEG
Gambar RAW yang telah diedit di Lightroom
Cuba lihat paga JPEG bahagian atas gambar yang detail awan telah pun hilang sepenuhnya, tapi masih lagi boleh dikeluarkan di RAW, detail pada batu juga lebih jelas dan warna juga boleh diubah. Nak belajar edit RAW? saya belajar dari EBOOK FOTOGRAFI.
Comments
Post a Comment