Skip to main content

Selamat tinggal dunia Blog

Esok dah nak raya, hari ini pasti semua orang sibuk dengan persiapan hari raya. Ada yang berada di kampung halaman yang mungkin tak ada line internet. Jadi rasanya minggu ini ramai yang ucapkan selamat tinggal pada dunia Blog dan internet. Saya juga begitu, ada kesempatan saya akan update juga blog dari masa ke semasa. Tak kan beraya sampai tak balik rumahkan. 

Saya pertama kali beraya sebagai blogger jadi tak pernah merasa kejatuhan trafik yang mendadak macam semalam dan mungkin berterusan untuk minggu ini. Yang dah bertahun-tahun mesti dah tahu situasi ini. Apa pun saya sangat enjoy menulis blog dengan rakan-rakan blogger yang lain. 

Misi untuk mencapai pageview 10,000 bagi bulan Ogos semakin hampir. Masih ada 2 hari lagi. Rasanya saya mampu cecah target untuk bulan ini kerana sehingga saat ini sudah 9,988 pageview cuma perlukan 12 lagi pageview bagi mencecah target saya. 


Menulis blog ini bagaikan satu permainan online bagi saya, sebab saya aturkan 'mision' dan saya berusaha untuk mencapai 'mision' yang saya cipta sendiri. Tapi mengikut keupayaan saya sendiri sahaja. Hehe, kalau blog lain 10,000 pageview sehari ja. Saya makan masa sebulan. 'Mission' lepas ni nak ber main dengan SEO pula. Orang kata blogspot susah nak bersaing dengan domain berbayar. Saya akan cari keyword yang kurang saingan untuk permulaan. 

Selamat Hari Raya Aidilfitiri buat semua pembaca blog ini, maaf zahir dan batin. Semoga Hari Raya tahun ini lebih bermakna di samping orang yang kita sayang. Berhati-hati dijalan raya, pandu cermat jiwa selamat. Assalamualikum...


Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran