Skip to main content

Apesal.com bantu trafik blog anda

Rabu, 21 September 2011, trafik blog ini jatuh merudum. Apesal.com pula tidak boleh di buka (tidak beroperasi) pada hari tersebut. Ini menunjukkan Apesal.com salah satu punca trafik blog Dunia CMRatu yang besar. Dan semalam, 22 September 2011, 2 post yang saya hantar masih lagi pending mungkin ada masalah dalaman di Apesal.com. Juga turut menjejas trafik ke blog ini. Di sini saya belajar sesuatu yang amat penting.

Bila kita terlalu bergantung harap pada orang lain ini lah kesan -ve yang akan kita terima. Jadi saya sedar trafik organik merupakan sumber trafik yang tidak akan putus-putus jika kita menguasainya. Banyak blog-blog yang mengajar teknik SEO yang berkesan. Antaranya yang terbaru pada saya paling mudah difahami iaitu blog Puanbee. 

Saya akan cuba menulis artikel mengikut tutorial dari blog Puanbee berdasarkan niche fotografi. Cuma nak cari apa keyword yang nak digunakan. 

Berbalik kepada Apesal.com pula, ada cara dan kaedah yang boleh kita gunakan untuk memastikan blog kita menjadi pilihan orang yang membaca. 
  1. Tajuk mestilah menarik (tetapi jangan menipu, kerana pihak apesal.com akan blacklist)
  2. Gambar juga perlu menarik kerana gambar juga dapat menarik minat pembaca.
  3. Letak widget apesal.com di tempat paling mudah di jumpai supaya exchange ratio lambat mencecah 300%
Moga-moga tips tak seberapa saya ini dapat membantu kerana selepas Facebook, Apesal.com merupakan penyumbang trafik terbanyak ke blog ini. 


Lepas ini mengharap trafik utama ke blog ini adalah daripada search engine. Kena banyak membaca dan mengkaji berkaitan SEO. Makin seronok bila belajar bab SEO ni dan lebih seronok lagi bila memberi kesan. 


Kalau minat nak beli GALAXY TAB  boleh lihat pakej baru CELCOM ada promosi sekarang.


Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Wordless Wednesday #2

P14G PALING SEMPOI, MESTI CUBA Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu TOYOTA ROAD SHOW HOTLINK VOTE BLOGGER

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran