Skip to main content

Pakej Custom Album

Custom album telah menjadi trend bagi jurugambar perkahwinan di Malaysia hari ini. Tidak seperti 5 tahun dahulu. Penggunaan DSLR juga memainkan peranan penting dalam perubahan trend ini. Kalau dulu SLR agak sukar untung menghasilkan custom album kerana gambar yang telah dicetak perlu di scan semula untuk kerja editting. Namun kini dengan teknologi digital memudahkan kerja. Malah semakin hari, semakin banyak penambahbaikkan yang dilakukan oleh syarikat pengeluar kamera di dunia seperti Nikon, Canon DLL. Peningkatan dari segi 'pixel' membantu jurugambar menghasilkan custom album bersaiz lebih besar.


Pakej custom album dilihat lebih mahal berbanding dari pakej stiky album. Ini kerana kos mencetak costom album lebih mahal dan jangan lupa pelanggan bukan sahaja membayar perkhidmatan mengambil gambar malah perlu membayar perkhidmatan penyuntingan (ediitting) reka bentuk custom album. Kerja penyuntingan reka bentuk custom album bukanlah perkara yang mudah. Untuk menghasilkan reka bentuk yang berkualiti dan cantik perlukan ketelitian dan kesabaran. 

Saya sentiasa berusaha bagi manambah baik kualiti reka bentuk custom album yang dibuat demi kepuasan pelanggan saya. Kadang-kadang sesuatu yang cantik di mata kita tidak semestinya cantik di mata orang lain. Apa yang paling penting adalah kepuasan mata pelanggan kita. Jadi dalam hal ini saya selalu meminta pandangan isteri saya supaya tidak berlalu 'syok sendiri' SS dalam berkarya.


Berbalik kepada pakej custom album, hari ini kita lihat ada pakej yang murah dari RM600 hinggalah puluhan ribu. Seperti kita membeli kasut, yang mahal selalunya lebih berkualiti, selesa, cantik dan tahan lama. Jadi begitu juga dengan pakej ini. Pandai-pandailah kita membuat pilihan. Untuk kepuasan lihat sendiri hasil portfolio yang telah dicetak daripada cuma lihat di laman web sahaja.

Pakej Custom album 2012 cmratu.com bermula daripada RM1400.00 termasuk leather box dan poster frame. Saya akan cuba ceritakan kepentingan leather box pada masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...