Bukan la nak tayang kepada orang lain tapi sekadar nak menilai kualiti pada pandangan orang yang lebih jujur. Biasanya bila kita post gambar di forum-forum atau di facebook ramai yang puji dengan bermacam-macam jenis pujian walaupun gambar tu biasa sahaja. Tidak ada kejujuran kerana sikap orang melayu yang sentisa menjaga hati, saya juga begitu. Jadi saya rasa jalan yang baik adalah dengan menghantar penyertaan gambar kepada majalah fotografi (walaupun ada yang kata otai-otai tak hantar gambar kat majalah) sebab mahu orang menilai gambar kita. Alhamdulillah, saya pernah cuba menghantar gambar di DCM dan dari 5 keping gambar yang pernah saya hantar 2 tersiar. Saya sedar saya tidak bersaing dengan orang-orang yang lebih hebat kerana terlalu ramai jurugambar yang hebat-hebat tidak menghantar penyertaan. Tapi saya hantar untuk kepuasan diri sendiri bukan untuk orang lain.
Tersiar pada keluaran Feb 2010
Tersiar pada keluaran Mei 2011
Siapa yang berminat juga boleh cuba di http://www.reuters.com/news/yourView untuk menilai hasil kerja photojurnalis. Tidak la kita 'syok sendiri'. Saya pun dah lama tak buka laman web ni. Insyallah akan cuba lagi lepas ni. Ingat buat bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri sendiri. Tidak ada bayaran untuk kita tapi sekurang-kurangnya ada orang menilai hasil kerja kita. Kalau tersiar bermakna ok la tu.
Antara hasil yang tersiar tahun 2009
Teruskan berkarya untuk diri kita dan berusaha untuk terus maju dalam dunia fotografi.
Website : http://cmratu.com/
Flickr : http://www.flickr.com/photos/cmratu
Tahniah :)
ReplyDeleteTahniah Mus..ya betul kepuasan diri yg dicari.. :)
ReplyDeleteHidup Muktasim...Hidup Muktasim... Moga ang jadi kaya boleh beli kapal selam...
ReplyDelete