Skip to main content

Blogger Suka Kata Mengata?

Ops... tajuk entry panas pula. Orang kata tajuk entry panas ni mudah tarik trafik, jadi saya nak cuba la. Saya ni golongan blogger baru, usia blog tak sampai 3 bulan, kalau manusia 3 bulan ni jangankan berdiri, merangkak pun belum tentu boleh lagi. Jadi sangat la muda usia blog ini. Jadi itu la juga usia saya sebagai blogger. Apa kaitan blogger baru macam saya ni dengan tajuk entry saya? Sejak saya mula terjebak dalam dunia blog ni, saya nampak satu sikap NEGATIF blogger di Malaysia ni suka kata mengata. Menjadikan satu isu kecil sebagai bahan penulisan bagi mengata blogger lain. Dan blogger yang kena serangan dalam bentuk penulisan ini akan membalas pula dengan alasan membela diri. Jadi sampai bila benda ni akan tamat? adakah ini budaya blogger di Malaysia yang saya perlu lalui jika terus mahu menjadi blogger? Pekara ini yang menjadi wajah blogger Malaysia di mata blogger baru seperti saya. Bukankah tak baik bila orang memandang perkara ini. Rasanya tidak salah orang baru menasihat orang lama kalau nasihatnya itu ada kebenarannya. 
  1. Hentikanlah semua tabiat kata mengata yang tidak mendatangkan keuntungan hanyalah menambah rasa sakit dihati orang yang dikata dan mengata.

  2. Carilah bahan penulisan yang lebih bererti, daripada mengata orang lain.

  3. Yang kena kata pula, tak perlu membalas kerana diam itu bukan bererti takut atau kalah. Kalau kita diam dan tidak membalas lama-lama orang yang mengata tu pun malas dah nak mengata. Saya yakin lepas mengata pasti yang mengata ni tunggu apa lawanya nak balas. Kita fikir sendiri lah apa jadi kalau kita buat tak tahu dan tak membalas pun serangan penulisannya.

  4. Sama-samalah kita menuju kejayaan, fikirkan benda yang POSITIF dan jangan prasangka buruk pada orang lain.

  5. Yang membaca pula jangan mudah percaya dengan penulisan orang, siasat dan dapatkan kepastian dulu. 

  6. Contohi blogger-blogger yang hebat tanpa kontroversi, ramai ja golongan ini. Boleh rujuk SINI

  7. Buang yang keruh ambil yang jernih.

  8. Jangan berpuak-puak


Cukup kot 8 nasihat dari budak mentah macam saya ni, yang mana rasa saya tulis ni tak betul buang jauh-jauh, dan yang baik tu ambil la buat peringatan. Nak tulis banyak-banyak pun siapa la saya ni (tapi dah tulis pun). Sama-sama kita buang persepsi buruk terhadap blogger.

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran