Skip to main content

Gambar outdoor di Kellie's Castle

Hari ni saya upload gambar sesi outdoor persandingan abang saya pada hari Sabtu yang lepas di Kellie's Castle. Saya tak sempat nak baca dan naik ke tingkat atas kellie's castle sebab sibuk shoot. Pengantin yang naik atas, saya nak shoot dari bawah mesti la tak naik. 

Nak masuk kedalam kawasan kellie's castle ni ada dikenakan bayaran. Saya pun tak ingat dah berapa bayaran yang di kenakan tetapi yang pasti untuk pengambaran gambar perkahwinan dikenakan bayaran RM50 untuk pengantin dan 5 orang jurugambar (kalau kurang jurugambar pun kena rm50 juga). Petang tu cuma 4 orang sahaja bersama pengantin iaitu saya, isteri, adik perempuan saya dan sepupu saya (juga jurugambar). Jom saksikan beberapa gambar kami di kellie's castle.






Tak ketinggalan gambar jurugambar perkahwinan cmratu.com. Sempat lagi posing, bukan selalu nak dapat peluang macam ni. 


Dan akhir sekali sesi super candid. Ada 18 keping gambar yang nak pecah perut kalau tengok semuanya. Tak boleh upload la yang lain-lain. 


Buku tetamu perkahwinan dah pun siap dan sekarang ni nak siapkan beberapa page custom album majlis pernikahan dan persandingan sebelah perempuan supaya tak la rushing bila habis majlis sebelah lelaki nanti. 

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...