Skip to main content

Pembentangan belanjawan 2012 Malaysia

7 Oktober 2011, bakal berlansung pembentangan belanjawan 2012 yang akan di buat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak juga selaku Menteri Kewangan Malaysia. Saya yakin kakitangan awam merupakan orang yang paling menantikan pembentangan belanjawan kali ini. Masing-masing mengharapkan imbuhan dari kerajaan.

Pembentangan belanjawan 2012 boleh di sifatkan sebagai belanjawan pilihanraya. Kerajaan pasti mengunakan peluang yang ada bagi mengambil hati rakyat memandangkan pilihan raya umum (PRU) ke-13 di lihat semakin hampir. 

Sebagai rakyat saya mengharapkan yang terbaik dari kerajaan. Harapan setinggi gunung duit rakyat (duit saya tak banyak pun) ini di gunakan dengan sebaik mungkin dan untuk kesejahteraan bersama. Untuk belanjawan 2012, biarlah tidak timbul kontreversi seperti mana belanjawan 2011. Rakyat umumnya tidak kisah kerajaan mana yang memerintah, tetapi mahukan keamanan dan keadilan dalam pemerintahan. Jadi itulah yang perlu kerjaan sekarang buktikan. 

Kami mahu keamanan begini kekal selamanya
Sebagai guru pula saya sudah pasti mengharapkan pendidikan menjadi keutamaan dalam pembentangan belanjawan setiap tahun. Contohnya di kawasan tempat tinggal saya sekarang ini, perumahan makin banyak, negeri makin membangun, tetapi sekolah kurang. Kepadatan murid dalam sekolah menjejas keselesaan dan tumpuan dalam kelas. Guru sandaran terlatih (GST) juga masih ada yang belum mendapat penempatan. Janji kepada guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan diserap juga seakan-akan tiada tindakan susulan. 

Kenaikkan harga barang juga pasti menjadi isu jika ianya berterusan. Saya percaya kerajaan mampu mengatasi masalah ini. Kembalikan kempen inflasi sifar. 

Sebagai rakyat jangan la kita cuma mengharap sahaja, cuma kita kira berapa banyak sumbangan kita pada negara. Dan berapa banyak pula sumbangan negara kepada kita. Orang akan cakap itu tangungjawab kerajaan. Terpulanglah pada masing-masing, orang yang lupakan sejarah akan ulang semula. Jom kita belajar sejarah (saya makin suka belajar sejarah). 

Tidak sabar pula nak menunggu 7 Oktober bagi mendengar pembentangan belanjawan 2012.

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...