Skip to main content

Hadiah lumayan dari blogger baik hati


Jutaan terima kasih kepada pemilik Denaihati.com yang terkenal dengan sikap pemurahnya, sepadan dengan selogan ‘Hidupkan untuk memberi’. Sepanjang saya menjadi blogger (hampir menjadi blogger tegar, tapi internet dan kekangan kerja menjadi halangan) bermula Mei 2011 hinggalah hari ini saya telah menerima pelbagai ganjaran dan hadiah yang menarik dari pemilik Denaihati.com. Ini yang saya hendak kongsikan supaya kita sama-sama dapat merasa.

Pertama saya menerima RM100.00 semasa menyertai contest cabaran malaysia merdeka pada tahun lalu. Tak sangka pula pihak e-qurban dan denaihati berbesar hati untuk memberi hadiah yang dijanjikan kepada semua peserta yang asalnya dijanjikan kepada 10 pemenang.

Kemudian mengenai insentif ‘top up’ prepaid melalui program Reward Loyalty yang juga telah lama di anjurkan oleh denaihati. Cukup mudah, cuma perlu masuk ke blog denaihati, comment, klik FB like, retweet dan google + setiap hari untuk peroleh 500 point sehari. Tapi saya selesa baca setiap entry baru di Denaihati, penulisannya berkualiti dan professional bukan hanya kerana mahukan ganjaran yang disediakan. Tapi dah orang nak bagi kita manfaatkan la. Alhamdulillah saya dah pun peroleh 5 x RM30 topup prepaid (untuk isteri sebab saya guna postpaid) dari program ini.


Semua peserta contest gadjet impian yang telah pun sampai ke penghujung dan masih belum di ketahui siapa pemenang bertuah juga turut menerima sagu hati. Kalau tak salah saya lebih dari 100 blogger yang mengambil bahagian dan setiap peserta mendapat senaskah buku bertajuk Khalifah Ganti Superman. Saya terima buku ini 2 minggu yang lepas. (gambar dari blog kak yan) Saya tak sempat lagi nak tengok buku ni.


Dan yang terbaru saya tak sangka saya tersenarai dalam 10top referrer untuk bulan Januari ke blog Denaihati dan seperti yang dijanjikan oleh pihak Denaihati RM0.02 x jumlah reference pada bulan tersebut. Saya sebenarnya tidak lansung meletakkan harapan untuk tersenarai dalam 10 top reference ini. Maklumlah blog saya pun bukan ramai sangat pengunjung, purata untuk sehari 500-1000 pageview sahaja dan jauh kalau nak dibandingkan dengan blog-blog lain. Niat saya meletakkan banner Denaihati adalah tanda sokongan kerana niat murni beliau dalam usaha MEMBERI.

Jadi saya nak ajak rakan-rakan semua terjah selalu blog Denaihati ini kerana di blog ini tersaji pelbagai penulisan ilmiah yang membuka minda dan kalau dah terjah tu jangan lupa buat undian secara maya pilihan raya umum ke-13 BN, PKR atau Atas Pagar.

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran