Skip to main content

Terkini : Jumlah Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan Mengikut Gaji

Ini merupakan jadual kelayakan pinjaman berdasarkan gaji pokok atau hakiki kaki tangan awam di rujuk dari syarat dan tatacara skim pinjaman perumahan perbendaharaan Malaysia PP BIL. 5 Tahun 2011. Gambar ini saya dapat dari bulitin guru NUTP Pulau Pinang yang terbaru. 


Jadi rakan-rakan penjawat awam boleh la rujuk gaji baru SBPA 2012 untuk lihat gaji pokok baru dan nilai kelayakan meminjam. Saya juga ada kongsikan cadangan gaji SBPA mac 2012, tapi tak tahu la betul atau tidak cadangan baru ni. 

Untung kalau buat pinjaman dengan kerajaan kerana peratus faedah yang di kenakan tidak sebanyak pinjaman bank. Alhamdulillah permohonan pinjaman saya telah pun lulus dan sekarang ni cuma tunggu kunci rumah baru sahaja, tak tahu la bila boleh dapat. Saya buat permohonan tahun lepas dan kadarnya mengikut kadar yang lama. 

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...