Skip to main content

Asas Fotografi Speed, Aperture dan ISO

Nak kata pandai tu memang tak la sangat bab fotografi ni. Tapi kalau nak kongsi bab asas tu boleh la sikit-sikit. Seperti minggu lepas saya kogsikan berkaitan dengan Pengakap (unit uniform yang saya jadi guru penasihat di sekolah) dan hari ini saya nak kongsi berkaitan fotografi kerana saya juga merupakan guru penasihat kelab fotografi SMKRTU. 

Kebetulan semalam ada seorang rakan di Facebook, juga seorang guru berkongsi gambar di bawah ini dan saya amat tertarik dengan gambar segitiga ini yang merupakan asas penting dalam fotografi. Inilah yang perlu seorang jurugambar perlu tahu dan fahami.


Memandangkan saya bukan pakar maka saya dapatkan maklumat dari pakar iaitu dari e-book Adhadi Mohd.  Saya juga cadangkan mereka yang minat dalam fotografi membaca imput-imput berguna di blog beliau atau sertai kelas yang beliau buat.


Shutter Speed
Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).

Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.

Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.

Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

Aperture

Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital.




“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.

Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil.

Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait.

Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop
f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32



ISO

ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.

ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details.

Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.

Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur.

Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja.

ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) :

100-200
Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio. Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum.

400
Waktu mendung, dibawah litupan. Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima

800
Waktu di dalam rumah. Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan.

1600
Waktu malam dan kurang bercahaya. Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar.

3200-6400
Waktu yang gelap dan tidak bercahaya. Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white mode.

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran