Skip to main content

Lencana Anti Dadah Pengakap

Sabtu lepas saya membawa 11 orang pengakap dari SMK Raja Tun Uda ke SMJK Sacred Heart di Balik Pulau, Pulau Pinang. Perjalan hampir 30minit dari Bayan Lepas. Saya juga turut serta bersama pelajar dari awal hingga tamat majlis penutup skim lencana anti dadah ini. Tahniah kepada Pengakap Daerah Balik Pulau kerana berjaya menanjurkan program yang cukup bermakna seperti ini. Pengisian dari penceramah cukup baik. Baru saya sedar yang saya berada dalam daerah ke-2 paling ramai penagih di Malaysia, iaitu daerah Bayan Lepas. Jadi cukup besar peranan guru-guru di daerah Bayan Lepas bagi memberi kesedaran bahaya Dadah kepada para pelajar.

Jadi saya kongsikan gambar-gambar yang pada saya menarik sepanjang program termasuk gambar Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin. 

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BAIK









Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin

11 ahli pengakap SMKRTU yang hadir kursus anti dadah

Banyak point-point menarik yang Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin beri semasa ucapan penutup, antaranya mengenai minat. Setiap orang akan berusaha lebih daripada biasa apabila melakukan sesuatu yang dia minat, jadi kalau minat dalam Pengakap buatlah yang terbaik untuk minat anda. Saya minat ambil gambar dan saya juga minat pengakap. Saya perlukan masa untuk kembali aktif dalam pengakap dan satu hari nanti saya akan aktif seperti dahulu insyallah.

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Wordless Wednesday #2

P14G PALING SEMPOI, MESTI CUBA Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu TOYOTA ROAD SHOW HOTLINK VOTE BLOGGER

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran