Hari ke-28 Ramadhan, saya seharian di kampung isteri. Sebelah pagi cuma habiskan masa berehat di rumah sahaja. Sebelah petang pergi shooping barang untuk santapan di pai raya. Banyak la juga membeli di Pasar Bagan Serai. Tiba di pasar, nampak ada pusat pembayaran fitrah. Biasanya saya akan bayar fitrah malam raya, lepas isyak, tapi atas permintaan isteri yang tak pernah tengok macam mana orang bayar fitrah saya pun bayar saja di pasar Bagan Serai. Di Perak murah sikit dari Penang RM7 ja untuk seorang, kalau di Penang RM7.30. Tahun lepas bayar untuk 2 orang, tahun ni bayar untuk 3 orang. Alhamdulillah tak la banyak mana pun. Minta Maaf lagi sekali gambar dari hand phone ja. Kemudian sebelah malam buat pertama kali saya keluar untuk layan EPL di kedai nasi kandar area Bagan Serai, game apa lagi yang hot hari ke-28 Ramadhan kalau bukan Manchester United menang dengan Arsenal 8-2. Tak rugi rasanya saya keluar tengok sorang-sorang malam tu. Kedai melayu tak buka dah, maklumlah hari-har...