Skip to main content

Rasuah, dah jadi buluh baru nak lentur

Sedih bila dengar berita pagi tadi berkaitan peranggi rasuah oleh Perdana Menteri (PM). Saya tahu dan jelas bahawa apa yang di lakukan oleh PM adalah sesuatu yang baik tetapi pandangan saya pula adalah lebih baik ianya bermula dari peringkat bawah. Pada pandangan saya, pendidikan sahsiah yang lebih perlu diutamakan di sekolah berbanding pendidikan akademik yang lain kerana sasiah yang akan menentukan keharmonian sesuatu bangsa dan negara. 

Jika setiap pelajar dinegara ini beriman (percaya) pada agama masing-masing, percaya pada dosa dan pahala, halal dan haram, syurga dan neraka sudah pasti mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak baik. Saya tidak rasa ini perkara yang sukar dilakukan dan saya yakin kerajaan yang ada sekarang mampu. 

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, tapi kita lihat sekarang kerajaan tidak mengamalkannya. Memang bukan mudah lagi nak dilentur cuma bukan mustahil. Kalau rasuah tidak di benteras maka rosaklah negara. Saya juga berharap PPPM berjalan dengan lancar dan mampu melahirkan modal insan yang hebat dan berakhlak mulia, bukan sekadar hebat.

Berita yang saya maksudkan.

Perangi rasuah kekal - Najib

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan usaha memerangi gejala rasuah dalam negara terus kekal menjadi keutamaan kerajaan dan meletakkannya sebagai satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Perdana Menteri berkata, pelbagai pendekatan yang diambil dalam membanteras gejala rasuah termasuk aspek rangka kerja sehingga penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cukup menggambarkan keseriusan gejala tersebut pada pandangan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, usaha yang dilakukan tidak akan berjaya tanpa pembabitan dan kerjasama menyeluruh kerana pada akhirnya langkah diambil itu perlu menjadi etika sebenar dan tanggungjawab masyarakat.

"Kita selalu mendengar apabila orang bercakap mengenai rasuah, perkara pertama yang berada dalam fikiran adalah penyalahgunaan kuasa dalam kalangan penjawat kerajaan dan ahli-ahli politik.

"Tetapi kalau kita berpandangan rasuah adalah satu perbuatan tidak beretika dan tidak bermoral, kita perlu berhenti melihat perbuatan itu hanya kepada penjawat awam dan ahli-ahli politik.

"Tanggapan sedemikian sebenarnya cukup dangkal kerana pada hakikatnya gejala rasuah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Pertubuhan Agensi Penguat Kuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) Keenam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Majlis disertai lebih 1,000 pegawai pencegah rasuah dari 100 negara itu turut dihadiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan Presiden IAACA, Prof. Cao Jianming.

Dalam majlis itu, Najib turut menyerahkan sumbangan kerajaan sebanyak RM1 juta untuk menjayakan Akademi Anti Rasuah Antarabangsa kepada Pengerusi IAACA, Martin Kreutner.

Perdana Menteri berkata, sistem hukuman yang tegas mungkin boleh menghalang gejala rasuah tetapi ada kes di negara-negara yang melaksanakan perundangan lebih keras namun belum menjamin aktiviti itu boleh dihapuskan.

Oleh yang demikian, katanya, semua pihak patut melihat usaha memerangi rasuah dalam perspektif lebih luas kerana terdapat masyarakat berjaya mengurangkan aktiviti itu dengan bergantung kepada kesedaran sivik yang tinggi.

"Kesedaran ini boleh dilaksanakan dengan tumpuan khusus dalam etika, norma-norma dan nilai masyarakat yang berbeza," ujar beliau.

Kata Perdana Menteri, kesedaran itu cukup kritikal kepada individu yang berada dalam kekuasaan jawatan dan kewibawaan untuk mencontohi nilai-nilai yang perlu diikuti oleh kumpulan yang berada di bawahnya.

"Nilai kesedaran yang betul dan kepimpinan etika asal itu sebenarnya bermula dari rumah," tegas beliau.

Dalam ucapannya itu, Najib juga berkata, kerajaan Malaysia sentiasa mengiktiraf kepentingan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam meneruskan usaha memerangi rasuah.


© Utusan Melayu (M) Bhd

Tutup cerita hari ini dengan gambar Damia Maisarah sebelum kena Demam Campak. Alhamdulillah dah baik tapi masih ada parut di muka. Harap-harap boleh hilang la, maklumlah anak perempuan.


Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran