Skip to main content

SRS Clockspring Proton Savvy

Semalam terpaksa hantar kereta Proton Savvy kesayangan saya ke Proton Service Center untuk menukar SRS Clockspring yang baru. Hon kereta saya tidak berfungsi dan ada bunyi yang tidak menyenangkan apabila stering dipusing. Jadi saya bertanya pada rakan yang bekerja di Proton Service Center (Roadstar), Bayan Baru. Atas maklumat darinya maka saya pun membuat keputusan untuk menukar SRS Clockspring yang baru.





Harga SRS Clockspring ni RM105.40 (Original Proton) sama harga bagi Manual ataupun AMT. Upah pasang pula RM43.00 maka keseluruhannya RM148.40. Tak pasti pula kalau beli dari kedai spare part dan pasang sendiri (tak nampak mudah kalau nak pasang sendiri) lebih murah, lagi pun barang-barang proton Savvy ni dah makin kurang dan mungkin akan naik semula sebab pengeluaran kereta ini telah pun di hentikan.


Dah alang-alang bawa kamera kira ambil gambar je la. Gambar atas ni satu lagi gambar HDR dari sekeping gambar RAW file. 

Minggu ni dah banyak kerja editing custom album jurugambar perkahwinan untuk cmratu fotografi berjaya disiapkan dan sekarang ni jual Kek Coklat Moist dan siapkan tugasan PJJ yang dah makin banyak. 

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Wordless Wednesday #2

P14G PALING SEMPOI, MESTI CUBA Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu TOYOTA ROAD SHOW HOTLINK VOTE BLOGGER

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran