Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Hari Koperasi SMKRTU (Review 70-300mm f4-5.6G)

Hari ini 30 Jun merupakan sambutan hari koperasi peringkat sekolah di SMK Raja Tun Uda. Saya seperti biasa yang tidak lekang dengan kamera cuba mencari kelainan dalam mengambil gambar. Tapi hari ini saya tidak membawa lens kegemaran 85mm jadi hanya dengan kit 18-70mm dan 70-300mm  f4-56G. 70-300mm f4-56G merupakan antara lens nikkor termurah di pasaran (lebih kurang harga 50mm f1.8). Banyak kelemahan yang ada pada lens ini antaranya gambar pada 300mm dengan aperture f5.6 sangat soft dan saya perlukan f9 untuk gambar lebih sharp dan menurut  http://www.kenrockwell.com/nikon/70300g.htm  f11 merupakan aperture paling sesuai untuk focal lengths 300mm. Tanpa VR pula memaksa saya menaikkan lagi kelajuaan shutter supaya gambar tidak blur pada focal lengths 300mm. Jadi jelas bahawa lens ini sangat lemah dengan keadaan low light. Ini merupakan hasil gambar yang saya telah lakukan minor editing.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas (dengan lens 70-300 f4-5.6G) Gamb...

Tutorial Cara masukkan banner / iklan di Blog

Sekadar berkongsi cara yang boleh rakan-rakan guna untuk memasukkan iklan atau banner pada blog seperti Langkah 1.  Dapatkan url gambar yang hendak digunakan (upload di flickr atau mana-mana website yang sewaktu dengannya)  Langkah 2. Gunakan  http://www.htmlbasix.com/banner.shtml . Masukkan data yang diperlukan (url gambar dan url link) dan klik generate. Anda akan menerima script HTML.  Langkah 3. Copy script tersebut dan paste sepertimana anda lakukan semasa memasang nuffnang atau widgets. CARA DAFTAR NUFFNANG  (blog HabaqMai) Selamat mencuba... Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu I'm on fireee! I have collected my KMs, and I'm ready to win the iPad 2! What about you?! #Churp2race

The Great Churp Churp Race Season 2 : The Night Race

Hehe.. jom la ramai-ramai berlumba mana tahu untung-untung dapat Canon 550D tak pun ipad2.. klik pada gambar dibawah untuk daftar.. kemudian baca syarat-syarat penyertaan.. tak kena duit pun.. tak salah kita mencuba... JOM SEMUA.. Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu I'm on fireee! I have collected my KMs, and I'm ready to win the iPad 2! What about you?! #Churp2race

Update : Persandingan Zharif dan Shaz

Update saya yang paling awal sudah tentu di Facebook kerana ramai rakan-rakan pengantin pasti menunggu gambar majlis perkahwinan ini. Cuma saya tidak dapat memuat naik (upload) semua gambar, keutamaan gambar pengantin dan keluarga terdekat. Pengantin lelaki merupakan rakan sekolah saya semasa di SMK Bukit Gambir dan kemudian kami sama-sama berhijrah ke SMT TARP. Memang best sesi fotografi kali ini, kerjasama yang diberikan oleh pengantin amat saya hargai.  Nurulhuda juga berjaya menjalankan tugas dengan baik untuk tugasan kali ini. Terima Kasih juga kepada Zolzaidi sebab sudi tag saya... Teaser.... Untuk lebih gambar di SINI Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr.com/photos/cmratu

Poster 24inci x 36in

Akhirnya siap juga poster yang saya hantar untuk cetakkan pada minggu lepas. Dah lama pasang niat nak buat poster macam ni. Tapi kali ini buat bagi tujuan promosi (portfolio). Dalam cadangan untuk di masukkan dalam pakej istimewa tahun 2012. Namun begitu pada yang berminat untuk membuat tempahan, terutamanya bekas pelanggan CMRatu Fotografi boleh hubungi saya atau isteri (Nurulhuda) melalui telefon atau email. Poster ini sama seperti poster 12in x 18in yang biasa saya berikan pada pelanggan. Siap di atas papan dan terus boleh di gantung. Kelemahan poster ini adalah agak berat, tetapi rasanya tidak ada masalah sekiranya poster ini sentiasa tergantung di dinding (bukan nak bawa pergi mana-mana pun kan). Untuk poster yang lebih ringan dgn saiz yang sama harganya lebih mahal lagi. Jadi saya pilih poster kayu yang berat ini juga atas sebab harganya yang lebih murah. Pada yang berminat boleh hubungi Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr.com/photos/cmratu

RMI | BOKEHLicious | 27 Jun - 3 Julai 2011

Apa itu RMI? Klik sini untuk maklumat lanjut  http://cmratu.blogspot.com/2011/06/penang-flickr-racun-minggu-ini-rmi.html Bokeh - adalah kawasan yang 'blur' atau pun 'off fokus' atau bertentangan dengan 'sharp'. Bokeh boleh terhasil daripada 'aperture' besar contohnya  f1.8 dan dari 'tele lens' walaupun dengan mengunakan 'aperture' kecil. Ini antara contoh gambar bokeh yang saya ingin kongsikan. ('teaser' Pernikahan Alif dan Shaz) nikkor 85mm menggunakan 'aperture' f3.2 Gambar dibawah ini pula menggunakan nikkor 70-300mm dengan 'aperture' f9 pada jarak 300mm 16 - 22 Mei 2011 - Texture 23 - 29 Mei 2011 - Droplets / waterdrops 30 Mei - 05 Jun 2011 - Selective colors 06 - 12 Jun 2011 - Stobist 13 - 19 Jun 2011 - Black & White 20 - 26 Jun 2011 - Self Portrait 27 Jun - 03 Julai 2011 - Bokehlicious Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr.com/photos/cmratu

Gambar Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) SMKRTU 2011

Kali ini saya hanya ingin berkongsi beberapa gambar semasa majlis perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan  (KOT) SMKRTU 2011. Semua gambar ini saya gunakan len nikkor 85mm f1.8. Gambar-gambar lain saya akan dapatkan dari ahli kelab fotografi dan upload di facebook Dokumentasi SMKRTU 2011  seberapa segera. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. Simbolik perasmian oleh YDP PIBG SMKRTU selaku perasmi KOT SMKRTU kali ke41. IKLAN   Simply Basic VI | Open for registration! Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr.com/photos/cmratu

Sukan Saringan Sekolah

3 hari tak tulis blog sebab sibuk dengan sukan saringan dan persiapan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) SMKRTU kali ke-41. Saya terlibat sebagai pegawai bagi acara lompat jauh semasa sukan saringan dan Majlis perasmian dan penutup pada KOT. Jadi memang banyak masa minggu ini digunakan bagi tujuan raptai majlis perasmian dan sukan saringan. Memang minggu yang memenatkan, untung juga Isnin (27 Jun 2011) cuti peristiwa sempena KOT. Jadi seperti biasa saya sentiasa dengan kamera dan ada juga dapat beberapa gambar yang saya rasakan menarik untuk dikongsikan. Untuk gambar KOT tunggu post seterusnya. Kali ini gambar semasa saringan. Dalam masa bertugas ni sempat la juga ambil gambar anak-anak cikgu yang comel-comel.  Ni antaranya saya ubah kepada hitam dan putih dalam mode 'high key' Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr.com/photos/cmratu

Shutter count

Setiap kamera DSLR ada had penggunaan shutter. Contohnya menurut  http://imaging.nikon.com/lineup/dslr/d7000/features03.htm , had penggunaan shutter bagi Nikon D7000 adalah lebih kurang 150 000.  'Total Number of Shutter Releases for Camera' atau 'Shutter Count' merupakan antara perkara yang pemilik DSLR sentiasa ingin tahu. Saya menggunakan software Opanda IExif 2 bagi melihat  'Total Number of Shutter Releases for Camera' pada kamera saya. Pengetahuan tentang ini juga penting bagi mereka yang ingin membeli kamera '2nd hand'. Kalau boleh anda minta gambar terbaru dari kamera tersebut untuk anda lihat 'shutter count' menggunakan Opanda IExif 2 ( http://www.opanda.com/en/iexif/  - untuk download) atau software lain yang boleh mendapatkan data 'shutter count'. Kemudian cari di internet had penggunaan shutter bagi model kamera tersebut bagi mengetahui peratusan penggunaan kamera tersebut. Sebenarnya banyak lagi yang perlu kita nilai sebelum ...

Video Comel (Mesti Tonton)

Suka sangat nak kongsi gelagat Damia Maisarah yang suka makan. Apa pun kita bagi dia mesti nak lagi. Tapi kesian dia lepas minum teh ais dalam video ni, esoknya (21 Jun 2011) Damia sakit perut. So saya nasihatkan rakan-rakan jangan la bagi yang bukan-bukan pada anak kita.  Kena tahu apa yang boleh apa yang tidak. Seperti kita sedia maklum teh ni berangin memang tak sesuai untuk budak-budak. Damia memang comel bila merayu nak lagi. Tak sampai hati untuk tak bagi kat dia.. tengok la video ni..  http://youtu.be/SDT7Us8ZSu4 Tarikh : 20 Jun 2011 Tempat : Restoran Tajudin Hussin, Lebuh Queen, Penang. By : Mohd Affan Bin Mohd Rosli  Gejet : HD Video by iPhone 4 Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr.com/photos/cmratu

Kad Nama

Walaupun saya membuat perkhidmatan jurugambar perkahwinan secara bebas (freelance) atau separuh masa (part time) tetapi saya perlu melakukkannya dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan kepuasan pelanggan. Dari segi kualiti perkhimatan sehingga la hasil yang diberi (berpatutan dengan jumlah yang dibayar). Jadi kali ini saya ingin kongsikan satu lagi tips yang juga penting yang dahulunya saya kurang peka iaitu kad nama. Hampir 2 tahun saya jalankan perkhidmatan ini tanpa kad nama dan sekarang pun kadang-kadang kad nama tertinggal dalam kereta semasa mengambil gambar. Kad nama ada pelbagai jenis design mingikut citarasa individu.. Saya sukakan warna jingga,hitam dan putih. Jadi hari ini saya kongsi design kad nama saya. Selepas mendapat pandangan rakan-rakan dan dari pembacaan saya dapati banyak kekurangan pada kad nama saya ini. Sepatutnya kad nama yang baik mempunyai maklumat lengkap mengenai perniagaan/perkhimatan yang dijalankan, maklumat pribadi seperti nama, no.tel, alamat rumah d...

RMI | Penang Flickr - Self Portrait (20 - 26 Jun 2011)

Seperti biasa tepat jam 12 tengah malam Isnin bermulalah Racun Minggu Ini (RMI) di group Penang Flickr (Facebook)  . Jadi saya harap rakan-rakan boleh terus mencari yang terbaik untuk tema minggu ini. Gunalah apa saja kaedah yang ada. Rasanya tidak perlu tutorial untuk tema kali ini.. Potrait saya Mohd Muktasim Bin Mohd Rosli.. 16 - 22 Mei 2011 - Texture 23 - 29 Mei 2011 - Droplets / waterdrops 30 Mei - 05 Jun 2011 - Selective colors 06 - 12 Jun 2011 - Stobist 13 - 19 Jun 2011 - Black & White 20 - 26 Jun 2011 - Self Portrait Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr.com/photos/cmratu

Mencari kelainan..

Pada yang telah baca entry Prinsip Hidup  pasti tahu bahawa saya ini seorang saya tidak berani mencuba. Tapi hari ini saya ingin mencuba sesuatu yang baru dari kebiasaan saya. Saya tidak suka pada 'extreme editing' kerana takut nampak cacat atau pelik. Bukan saya tidak pernah mencuba tapi tidak pernah upload. Jadi kali ini saya upload sekeping 'teaser' untuk post wedding Maszlin dan Sukri. Gambar-gambar lain untuk post wedding pasangan ini lewat sikit saya upload nanti. Tarikh : 17 Jun 2011 Tempat : Taman Botani Pulau Pinang Jurugambar : Muktasim Pegang Flash : Nurulhuda Editing : Muktasim (PS CS5) IR alike (yg x berapa nak jadi) Gajet : D7000 + 18-70mm + SB900 Nak kata original pun tidak yang bawah ni..  Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr.com/photos/cmratu

Siri Potrait Nurulhuda

Tarikh : 17 Jun 2011 Tempat : Taman botani, Pulau Pinang. Jurugambar  : Muktasim Gajet : Nikon D90, 85mm f1.8, 35mm f1.8 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.. Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr.com/photos/cmratu

I love my wife..

Baru sudah sesi fotografi 'post wedding' petang tadi dengan pasangan Maszlin dan Sukri. Dah dapat gambar ni baru la boleh selesaikan pembinaan custom album. Tapi gambar hari ini tak banyak sangat kerana pengantin terlewat akibat dari kesesakan lalulintas. Jadi sementara tunggu pengantin sampai saya dan isteri buat sesi bergambar antara kami berdua. Dah lama rasanya tak ambil gambar isteri selepas bersalin. Malam ini saya upload 'teaser' untuk potrait isteri tercinta dulu.  Nantikan gambar-gambar lain post yang mendatang. Malam ni balik Kuala Kurau esok pagi tutorial PJJ 10 jam tak sempat kot nak menulis blog..  Saya sayang isteri saya..  Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr.com/photos/cmratu

Potrait Damia Maisarah

Hari ini (16 Jun 2011) cuba ambil gambar Damia Maisarah dengan baju 'ladybird' dalam rumah. Berpeluh baba dengan mama Damia Maisarah layan kerenah dia yang susah sangat nak duduk diam. Macam-macam cara guna nak bagi dpt moment yang best. Tapi dengan ruang yang sempit agak menyukarkan kerja. Mungkin perkongsian ini dapat membantu siapa yang berminat untuk ambil gambar budak umur lingkugan 6 bulan - 1 tahun. Memang tak sama dengan mengambil gambar kanak-kanak 2tahun ke atas. Yang pasti kita perlukan lebih dari seorang untuk sesi fotografi ini. Lagi ramai lagi bagus. Damia suka bergerak dan cukup susah nak pandang kamera. Jurugambar perlu sabar menunggu moment yang sesuai dan tidak boleh leka. Pembantu yang terbaik sudah pasti ibu atau bapa budak tersebut. Pembantu perlu letak semula anak ke tempat yang sepatutnya (jika dah setkan latarbelakang tertentu) dan menarik perhatian supaya memandang kamera. Jadi pembantu kena berada di belakang jurugambar. Jika budak tersebut belum dapat...

Update : PERNIKAHAN – MASZLIN DAN SUKRI

Pernikahan Maszlin dan Sukri Tarikh : 28 Mei 2011 (Sabtu) Tempat : Masjid Bayan Baru | Jeti Jerjak (Outdoor) Jurugambar : Muktasim dan Nurulhuda  Jom singgah  http://cmratu.com/2011/05/29/pernikahan-maszlin-dan-sukri/  untuk lihat update gambar Maszlin dan Sukri. Allhamdulillah.. pasangan ini mengambil tempahan dari majlis tunang, pra perkahwinan sehinggalah majlis perkahwinan. Yang paling best kedua-dua pengantin ini suka bergambar. Jadi sebagai jurugambar saya rasa sangat selesa dan seronok. Semoga ikatan pernikahan ini kekal buat selamanya.  Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr.com/photos/cmratu

Antara Duit Dan Kenangan

Petikan asal dari Majalah Pesona Pengantin Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif. Untuk Apa Anda Membayar Jurugambar? Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:  1) Kos Peralatan Kamera  Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan me...

Tersiar di Majalah..

Bukan la nak tayang kepada orang lain tapi sekadar nak menilai kualiti pada pandangan orang yang lebih jujur. Biasanya bila kita post gambar di forum-forum atau di facebook ramai yang puji dengan bermacam-macam jenis pujian walaupun gambar tu biasa sahaja. Tidak ada kejujuran kerana sikap orang melayu yang sentisa menjaga hati, saya juga begitu. Jadi saya rasa jalan yang baik adalah dengan menghantar penyertaan gambar kepada majalah fotografi (walaupun ada yang kata otai-otai tak hantar gambar kat majalah) sebab mahu orang menilai gambar kita. Alhamdulillah, saya pernah cuba menghantar gambar di DCM dan dari 5 keping gambar yang pernah saya hantar 2 tersiar. Saya sedar saya tidak bersaing dengan orang-orang yang lebih hebat kerana terlalu ramai jurugambar yang hebat-hebat tidak menghantar penyertaan. Tapi saya hantar untuk kepuasan diri sendiri bukan untuk orang lain.  Tersiar pada keluaran Feb 2010 Tersiar pada keluaran Mei 2011 Siapa yang berminat juga boleh cuba di  http://...

Damia Maisarah...

Damia Maisarah merupakan anak sulung saya dan Nurulhuda. Saya sangat suka mengambil gambar Damia bila ada kelapangan rasanya dah lebih 5000 shutter count saya guna hanya untuk Damia sejak lahir pada 30 Oktober 2010. Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah gambar-gambar Damia Maisarah sejak hari pertama kelahiran hinggalah hari ini. Tapi bukanlah tiap-tiap hari. Tujuannya saya dapat merakam perkembangannya. Keinginan untuk melihat gambar dari kecil hingga sekarang membuatkan saya buatkan satu set khas hanya untuk Damia Maisarah di Flickr. Damia Maisarah suka senyum dan pandai mengambil hati baba dan mamanya.. Klik pada gambar untuk lihat koleksi gambar Damia Maisarah Saya juga syorkan pada semua rakan-rakan yang mengunjungi blog ini untuk melakukan pekara yang sama tidak kira kamera apa yang anda gunakan. Pasti anak anda akan hargainya bila dewasa nanti. :) Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr.com/photos/cmratu

Penang Flickr - Racun Minggu Ini (RMI)

Dah hampir sebulan group Penang Flickr di facebook mengadakan program RMI iaitu dijalankan bermula hari Isnin sehingga Ahad setiap minggu dengan tujuan meningkatkan keghairahan mengambil gambar. Bukan tujuan untuk cabar mencabar gambar siapa lagi cantik tapi ingin berkongsi gambar dan mencabar diri sendiri. Walaupun tidak ada hadiah disediakan tetapi ramai yang mengambil bahagian dengan perkongsian gambar di group ini. Ini merupakan pekara positif dalam proses menambah baik kemahiran mengambil gambar. Dalam masa yang sama ada juga yang sudi berkongsi tips dan panduan berguna bagi menghasilkan gambar mengikut tema RMI. Saya dengan ini menjemput siapa sahaja yang berminat untuk bersama-sama dalam group Penang Flickr.  Jom join group Penang Flickr di Facebook 16-22 Mei 2011 - Texture 23-29 Mei 2011 - Droplets / waterdrops 30 Mei - 05 Jun 2011 - Selective colors 06 - 12 Jun 2011 - Stobist 13 - 19 Jun 2011 - Black & White Jadi minggu ini adalah minggu Black & White, harap semua ...