Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Alamat sama tapi undi tempat berbeza

Mungkin selama ini saya membaca di blog atau Malaysiakini tapi kali ini ianya berlaku di kalangan ahli keluarga saya sendiri cuma saya tak tahu apa sebab dan tujuannya. Isteri saya tidak pernah mengubah alamat rumah di kad pengenalan (IC) sama seperti bapa dan mak mertua saya, begitu juga dengan dua orang kakak ipar saya yang sama alamat dalam IC. Tetapi yang peliknya cuma isteri saya yang tidak sama parlimen dan dun mengundi sedangkan yang lainnya sama sahaja.  KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS Semakan daftar pemilih isteri saya Semakan daftar pemilih bapa mertua saya Saya tak tahu, mungkin ada yang tahu boleh kongsikan sebabnya dengan saya. Macam saya dan ahli keluarga saya yang lain satu alamat IC semua sama sahaja tempat mengundi. 

Adab Masuk Rumah Baru

Alhamdulillah Jumaat lepas 21 April 2012 selesai sudah bayaran akhir daripada Bahagian Pinjaman Perumahan ( BPP ) kepada Penang Development Corporation ( PDC ) maka saya pun dapatlah mengambil kunci rumah yang sepatutnya di terima pada awal bulan Mac. Dah dapat kunci saya pun cari la adab masuk rumah baru untuk di pratikkan dan dikongsikan bersama.  Perkara pertama sebelum masuk rumah baru adalah dengan memberi Salam. Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT, “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram s...

Instagram look alike edit by photoshop

Dah berapa hari tak sempat nak update blog. Banyak benda nak kongsi minggu ni, insyallah ada masa terluang saya akan menulis. Jadi untuk hari ini saya nak kongsi gambar yang saya edit seakan akan gambar instagram dengan hanya menggunakan photoshop. Agak-agak jadi tak editing saya ni? Insyallah lepas ni bercadang nak kongsikankan cara menggunakan action photoshop dan kongsi action yang saya buat dengan rakan-rakan. KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS Jadi ke tidak ni.. hehe.. masih dalam percubaan. 

Wordless Wednesday #24

Ibarat menolak kereta

Pernah tak dengar orang kata ibarat menolak kereta ? Sebenarnya apa sahaja pekerjaan, tugasan ataupun perbuatan sememangnya ibarat menolak kereta. Kenapa? Permulaan kita menolak kereta amat sukar dan berat, kemudian makin lama makin mudah dan makin laju, sekiranya kita berhenti menolak dan mula menolak semula kita akan rasa sukar dan berat. Begitu la juga kerja seharian dalam kehidupan manusia. Yang betulnya apa yang cuba saya sampaikan adalah berkaitan dengan penulisan blog yang semakin hari semakin kurang menulis. Puncanya kerana saya telah sekat momentum yang sekian lama saya kekalkan selama ini dan bila perlu mula semula memang rasa sukar dan berat. Jadi saya kena buang rasa tersebut bagi memastikan saya boleh kembalikan momentum seperti dahulu. My best shoot for this week  Sebenarnya ada banyak sangat benda yang nak saya kongsikan tapi tak kesampaian, tugasan PJJ pun banyak, tugas di sekolah pun banyak. Kebetulan minggu ni saya merupakan salah seorang guru bertugas. Tapi saya ...

Siap Untuk Ke Kelas VDSLR

Esok saya belajar satu lagi benda baru dalam dunia fotografi iaitu kelas VDSLR anjuran Nikon Club Malaysia di Alor Setar Kedah. Tak sabar rasanya nak ceburi satu lagi cadang besar dalam fotografi. Nak share antara hasil sebelum pergi kelas (belajar di internet dan rakan-rakan jurugambar sahaja).  Video ni saya dah cuba upload berkali-kali untuk join My Baby did what? drypers tapi tak berjaya. Saya dah ikut semua syarat yang dinyatakan, kurang 30mb dan kurang dari 1minit. Mungkin tak ada rezeki saya untuk join contest ni.  Balik dari kelas ni saya harap akan dapat mentapkan lagi kemahiran saya dalam videografi.  Dalam beg esok saya bawa Nikon D7000, 35mm f1.8, 85mm f1.8, 17-50mm f2.8, 10-20mm f4-5.6 dan laptop dengan perisian adobe premiere CS5 (belum pernah guna).

Ceramah Ustaz Don Buat Ibu Bapa

Lagi ceramah Ustaz Don yang patut semua ibu bapa dengar dan faham. Bukan bererti kena tinggal dunia tapi perlu seimbangkan sebaik mungkin. Anak-anak umpama kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Insyallah sama-sama kita berusaha yang terbaik untuk anak kita. Saya dah mula rasa berat tangungjawab mendidik anak-anak, saya bangga dengan Ibu dan ayah saya kerana sabar mendidik saya dan adik beradik yang lain.  Ibu dan ayah saya kata perangai Damia Maisarah tak ubah macam peragai saya masa kecil, nakal, degil dan suka melawan. Kadang-kadang rasa geram sangat-sangat hingga hilang sabar dengan Damia Maisarah. Baru saya sedar susahnya nak mendidik seorang anak. Ini baru seorang, saya percaya kesabaran dan usaha tanpa jemu merupakan perkara penting dalam mendidik anak-anak. Dan tak lupa juga nasihat ibu dan ayah saya supaya sentiasa berdoa kepada Allah.

Lencana Anti Dadah Pengakap

Sabtu lepas saya membawa 11 orang pengakap dari SMK Raja Tun Uda ke SMJK Sacred Heart di Balik Pulau, Pulau Pinang. Perjalan hampir 30minit dari Bayan Lepas. Saya juga turut serta bersama pelajar dari awal hingga tamat majlis penutup skim lencana anti dadah ini. Tahniah kepada Pengakap Daerah Balik Pulau kerana berjaya menanjurkan program yang cukup bermakna seperti ini. Pengisian dari penceramah cukup baik. Baru saya sedar yang saya berada dalam daerah ke-2 paling ramai penagih di Malaysia, iaitu daerah Bayan Lepas. Jadi cukup besar peranan guru-guru di daerah Bayan Lepas bagi memberi kesedaran bahaya Dadah kepada para pelajar. Jadi saya kongsikan gambar-gambar yang pada saya menarik sepanjang program termasuk gambar Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin.  KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BAIK Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin 11 ahli pengakap SMKRTU yang hadir kursus anti dadah Banyak p...

Kecantikan semulajadi

Dah lama sangat tak menulis blog, sibuk dengan tugasan PJJ. Berat juga tugasan semester ni. Bukan macam semester 1 dan 2. Tutorial pun dah wajib dan kena ke UPSI setiap bulan. Hari Ahad kelas hingga jam 7 ptg dan esoknya nak kena bertugas di sekolah seperti biasa, bukan dekat UPSI dengan Pulau Pinang. Memang agak membebankan, tapi terpaksa korbankan demi masa depa yang insyallah lebih baik. Dah lari tajuk pula. Saja ja buat tajuk ni, tak ada kene mengena sangat pun. Semalam saya dan isteri bawa Damia Maisarah ke Seoul Garden, Gurney Plaza untuk makan tengah hari. Macam biasa, sebagai jurugambar saya pasti bawa kamera kemana sahaja dan hasilnya saya dapat merakam kecantikan semulajadi budak berumur 1 tahun 6 bulan ni. Comel tak? tak sangka pula Damia Maisarah dah pandai posing.  Comel tak model tetap jurugambar perkahwinan  cmratu.com yang sorang ni? Saya dah upload gambar ni untuk My Baby did what? drypers . JOM VOTE UNTUK DAMIA YANG COMEL

Buat kaki RT (twitter) dan Share (facebook) baca dan faham

Entry copy paste sebab terlalu ssibuk minggu ni. Harap rakan-rakan twitter dan facebook yang suka share info tolong baca dan faham. Ini baru cerita undang-undang dunia, belum lagi balasan (kalau share benda tak betul/fitnah, mengaibkan dan haram) di akhirat nanti. Dengan tuhan kita boleh minta ampun, dengan manusia yang kita susah nak jumpa agak-agak bila kita nak pergi minta maaf kalau dah terkata, teraibkan atau terfitnah. Jom la baca. ULASAN Twitter merupakan satu lagi rangkaian media sosial dan blog mikro yang menjadi kegilaan pengguna media baru selepas Facebook. Perkataan ‘Twitter' itu sendiri yang merujuk kepada kicauan atau decitan burung dan perbuatan berceloteh amat bertepatan dengan konsep penggunaan Twitter. Dalam hanya 140 patah perkataan atau kurang, Twitter menjadi tempat penggunanya ‘berkicau' dan berkongsi pendapat dan peristiwa, meluahkan perasaan dan mengikuti perkembangan semasa. Caranya agak ringkas, iaitu dengan mendaftar secara percuma dan terus tulis (at...

Gambar semasa sesi soal jawab bersama PDCP

Saya tidak minat nak cerita lebih lanjut berkaitan peristiwa sebelum dan apa puncanya kerana semuanya sudah di selesaikan secara aman dalam pertemuan antara penduduk-penduduk Halaman Kenanga (termasuk la saya sebagai penduduk) dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemaju bagi projek rumah kos rendah dan sederhana rendah ini.  Video pun ada tapi cukup la untuk simpanan pribadi, benda dah selesai. Kot-kot ada masalah lain lagi boleh kemukakan sebagai bahan bukti. Apa-apa pun jutaan terima kasih kepada saudara Habib dan rakan-rakan beliau yang banyak berusaha untuk menyelesaikan masalah yang timbul ini.  Tapi saya tetap tidak dapat kunci lagi kerana Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) yang masih belum membuat bayaran akhir kepada PDC. Tarikh akhir untk membuat bayaran adalah pada 29 Mac 2012 (14hari selepas invoice di keluarkan) tetapi sampai sekarang masih belum di jelaskan. Saya harap tidak ada interest untuk bayaran kali ini. Masalah pembayara...

Gambar terkini Damia Maisarah

Dah lama tak update blog dengan gambar-gambar. Nak post gambar pengantin pun dah banyak di facebook. Jadi yang nak tengok boleh terjah fanpage cmratu fotografi . Dalam sesi bergambar ni ada satu gambar yang saya suka sangat dan mungkin akan saya gunakan untuk join contest fotografi jadi tak sedia nak upload di sini lagi.  Kalau tak menang nanti saya upload la. Suka sangat gambar tu. Nak ambil gambar budak umur 1 tahun ketas bukan la mudah. Kita kena sabar tunggu moment yang sesuai. Nak lihat pakej jurugambar perkahwinan rajin-rajin la explore blog ni.