Skip to main content

Buat kaki RT (twitter) dan Share (facebook) baca dan faham

Entry copy paste sebab terlalu ssibuk minggu ni. Harap rakan-rakan twitter dan facebook yang suka share info tolong baca dan faham. Ini baru cerita undang-undang dunia, belum lagi balasan (kalau share benda tak betul/fitnah, mengaibkan dan haram) di akhirat nanti. Dengan tuhan kita boleh minta ampun, dengan manusia yang kita susah nak jumpa agak-agak bila kita nak pergi minta maaf kalau dah terkata, teraibkan atau terfitnah.

Jom la baca.

ULASAN Twitter merupakan satu lagi rangkaian media sosial dan blog mikro yang menjadi kegilaan pengguna media baru selepas Facebook.

Perkataan ‘Twitter' itu sendiri yang merujuk kepada kicauan atau decitan burung dan perbuatan berceloteh amat bertepatan dengan konsep penggunaan Twitter.

Dalam hanya 140 patah perkataan atau kurang, Twitter menjadi tempat penggunanya ‘berkicau' dan berkongsi pendapat dan peristiwa, meluahkan perasaan dan mengikuti perkembangan semasa.

Caranya agak ringkas, iaitu dengan mendaftar secara percuma dan terus tulis (atau di dalam bahasa Twitter, kicau (tweet).

Seterusnya pengguna lain yang berminat dengan kicauan anda akan melanggan kicauan anda dengan kaedah ‘ikut' (follow). Pengikut anda juga boleh menerbitkan semula kicauan anda dengan menekan ‘kicau semula' (retweet atau singkatannya RT).

Semakin seseorang itu dikenali, semakin ramai pengikutnya dan semakin tinggi kebarangkalian kicauannya akan di-RT. Lebih-lebih lagi apabila kicauannya berkisar tentang isu-isu semasa dan gosip hangat.

Sayangnya ramai juga yang menggunakan kesempatan itu untuk memburuk-burukkan dan memalukan orang lain atau yang lebih teruk lagi, memfitnah.

Contohnya si polan itu murtad dan si polan ini dah tak suci. Ada yang berkongsi nombor plat entah siapa-siapa kononnya milik peragut dan menyimbah asid.

Pada saya, tidak mengapalah kalau si pengicau mempunyai bukti yang kukuh dan berani kerana benar. Sekurang-kurangnya, kalau disaman fitnah, beri pembelaan justifikasi sahajalah. Lebih-lebih lagi kalau isu tersebut adalah demi kepentingan awam.

Tertakluk pada 10 akta

Akan tetapi, pada kebanyakan masa, bila ditanya tentang kesahihan dan sumber berita, sang pengicau akan membisu seribu bahasa atau memberikan jawapan mudah - "saya dengar dari orang lain" atau "saya RT jer".

Ini sedikit sebanyak mengecewakan pengikut Twitternya yang rasional dan juga menyusahkan peguamnya kalau disaman.

Anda mungkin boleh menyelamatkan diri jika RT tersebut disertai dengan komen atau respons yang wajar dari anda. Mungkin anda tidak bersetuju dengan kicauan tersebut dan menuntut si pengicau membuktikan dakwaannya.

Mungkin terdapat beberapa butiran yang salah dan anda rasa terpanggil untuk membetulkannya. Mungkin juga anda mempunyai bukti kukuh di tangan dan menyokong kicauan yang dibuat. Tetapi, didapati ramai orang hanya menekan ‘RT' sekadar untuk berkongsi gosip hangat tersebut dengan para pengikutnya tanpa berfikir panjang.

Tanpa disedari, kicauan-kicauan yang diterbitkan juga mendedahkan pengicau kepada hampir sepuluh akta di dalam negara ini.

Antaranya Akta Fitnah, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa lagi.

Kuasa tindakan fitnah bermula apabila sesuatu kenyataan yang berupaya mencemarkan nama baik dan reputasi seseorang disampaikan atau diterbitkan kepada pihak ketiga.

Bilangan pihak ketiga mungkin hanya seorang, tetapi ia tetap dikira sebagai penyampaian kepada pihak ketiga.

Jika anda berkicau tentang sesuatu dan kemudian memadamnya, ia tetap dikira sebagai satu penerbitan jika anda mempunyai pengikut dan mereka mungkin sempat membacanya.

Malah mereka mungkin telah menyalin dan menyimpannya di dalam komputer atau telefon pintar mereka.

Aliran saman menular di Barat

Undang-undang tidak mengira siapakah pencetus utama fitnah tersebut. Anda mungkin bukan pengicau asal kenyataan yang diterbitkan dan mungkin merupakan orang yang ke-100 'meng-RT' sesuatu kicauan yang entah dari mana asalnya.

Sungguhpun demikian, beban pembuktian kini terletak di bahu anda untuk membuktikan kesahihan kandungan kicauan tersebut dan bukannya penulis asal.

Mungkin di Malaysia belum ada orang yang disaman di Mahkamah akibat fitnah melalui Twitter, tetapi aliran tersebut sedang menular di beberapa negara Barat.

Kes pertama melibatkan penyanyi Courtney Love yang memfitnah seorang pereka fesyen melalui Twitter dan akhirnya terpaksa menyelesaikan perkara itu di luar Mahkamah dengan ganti rugi sebanyak $430,000.

Kes kedua seorang ahli politik di Wales yang memfitnah seorang lawannya melalui Twitter ketika pilihan raya diarahkan membayar $3,000 sebagai ganti rugi dan $50,000 lagi untuk kos guaman selain daripada permohonan maaf melalui laman Twitternya.

Bercakap tentang permohonan maaf melalui Twitter, siapa boleh lupa dengan seorang aktivis tempatan yang ‘dihukum' oleh mangsanya sebuah syarikat dengan terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka di Twitter sebanyak 100 kali.

Walaupun agak memalukan, tetapi hukuman tersebut telah menyelamatkan aktivis tersebut daripada disaman di Mahkamah.

Saya bukannya mahu menakut-nakutkan para pengicau di luar sana dengan undang-undang berkaitan media baru yang bukan main banyak lagi di negara ini.

Tetapi, saya sekadar mahu memberikan peringatan bahawa walaupun Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara, kita juga harus tahu bahawa kebebasan tersebut bukanlah kebebasan yang mutlak.

Bermacam-macam sekatan dan interpretasi baru akan timbul setiap kali ada kontroversi. Jadi, sebelum terkena, beringatlah dan bertanggungjawablah atas setiap kicauan yang terbit dari hujung jari anda.


Akhir kata, fikir dulu sebelum bertindak. Share benda yang baik-baik besar pahalanya dan memberi manfaat kepada orang lain. Nasihat ini juga untuk diri saya sendiri.

Gambar slow shutter sunset di Pantai Permatang Damar Laut

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Giveaway MERDEKA Cik Kuntum

Cik kuntum si blogger kaya, kaya dengan budi bahasa, ucapan khas Selamat Hari Raya, dan juga Selamat Hari Merdeka. Saya dah join, yang lain bila lagi..   Main game pun boleh menang RM25,000 dari Maybank PAKEJ BLACKBERRY RM25/MONTH MEMANG BERBALOI-BALOI Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...