Bulan September telah pun berlalu dan kini sudah pun masuk bulan baru. Target untuk kekal 10,000 pageview seperti bulan Ogos menampakkan peningkatan. Jumlah 12,709 menaikkan semangat saya untuk terus menulis. Jadi untuk bulan Oktober, saya meletakkan sasaran baru iaitu 15,000 pageview dan purata 200 pengunjung unik setiap hari. Itu pun kalau boleh la. Ceritamamat.com mampu peroleh lebih 10,000 pengunjung unik sehari, jauh berbeza dengan blog saya ni, bagai langit dengan bumi. Saya mula minat bermain dengan SEO. Nampak kesan bila bermain dengan trafik organik . Tapi saya akan terus kekal dengan niche fotografi walaupun selalu selit dengan benda-benda lain. Buat game, main game dapat RM10,000 Terima kasih pada yang sudi datang sini selalu. Jangan lupa join blog list blog Dunia CMRatu ni. Insyallah saya terjah selalu bloglist saya.