Skip to main content

6 Blog Rakan-Rakan Terbaik 2011

Entry kali ini adalah penyertaan Nuffnang Celebrates Blogday!. Saya mengambil bahagian dan ingin memperkenalkan blog rakan-rakan saya yang mendorong saya menjadi penulis blog. Tak sangka dah hampi 3 bulan saya menulis blog dan paling penting rakan-rakan saya inilah yang mendorong saya terus menulis setiap hari. Mereka in merupakan orang yang saya kenal di dunia nyata, bukan di dunia Blog semata-mata.

Saya mulakan dengan blog yang mula-mula sekali mendorong saya membuat blog. Pemilik Blog http://aku-babah.blogspot.com/, Saiful Adli, merupakan rakan fotografi dalam Group Penang Flickr. Saiful Adli mula menulis pelbagai tutorial berkaitan fotografi dengan tujuan asal mengantikan ketagihan merokok dengan menulis blog. Dan usaha beliau berjaya. Tahniah saya ucapkan kerana beliau kita berjaya berhenti merokok dengan menulis blog.


Yang kedua, boleh saya katakan sifu saya dalam bidang blog ini. pemilik blog http://anakdunia.com/ merupakan rakan sekerja saya di SMKRTU 3 tahun lepas sebelum berpindah ke Sg. Petani. Banyak mengajar saya mengenai penulisan blog, SEO, PR, Alexa dan  macam-macam lagi. Blog yang penuh infomasi dan isu semasa. 


Yang ketiga, juga rakan fotografi dari Group Penang Flickr yang boleh saya labelkan sebagai pakar fotografi macro. Semua gambar-gambar yang tersiar di Digital Camera Magazine (DCM) milik beliau merupakan gambar macro yang sangat cantik. Jom terjah tengok blog http://aj-xplored.blogspot.com/


Yang keempat, Hasfanizam pemilik syarikat Photo Village Studio (PVS) dan Betta village merupakan blogger yang agak lama berkecimpung dalam dunia blog tetapi mula aktif semula atas dorongan rakan-rakan. Seorang jurugambar sepenuh masa yang tekun dan gigih dalam perniagaan. http://hasfanizam.blogspot.com/ merupakan blog pribadi beliau yang banyak berkongsi bahan-bahan ilmiah berkaitan fotografi dan kehidupan. 



Yang kelima, Sharizan Shaifulyazan juga rakan fotografi yang terjebat dalam dunia blog ini atas dorongan rakan-rakan, terutamanya Saiful Adli. Pemilik blog http://jan-futureprimitive.blogspot.com/ mempunyai koleksi gambar jalanan yang sangat menarik, tone gambar yang diedit juga menarik minat saya. 



Dan yang keenam, salah seorang sifu saya dalam bidang fotografi, lebih dikenali dengan nama sirmart, pengasas Group Penang Flickr, cerita beliau sebagai jurugambar unggas pernah tersiar di surat khabar. Seorang guru yang mempunyai minat mendalam dalam dunia fotografi. Sanggup berbelanja besar demi minat dalam dunia fotografi ini. Blog http://outdoorgraphy.org/blog/ memang menarik minat penggiat fotografi di Malaysia.



Jom la rakan-rakan blogger yang lain kita sama join event Nuffnang kali ini. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Terima Kasih juga buat Nizam Ijam kerana sudi menyenaraikan blog saya dalam list 6 blog pilihan. 

P/S - Bila Nuffnang nak bantu blog saya ni dapat BE.. 

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran