Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Gambar HDR dari bawah Jambatan Pulau Pinang

Dah lama tak edit HDR ni. Ntah macam mana semalam teringat nak buat HDR sebab ada shoot RAW file masa sesi post wedding Affan dan Syafa minggu lalu. Pada saya inilah merupakan HDR tercantik pernah saya hasilkan. Ada masa saya akan kongsikan tutorial edit HDR menggunakan RAW file. Lebih mudah dan hasilnya hampir sama seperti mencantum 3,5,7,9 exposure berbeza dari kamera.  (klik pada gambar untuk paparan lebih baik).

Asas Fotografi Speed, Aperture dan ISO

Nak kata pandai tu memang tak la sangat bab fotografi ni. Tapi kalau nak kongsi bab asas tu boleh la sikit-sikit. Seperti minggu lepas saya kogsikan berkaitan dengan Pengakap (unit uniform yang saya jadi guru penasihat di sekolah) dan hari ini saya nak kongsi berkaitan fotografi kerana saya juga merupakan guru penasihat kelab fotografi SMKRTU.  Kebetulan semalam ada seorang rakan di Facebook, juga seorang guru berkongsi gambar di bawah ini dan saya amat tertarik dengan gambar segitiga ini yang merupakan asas penting dalam fotografi. Inilah yang perlu seorang jurugambar perlu tahu dan fahami. Memandangkan saya bukan pakar maka saya dapatkan maklumat dari pakar iaitu dari e-book  Adhadi Mohd .  Saya juga cadangkan mereka yang minat dalam fotografi membaca imput-imput berguna di blog beliau atau sertai kelas yang beliau buat. Shutter Speed Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang leb...

Video Gengster kacau anti lynas di Pulau Pinang

Tengok dan buatlah penilaian. Sekali lagi saya ulangi saya bukan orang politik dan tidak memihak mana-mana parti politik. Dari video ini kita dah boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Sedangkan polis pun tidak menghalang perhimpunan ini tapi ada pihak lain yang sibuk-sibuk malah nampak jelas provokasi yang disengajakan. Kita mahu hidup aman di negara ini bukan mahu bergaduh dan memporak perandakan negara.  Sebelum ini saya juga ada menulis berkaitan Lynas . Dan saya makin paham permasalahannya dari pembacaan di internet. Jadi saya juga harap kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini dengan sebaiknya. PRU 13 pasti sengit bila melihat peratusan undian di blog Denaihati .

Hadiah lumayan dari blogger baik hati

Jutaan terima kasih kepada pemilik Denaihati.com yang terkenal dengan sikap pemurahnya, sepadan dengan selogan ‘Hidupkan untuk memberi’ . Sepanjang saya menjadi blogger (hampir menjadi blogger tegar, tapi internet dan kekangan kerja menjadi halangan) bermula Mei 2011 hinggalah hari ini saya telah menerima pelbagai ganjaran dan hadiah yang menarik dari pemilik Denaihati.com. Ini yang saya hendak kongsikan supaya kita sama-sama dapat merasa. Pertama saya menerima RM100.00 semasa menyertai contest cabaran malaysia merdeka pada tahun lalu. Tak sangka pula pihak  e-qurban dan denaihati berbesar hati untuk memberi hadiah yang dijanjikan kepada semua peserta yang asalnya dijanjikan kepada 10 pemenang. Kemudian mengenai insentif ‘top up’ prepaid melalui program Reward Loyalty yang juga telah lama di anjurkan oleh denaihati. Cukup mudah, cuma perlu masuk ke blog denaihati, comment, klik FB like, retweet dan google + setiap hari untuk peroleh 500 point sehari. Tapi saya selesa baca setia...

Lynas : siapa betul dan siapa salah?

Pertama sekali ini bukan isu politik. Isu ini berkaitan dengan alam sekitar dan pencemaran. Menjadi tanda tanya kepada saya (mungkin ramai lagi rakyat Malaysia) mana yang betul? Projek Lynas mendatangkan bahaya atau tidak? Siapa yang sebenarnya pakar dalam bidang ini? adakah pakar tidak bertangungjawab? Di sebabkan persoalan yang timbul ini saya cuba mencari jawapan tetapi saya tetap tak dapat membuat penilaian. Jadi saya harap rakan-rakan yang membaca ini dan tahu hal sebenar bolehlah membantu. Janganlah hanya kerana parti politik kita terus percaya baik BN atau PR. Menyokong satu-satu isu itu membuta tuli. Maklumlah PRU 13 dah makin hampir, jadi masing-masing ingin menggunakan setiap peluang yang ada sebaiknya, malah hingga sangup memfitnah satu sama lain.  Jadi saya nak kongsikan apa yang saya dah baca dan lihat.    Sumber video ini adalah dari blog  savemalaysia-stoplynas.blogspot.com  dan banyak lagi info berkaitan Lynas ada diceritakan dalam blog ini. Jug...

Ceramah Ustaz Don

Ramai yang terus mencari ceramah ustaz don yang semakin hari semakin di kenali ramai. Tahniah buat ustaz muda ini. Cara penyampaiannya dalam 30 minit bersama ustaz don di TV al-hijrah  sangat mudah di terima dan mudah di fahami (sangat jelas dan terperinci). Jadi pada yang mencari-cari ceramah ustaz don boleh la LIKE page di Facebook. 30 Minit Ustaz Don Ustaz Don Daniyal Don Biyajid Kami suka ceramah Ustaz Don Koleksi Ceramah Ustaz Don Antara ceramah ustaz don yang perlu di hayati bersama. Alhamdulillah makin hari makin ramai pendakwah baru yang muncul, cuma kita kenalah pandai menilai, takut-takut la juga ada yang sesat. Makin ramai juga artis-artis Malaysia yang berubah kearah kebaikan.  Sebenarnya tangga pertama kata kunci mingguan untuk minggu ini (rujukan nuffnang) yang membuka hati saya untuk menulis entry ini. Kata kunci ceramah ustaz don ini adalah dari entry Ceramah Agama Menusuk Kalbu dari Ustaz Don Daniyal.

Jawapan Wordless Wednesday #21

Inilah jawapan bagi gambar Wordless Wednesday #21 , gambar panorama sunset tersebut di rakam dari atas bot dalam perjalan balik ke jeti selepas selesai sesi post wedding pasangan Affan (abang saya) dan Syafa. Sesi outdoor ini di buat di pulau pasir (nampak dari jambatan pulau pinang).  Kalau ada yang berminat nak dapatkan shoot macam ni, boleh ja tapi kena bagi tahu awal dan saya akan usahakan untuk mencari bot, cuma kena la tambah kos bot. 

Jadual tutorial PJJ PPG UPSI

Alhamdulillah dah pun terima keputusan peperiksaan semester 2 baru-baru ni dan lulus walaupun tak cemerlang. CGPA masih kekal 3 keatas cuma berlaku penurunan berbanding semester 1. Jadi semester 3 ni kena berusaha untuk terus kekal di paras 3pointer. Untuk semester 3, ada perubahan besar telah di buat oleh pihak UPSI iaitu telah mewajibkan kehadiran tutorial. Tetapi tidak timbul lagi masalah perlu pergi ke UPSI kerana pihak UPSI telah membuka kelas tutorial di setiap negeri bagi setiap subjek. Berikut merupakan jadual bagi pelajar PJJ PPG UPSI Kohort 1 (SEM 3) Kemahiran Hidup Sek. Menengah. (untuk rujukan sendiri juga sebenarnya) klik pada jadual untuk paparan lebih baik. Untuk maklumat lanjut mengenai jadual tutorial termasuk bagi kohort 1 dan 2 serta senarai  pusat pembelajaran UPSI bagi negeri-negeri lain boleh semak di SINI HARGA MODUL UTK PELAJAR KOHORT 1 SEMESTER 3 Pembayaran modul di semua cawangan Bank Islam boleh dibuat mulai 3 Mac 2012. Harga modul adalah seperti berikut...

Terkini : PRU 13 selepas selesai isu SBPA

Ketegasan CUEPACS dalam hal SBPA dalam membela nasib kaki tangan awam amat membanggakan. Terkini, CUEPACS seakan-akan memberi amaran kepada kerajaan supaya memastikan SBPA dijalankan secara adil dan saksama jika mahu Barisan Nasional kekal menjadi kerajaan dalam PRU 13 . Berita penuh. Utusan Malaysia Oleh Zaini Hassan 22/2/2012 ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan. Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina. Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak...

Wordless Wednesday #21

Darimana saya tangkap gambar ini? (klik pada gambar untuk paparan lebih indah)

Persetiaan Pengakap

Hari Rabu merupakan hari pemakaian unit uniform bagi setiap pelajar dan guru di sekolah. Jadi sebagai guru Pengakap saya nak kongsi Persetiaan Pengakap . Saya hafal persetian ini sejak dari darjah 4 hinggalah hari ini. Kan bagus kalau semua ahli pengakap pengikut persetian yang sering dilafazkan ini.  "Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan taat kepada agama, raja dan negara, menolong orang pada setiap masa dan menurut undang-undang pengakap." Sebelum patuh 10 undang-undang pengakap, seorang pengakap itu haruslah ada sikap suka menolong orang tidak mengira masa. Kan indah kalau semua orang ada rasa sentiasa ingin menolong.  Logo Pengakap Malaysia Logo Pengakap Dunia Kebetulan hari ini 22 Februari 2012 merupakan sambutan hari pengakap sedunia. 

Video En. Muda dari MCP

Sebenarnya ini merupakan video pra perkahwinan abang saya Mohd Affan yang baru sahaja selesai masjlis bertandang di Dewan Mutiara Tabung Haji, Ahad lepas. Saya juga ada bersama semasa pengambaran ini dijalankan. Memang teliti dan kemas kerja dari Motion Creative Production (MCP). Jom layan video pra perkahwinan mereka ini.  Yang bawah ini pula video the making, ada juga la terselit gambar saya pada akhir video ini. 

Design Kad Nama

Akhirnya siap juga kad nama baru untuk jurugambar perkahwinan cmratu.com. Design kad nama kali ni sangat-sangat ringkas. Isteri tak berapa suka tapi saya nak siapkan cepat jadi dah tak ada idea. Saya suka benda yang ringkas dan padat. yang penting maklumat yang orang inginkan dapat di baca dengan jelas dan boleh difahami. Kad nama ini dah pun siap print dan telah digunakan.  Saya suka warna hitam, putih dan jingga. Muka depan Muka Belakang Ok ke design kad nama macam ni? muka depan melintang, muka belakang menegak. Sebenarnya muka belakang saya kekalkan design kad nama saya yang lama cuma tambah data baru iaitu  page cmratu di facebook dan blog dunia cmratu ni. 

Gambar Nikah Affan Dan Syafa

Gmabr minggu lepas ni, 10 Feb 2012. Tapi hari ni baru sempat nak upload di blog. Kali ni saya upload banyak gambar. Ada yang suka gambar banyak di blog dan ada yang rasa semak dan suka letak gambar-gambar terbaik sahaja. Masing-masing ada cara tersendiri. Klik pada gambar untuk paparan slide yang lebih mudah dan jelas. Ok tak banyak macam ni? kalau nak tahu tentang pakej jurugambar perkahwinan boleh lihat di cmratu.com. Juga jangan lupa lihat  contoh custom album . 

Bermain dengan tone di Photoshop

Sempena tema RMI di Penang Flickr Group Facebook 'play with tone' saya pun nak juga kongsi gambar-gambar yang saya edit di photoshop untuk mengubah tone. Tak pandai pun dan masih banyak yang saya tak tahu. Saya belajar dengan membeli e-book tulisan Wazari Wazir . Dah la saya beli e-book ni cuma kurang pratikkan ilmu yang di pelajari. Say amasih takut untuk bermain dengan tone terutama untuk tugasan jurugambar perkahwinan kerana takut tidak menepati citarasa pelanggan. Labih baik saya ambil langkah selamat dengan mengekalkan warna asal dan membuat sedikit editing seperti leveling dan curve.  Mana satu pilihan anda? ok ke edeting yang saya buat ni? 1.  2.  3.  4. Kalau dalam custom album lagi saya takut nak bermain tone, takut bila print tak sama dengan apa yang saya edit. Jadi saya selalu ambil langkah selamat. 

Tempoh Kenaikan Pangkat Guru berdasarkan Belanjawan 2012

Berikut merupakan jadual tempoh kenaikan pangkat bagi Guru lepasan Ijazah dan Diploma bermula tahun 2012. Gambar ini saya peroleh juga dari buku bulitin NUTP negeri Pulau Pinang sama seperti Jumlah kelayakan pinjaman perumahan kerajaan . Jadi terungkai la sudah persoalan yang timbul sebelum ini. Ada yang sebelum ini mengatakan guru diploma tidak mendapat keistimewaan kenaikan pangkat 8 tahun sepertimana yang telah di bentangkan dalam belanjawan 2012 oleh perdana menteri.  Jadi lepas ni cikgu-cikgu muda merasa la sampai tahap yang lebih tinggi. Tapi kena la ingat, tempoh tu ada syarat-syarat tertentu, bukan senang-senang ja nak naik. Guru-guru diploma pun boleh merasa naik DG2-2 (DG32) sebelum naik ke DG1-1 (DG41). Kalau rujuk pada cadangan gaji sbpa mac 2012 memang banyak bezanya kalau sempat naik ke DG2-2.  Untuk graduan segar (fresh graduate) pendidikan (umur 24thn) kalau mengikut jadual ini sepenuhnya maka sempat la merasa gred 1-6 (DG54)  semasa umur 49 ta...

Wordless Wednesday #20

Cuba teka kenapa Damia Maisarah angkat tangan?

Gambar outdoor di Kellie's Castle

Hari ni saya upload gambar sesi outdoor persandingan abang saya pada hari Sabtu yang lepas di Kellie's Castle . Saya tak sempat nak baca dan naik ke tingkat atas  kellie's castle sebab sibuk shoot. Pengantin yang naik atas, saya nak shoot dari bawah mesti la tak naik.  Nak masuk kedalam kawasan  kellie's castle ni ada dikenakan bayaran. Saya pun tak ingat dah berapa bayaran yang di kenakan tetapi yang pasti untuk pengambaran gambar perkahwinan dikenakan bayaran RM50 untuk pengantin dan 5 orang jurugambar (kalau kurang jurugambar pun kena rm50 juga). Petang tu cuma 4 orang sahaja bersama pengantin iaitu saya, isteri, adik perempuan saya dan sepupu saya (juga jurugambar). Jom saksikan beberapa gambar kami di  kellie's castle . Tak ketinggalan gambar jurugambar perkahwinan cmratu.com. Sempat lagi posing, bukan selalu nak dapat peluang macam ni.  Dan akhir sekali sesi super candid. Ada 18 keping gambar yang nak pecah perut kalau tengok semuanya. Tak boleh upload ...

Terkini : Jumlah Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan Mengikut Gaji

Ini merupakan jadual kelayakan pinjaman berdasarkan gaji pokok atau hakiki kaki tangan awam di rujuk dari syarat dan tatacara skim pinjaman perumahan perbendaharaan Malaysia PP BIL. 5 Tahun 2011. Gambar ini saya dapat dari bulitin guru NUTP Pulau Pinang yang terbaru.  Jadi rakan-rakan penjawat awam boleh la rujuk gaji baru SBPA 2012 untuk lihat gaji pokok baru dan nilai kelayakan meminjam. Saya juga ada kongsikan cadangan gaji SBPA mac 2012, tapi tak tahu la betul atau tidak cadangan baru ni.  Untung kalau buat pinjaman dengan kerajaan kerana peratus faedah yang di kenakan tidak sebanyak pinjaman bank. Alhamdulillah permohonan pinjaman saya telah pun lulus dan sekarang ni cuma tunggu kunci rumah baru sahaja, tak tahu la bila boleh dapat. Saya buat permohonan tahun lepas dan kadarnya mengikut kadar yang lama. 

Selamat Pengantin Baru Abangku..

Nak ucapkan selamat pengantin baru dan tahniah buat abangku Mohd Affan Bin Mohd Rosli yang selesai akad nikah semalam 10 Februari 2012 di Kampar , Perak.  Dua hari di Perak, malam ni baru sampai Penang semula selepas tamat sesi outdoor di Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak petang tadi.  Malam ni upload sekeping dulu sebelum upload yang lain-lain selepas ini. Insyallah untuk gambar ni, saya akan upload banyak gambar.    

Tips SEO : Bila tepat memilih kata kunci

Hari ini saya berjaya memilih kata kunci yang tepat bersesuaian dengan kehendak dan persaingan yang kurang di kalangan blogger-blogger hebat. Kadang-kadang bila kita memilih kata kunci yang betul dan menjadi pilihan tetapi trafik ke blog tetap seperti biasa adalah kerana blogger-blogger hebat yang mempunyai pagerank tinggi dan hebat dalam SEO juga memilih kata kunci yang sama.  Walaupun tidak sebanyak cerita-cerita sensasi artis atau politik, tetapi saya tetap rasa gembira. Maklumlah blog PR2 macam ni mana mampu nak bersaing dengan blog-blog hebat.  Kata kunci cadangan gaji sbpa mac 2012 menjadi pilihan ramai penjawat awam pada hari ini. Kenapa? boleh lihat entry sebelum ini berkaitan berita terkini SBPA. Saya belajar sesuatu. Terima kasih juga kepada blogger hebat shakiddo.com  kerana memaklumkan kepada saya bahawa entry yang sama telah berada di tangga pertama  www.blogged.my  sempat la print screen. Juga antara faktor peningkatan trafik.