Skip to main content

Apa itu HYIP ?

Pernah tahu mengenai HYIP? hari ini saya nak kongsi panduan HYIP yang saya baca di forum berkaitan. Baca dan faham baru fikir untuk terjebak dengan HYIP ataupun tidak.. :)




HYIP atau High Yield Investment Programme atau Program Pelaburan Pulangan Tinggi merupakan program pelaburan yang tumbuh dan berkembang pesat terutama di internet. Perkembangan HYIP di internet sendiri baru dirasakan sekitar tahun 2003 - 2004 dan mulai tahun 2005 telah berkembang pesat dan ada juga orang Malaysia yang menganjurkan program sebegini. 

Banyak juga HYIP yang waktu ini dibuat dengan tujuan untuk menipu terutama kepada mereka yang belum faham tentang risiko dan bahayanya pelaburan di HYIP. HYIP banyak yang menerapkan “Ponzi Scheme” iaitu sistem dimana orang yang menyertai program awal memperolehi profit dari orang yang masuk kemudian, dan apabila sudah tidak ada yang menyertai atau yang menyertainya berkurangan, maka program tersebut akan ditutup (scam).Kebanyakan HYIP menggunakan matawang internet (e-currency/e-money) seperti Liberty Reserve, e-gold, e-wallet, asia-wallet dan lain-lain. Ada juga di antaranya menggunakan e-point, Pindahan Bank atau “Bank-Wire”. Setelah kejatuhan E-Gold, Liberty Reserve merupakan e-currency yang paling banyak digunakan waktu ini untuk melabur di HYIP. 

Jenis-jenis HYIP Ada bermacam-macam plan & profit yang ditawarkan oleh HYIP dari sekecil 0.1% sehari sehingga 1000% sehari atau lebih lagi. HYIP yang membayar 5% sehari ke atas kebiasanya adalah skim ponzi, paling lama bertahan 2-3 bulan. Ada HYIP yang membayar secara harian, mingguan, bulanan dan ada juga yang membayar setiap jam, minit atau saat. HYIP yang bayarannya setiap jam, minit atau saat juga dibuat untuk tujuan menipu yang biasanya ditutup dalam waktu sesingkat 1 - 4 minggu!!. Ada 3 cara pembayaran bonus untuk program HYIP iaitu :
  1. Manual - Pembayaran akan hanya dilakukan oleh penganjur (admin) HYIP dalam masa 1 - 48 jam selepas anda “request withdrawal” pembayaran atau profit yang telah matang.
  2. Instant - Pembayaran akan terus diterima secara automatik selepas anda “request withdrawal” pembayaran atau profit yang telah matang.
  3. Automatik - Pembayaran akan terus diterima secara automatik tanpa perlu anda membuat “request withdrawal” terlebih dahulu. 
Ke mana HYIP Melaburkan Wang Kita? Banyak program HYIP yang mengaku mereka melaburkan wang pelabur ke pasaran saham, indeks, opsyen, emas dan forex. Ini mungkin saja benar kalau mereka menawarkan profit yang kecil kepada pelabur (kebiasaannya di bawah 3% sehari). Khusus untuk HYIP yang mengaku mereka melaburkan wang pelabur di forex memang profitnya boleh sahaja lumayan jika untung tapi jika rugi juga lumayan kecuali adminnya sudah berpengalaman di bidang forex. Jadi jika ada HYIP yang mengaku mereka melaburkan wang pelabur di pasaran saham, indeks, opsyen lalu menawarkan keuntungan di atas 3% sehari, besar kemungkinan itu cuma “Ponzi Scheme”. 

Banyak juga admin HYIP yang melaburkan wang pelabur di program HYIP lain yang tentunya menawarkan profit yang lebih tinggi, jadi wang pelabur berputar di sekitar situ saja. Hal ini juga dilakukan oleh HYIP tempatan (Malaysia), jadi bila program yang mereka laburkan wang ditutup, maka mereka juga akan terpaksa tutup juga. Tetapi banyak HYIP yang dibuat dari hari pertama dengan tujuan menipu, jadi wang pelabur tidak dilaburkan ke mana-mana, biasanya yang begini mempunyai target kalau sudah mencapai jumlah tertentu akan ditutup (scam) sendiri. Ada juga yang melaburkan wang pelabur ke sektor sebenar seperti pengeluaran produk, industri perumahan, hartanah dan lain-lain lagi tetapi profit yang akan dijana agak kecil. Kesimpulan : HYIP terbahagi kepada beberapa jenis : 
  1. Scammer - Program ini hanya mengumpulkan dana saja dan memberikan pembayaran pada pelabur sebagai rangsangan untuk pelaburan yang lebih besar. Bila dana pelaburan telah cukup besar dikumpul dan mencapai target, program akan ditutup (scam). 
  2. Penganjur HYIP Melakukan Perdagangan Forex Tetapi Mereka Bukan Pakar Forex - Penganjur seperti ini akan membuat program HYIP yang mereka anjurkan cepat bankrap dan ditutup.
  3. Penganjur HYIP Melaburkan Wang Pelabur Ke Program HYIP lain - Penganjur seperti ini meletakkan risiko wang pelabur bergantung pada prestasi program HYIP lain. 
  4. Penganjur HYIP Memiliki Pasukan Trading @ Pengurus Pelaburan Forex Yang Pakar - HYIP jenis ini yang biasanya boleh bertahan bertahun-tahun. 
Sayangnya, secara online sangatlah sukar dan sulit untuk mengetahui jenis penganjuran program HYIP. Meskipun demikian, kita masih boleh mendapat keuntungan besar dengan beberapa cara. Kriteria HYIP yang Layak Untuk Diikuti Dari pengalaman, ada beberapa kriteria HYIP yang layak untuk anda laburkan wang anda dan memperoleh keuntungan atau setidaknya tidak rugi banyak kalau melabur. HYIP ini sekurang-kurangnya harus memenuhi 6 dari 9 kriteria di bawah ini : 
  1. HYIP seharusnya sudah beroperasi sekurang-kurangnya lebih dari 30 - 60 hari, jangan melaburkan wang anda ke program HYIP yang kurang dari 30 hari (1 bulan). Kecuali anda mahu strategi hit & run.
  2. HYIP seharusnya jarang bermasalah pembayaran, jarang lewat atau HYIP yang ratingnya bagus di mata pelabur selama waktu beroperasi. Ini anda boleh selidiki di user rating atau di forum-forum.
  3. Keuntungan yang ditawarkan seharusnya munasabah (1% - 5% sehari), jika lebih tinggi dari itu pastinya tidak akan bertahan lama, mungkin sekitar minggu atau bulan. 
  4. Laman web program jarang bermasalah atau jarang down. Jika laman web selalu down atau bermasalah akan menyukarkan bagi pelabur untuk mengeluarkan wang apabila sistem pembayaran HYIP manual atau instant dan biasanya akan cepat tutup (scam).
  5. Plan Pelaburan tidak berubah atau ada penambahan plan pelaburan baru dalam jangkamasa belum 1 tahun HYIP beroperasi. Biasanya HYIP yang menawarkan plan pelaburan baru dengan profit lebih tinggi dari plan pelaburan lama maksudnya sudah mahu ditutup dan kalau yang menawarkan penurunan profit maksudnya HYIP sedang mengalami kekangan dana. 
  6. Pelaburan minimanya di atas $1 atau setidaknya $5. Secara logik $1 tidak sesuai untuk modal pelaburan. 
  7. Laman web sebaiknya mempunyai sekuriti seperti DDOS protection, SSL 128 bit dan lain-lain lagi. HYIP yang mempunyai sekuriti sedemikian boleh bertahan dari serangan “hackers” dan menunjukkan mereka serius kerana mereka mengeluarkan modal besar untuk membeli program perlindungan laman web tersebut. 
  8. Laman web tidak dibuat menggunakan script pasaran yang banyak dijual oleh penjual script. Anda pasti boleh membezakan jika anda sudah lama menceburi bidang HYIP. 
  9. Pilih HYIP yang banyak memasang iklan (banner) di laman web lain kerana maksudnya mereka telah mengeluarkan modal besar yang menunjukkan mereka serius. 
Peraturan Yang Perlu Anda Ikuti Dalam HYIP Supaya anda boleh memperolehi keuntungan atau meminimakan risiko kerugian melabur di HYIP, ada peraturan yang perlu anda ikuti : 
  1. Jangan re-invest atau menambah pelaburan anda terus menerus sebelum anda BEP (Break Even Point) atau balik modal. Anda harus mempunyai target berapa yang harus anda laburkan, selepas itu anda berhenti dan menikmati keuntungan. Dari keuntungan yang ada setelah anda balik modal terserah anda ingin melaburkan kembali atau melabur ke HYIP lainnya. 
  2. Jangan sesekali menggunakan kemudahan “compounding” yang ada pada program HYIP, kecuali sudah balik modal. Jangan laburkan kembali keuntungan yang anda perolehi tetapi keluarkanlah semaksima mungkin. 
  3. Laburkan wang yang tidak terpakai atau wang yang anda rela untuk hilang kerana setiap pelaburan ada risikonya dan HYIP juga demikian. Bezanya HYIP tergolong pelaburan yang HIGH PROFIT dan HIGH RISK di mana risiko untuk anda mendapatkan keuntungan yang tinggi anda harus fikirkan apakah sepadan atau tidak dengan risiko yang anda tanggung bila tiba-tiba HYIP tersebut tidak bayar anda. 
  4. Target keuntungan anda dan jangan tamak. Memang banyak HYIP yang menawarkan keuntungan yang lumayan dan ketika anda melabur kebetulan anda untung yang membuatkan anda tamak untuk mendapatkan “lebih” lagi. Nasihat saya jangan sekali-kali anda tergoda dengan meminjam wang, menjual barang atau memakai wang lebih dari 10% dari jumlah yang anda ada untuk melabur di HYIP kecuali anda sudah berpengalaman. Sekali lagi saya ingatkan pelaburan ini berisiko tinggi. Target pelaburan anda contohnya anda cuma melabur maksima RM5,000 di beberapa program HYIP dan jika sudah balik modal, dari keuntungan yang diperolehi baru anda laburkan semula. 
  5. “Diversified” atau seperti kata pepatah popular “Jangan Letak Telor Dalam Satu Bakul”. Semua di dunia ini tidak ada yang kekal apatah lagi program pelaburan seperti HYIP yang perniagaannya berlandaskan atas kepercayaan. Anda percaya anda melabur, jika ragu-ragu sebaiknya jangan melabur. 
  6. Jangan melaburkan wang ke dalam HYIP apapun lebih dari RM30,000 sebelum anda yakin bahawa HYIP tersebut mempunyai rekod membayar pelaburnya yang melabur besar, kerana ada HYIP yang tidak membayar pelaburnya yang melabur besar tetapi membayar yang melabur kecil (puluh atau ratus saja) supaya rating mereka kelihatan nampak baik. 
Sesiapa yang memperolehi keuntungan di HYIP dan hidup dari pelaburan HYIP pasti mengikuti langkah-langkah di atas kerana ini sudah merupakan Peraturan Wajib yang harus diikuti. Kesalahan Yang Sering Dilakukan Pelabur HYIP Antaranya : 
  1. Menggunakan wang dari pinjaman @ berhutang dari kawan-kawan, saudara-mara, rakan pejabat, bank @ dari hasil penjualan tanah, rumah, kenderaan, wang simpanan bertahun-tahun untuk kegunaan hari tua untuk melabur di HYIP dalam jumlah yang besar. Semua pelaburan ada risikonya dan ramai pelabur yang tidak menyedarinya. 
  2. Melakukan re-invest atau menambah pelaburan padahal pelaburan yang dilakukan belum BEP tanpa mempunyai target maksima pelaburan. ‘Compounding” memang menggandakan keuntungan kita apatah lagi yang sudah pernah untung dalam jumlah yang besar sehingga menjadi lupa diri dan tamak terus menambah pelaburan dan mengabaikan risiko pelaburan sehingga pada waktu program HYIP tiba-tiba tutup maka pelabur akan rugi dan tidak mungkin akan memperolehi keuntungan. 
  3. Melabur di HYIP tanpa menyelidiki secara terperinci adakah masih membayar atau tidak, pembayaran selama ini bagaimana dan rating serta kredibiliti HYIP. Pelabur yang melakukan ini ibarat pelabur buta yang berjalan tanpa tongkat di mana kemungkinan besar akan rugi dalam pelaburan di HYIP. 
  4. Melabur di HYIP yang menawarkan keuntungan yang amat tinggi dan tidak munasabah (di atas 5% sehari) juga kesalahan yang besar dan HYIP ini tidak akan bertahan lama. Anda boleh kehilangan modal anda bila-bila masa saja. 
  5. Melabur di HYIP yang baru berumur beberapa hari juga mempunyai risiko yang besar kerana banyak HYIP yang cuma membayar pelaburnya beberapa hari saja dan ada pula yang tidak membayar sama sekali dari hari pertamanya. Melabur di HYIP yang umurnya lebih dari 1 tahun juga boleh berbahaya kerana ada HYIP yang memanipulasi umur HYIP itu sendiri dengan mengatakan bahawa mereka sudah beroperasi sejak 2 atau 3 tahun lalu. Oleh itu yang penting anda harus sentiasa rajin menyelidiki HYIP yang akan anda sertai. 
Melabur Di HYIP Dengan Betul & Tenang : Nasihat saya untuk melabur di HYIP adalah anda perlu mempunyai target dan bersedia untuk rugi walaupun belum tentu lagi anda akan rugi, ibarat pepatah mengatakan “Sediakan Payung Sebelum Hujan”. Contohnya target anda keluarkan modal RM2,000, beli Liberty Reserve dan terus melabur di beberapa HYIP yang ratingnya bagus, jangan reinvest dahulu, keluarkan keuntungan setiap kali anda terima, pelajari pola dan cara kerja HYIP tersebut, dan pantau sekurang-kurangnya 6 bulan hingga 1 tahun jika anda untung, kemudian terserah kepada anda keuntungannya mahu di re-invest lagi atau anda melabur di HYIP lain. 

Langkah-Langkah Pelaburan Yang Betul : 
  1. Cuba dahulu dengan minima deposit ke HYIP yang anda sudah selidiki status dan rating sebelumnya. Setelah HYIP bayar anda, cuba cairkan keuntungan anda, jika semuanya berjalan lancar terus ke langkah nombor 2.
  2. Masukkan target pelaburan anda ke HYIP.
  3. Keluarkan keuntungan anda sekerap mungkin jika HYIP yang anda sertai menggunakan sistem pengeluaran manual atau instant.
  4. Tunggu sehingga modal anda kembali, selepas itu terserah kepada anda ingin re-invest keuntungan anda atau menggunakan keuntungan anda untuk melabur di tempat lain. Nasihat saya sebaik-baiknya anda re-invest setengah, bakinya melabur di tempat lain Kesimpulan : 
Melabur di HYIP pada saya risikonya hampir sama dengan trading forex, semakin anda tidak berpengalaman maka anda akan rugi semakin banyak. Apatah lagi jika anda tamak ingin memperoleh keuntungan yang tinggi. Oleh itu jika inginkan keuntungan anda harus sentiasa membaca & belajar dari otai-otai HYIP yang telah lama menceburi bidang ini. Jika anda ingin melabur di HYIP, cari HYIP yang mempunyai rating bagus dan boleh mengembalikan modal anda antara 50 -100 hari (maksima 150 hari), di bawah atau di atas itu sebaik-baiknya jangan sertai. Target berapa modal yang ingin anda laburkan (sebaik-baiknya maksima 5% - 10% saja dari jumlah wang anda), jangan re-invest lebih dari 2 kali (menambah pelaburan atau “compounding”) sebelum modal anda kembali. Setelah balik modal, gunakan keuntungan untuk re-invest kembali atau melabur di tempat lain. 

Akhirkata usaha apapun tentu ada risiko kerugian akibat salah pengurusan, ditipu, persaingan, bencana alam, kebakaran, dirompak, pecah amanah dan lain-lain lagi. Jika melabur di HYIP risikonya cuma satu saja iaitu program ditutup atau tidak membayar lagi. Walaubagaimanapun risiko tetap risiko baik sekecil apapun bila anda tidak bersedia menghadapinya boleh membuat anda rugi. Besar atau tidak kerugian yang anda tanggung bergantung kepada samada anda telah bersedia menghadapinya atau mempunyai backup plan bila ianya terjadi.

-TAMAT-

Saya juga ada mencuba beberapa HYIP tapi dengan modal yang cukup minima, ye la, dah tak berani, niat nak belajar. Antara yang saya join carbondeals.net/C89918 yang menawarkan pulangan tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Setakat hari ini masih mendapat bayaran terus ke LR tidak sampai 1 Jam walaupun dijanjikan 24jam tempoh 'withdraw'.

Kajian yang saya buat berdasarkan alexa rank laman web ini, seperti biasa HYIP di monapoli rakyat Russia dan yang menarik minat saya rakyat Amerika Syarikat juga ramai yang join program ini tidak seperti program-program HYIP yang lain.



Monitering dari pelbagai forum dan laman web HYIP juga sangat baik hingga hari ini, saya jangkakan HYIP ini akan dapat bertahan 3-4 bulan lagi dan tidak mustahil mampu jadi seperti AVO.

Jadi kalau ada yang berminat boleh terus daftar di carbondeals.net/C89918 dan plan yang saya cadangkan adalah GAS RECOVERY.

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...

Adab Masuk Rumah Baru

Alhamdulillah Jumaat lepas 21 April 2012 selesai sudah bayaran akhir daripada Bahagian Pinjaman Perumahan ( BPP ) kepada Penang Development Corporation ( PDC ) maka saya pun dapatlah mengambil kunci rumah yang sepatutnya di terima pada awal bulan Mac. Dah dapat kunci saya pun cari la adab masuk rumah baru untuk di pratikkan dan dikongsikan bersama.  Perkara pertama sebelum masuk rumah baru adalah dengan memberi Salam. Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT, “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram s...