Skip to main content

Adab Masuk Rumah Baru

Alhamdulillah Jumaat lepas 21 April 2012 selesai sudah bayaran akhir daripada Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) kepada Penang Development Corporation (PDC) maka saya pun dapatlah mengambil kunci rumah yang sepatutnya di terima pada awal bulan Mac. Dah dapat kunci saya pun cari la adab masuk rumah baru untuk di pratikkan dan dikongsikan bersama. 



Perkara pertama sebelum masuk rumah baru adalah dengan memberi Salam. Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT,

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”

As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram serta terhindar daripada gangguan syaitan.

Dalam sepotong hadis, yang bermaksud :

“Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah, sesiapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Rumah baru atau rumah kosong kadang-kadang dihuni oleh makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dengan ucapan salam kadang-kadang terbukti makhluk yang memusuhi kita boleh menjadi baik dan tidak mengganggu kita.

  • Baca ayat-ayat al-Quran
Selepas memberi salam hendaklah membaca ayat Qursi, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Sabda Rasulullah saw,

” Rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah tidak akan diduduki syaitan sampai tiga hari”.
  • Baca doa
  • Buat kenduri doa selamat
  • Solat berjemaah bersama keluarga
  • Laungkan azan
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-’Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

Dalam hadis yang lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: “Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri……”
  • Haram menggantung tangkal jika menggantung sesuatu di rumah selain ayat-ayat Al-Quran sebagai tangkal seperti daun-daun berduri, belangkas atau kuda laut dengan niat untuk menjauhkan seisi rumah dari gangguan syaitan, perbuatan sihir dan sebagainya adalah haram.
  • Haram bela ikan puyu jika beriktikad ikan itu boleh mengelakkan tuan rumah dari di kena pukau hukumnya adalah haram.
  • Gantung ayat Al-Quran tulisan khat hukumnya harus sekiranya ayat-ayat itu tidak dilukis gambar manusia atau binatang.
  • Hukum menyemah rumah baru yang diduduki dengan jampi mentera dan menabur sesuatu sama ada di dalam atau di luarnya. Kalau diiktikadkan dengan perbuatan itu satu penyeruan kepada makhluk selain Allah adalah syirik.
Wallaahualam.

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran