Skip to main content

Shutter count

Setiap kamera DSLR ada had penggunaan shutter. Contohnya menurut http://imaging.nikon.com/lineup/dslr/d7000/features03.htm, had penggunaan shutter bagi Nikon D7000 adalah lebih kurang 150 000.  'Total Number of Shutter Releases for Camera' atau 'Shutter Count' merupakan antara perkara yang pemilik DSLR sentiasa ingin tahu. Saya menggunakan software Opanda IExif 2 bagi melihat  'Total Number of Shutter Releases for Camera' pada kamera saya. Pengetahuan tentang ini juga penting bagi mereka yang ingin membeli kamera '2nd hand'. Kalau boleh anda minta gambar terbaru dari kamera tersebut untuk anda lihat 'shutter count' menggunakan Opanda IExif 2 (http://www.opanda.com/en/iexif/ - untuk download) atau software lain yang boleh mendapatkan data 'shutter count'. Kemudian cari di internet had penggunaan shutter bagi model kamera tersebut bagi mengetahui peratusan penggunaan kamera tersebut. Sebenarnya banyak lagi yang perlu kita nilai sebelum membeli kamera '2nd hand'. 

Dengan menggunakan Opanda IExif 2 kita juga dapat melihat segala maklumat yang ada pada gambar tersebut. Contohnya dalam gambar dibawah. (klik gambar untuk paparan lebih besar)




Saya beli Nikon D7000 pada 18 Mac 2011 dan saya balik semak  'Total Number of Shutter Releases for Camera' gambar pertama adalah 001. Dan hari ini (22 Jun 2011 - 96 hari dari tarikh pembeliaan) gambar terakhir saya ambil pagi tadi sudah pun 9916. Jadi purata penggunaan adalah 103.3 shutter sehari. Dan baru 6.6% penggunaan sebelum sampai 150000 shutter count. Jika kiraan purata shutter sehari ini kekal, maka saya masih boleh menggunakan Nikon D7000 selama 1356 hari atau 3 tahun 8 bulan 21 hari.  Saya yakin dan dapat bayangkan kamera yang pasti lebih hebat dari D3s pada 3 tahun akan datang. Dan pasti D7000 sudah ketinggalan jauh di belakang. Jadi apa patut buat masa itu?

Saya rasa cara pengiraannya tidak la susah kerana hanya menggunakan matematik mudah.

Sesetengah pemilik DSLR sayang untuk menggunakan shutter untuk mengambil gambar kerana takut rugi. DSLR pertama saya adalah Nikon D40 di beli pada Okt 2008 dan rosak sebab masuk air pada Feb 2010, dalam tempoh itu saya hanya gunakan lebih kurang 32000 shutter. Ini sekadar pendapat saya, gunalah sepenuhnya shutter pada peringkat awal penglibatan kita dan jangan la fikirkan sangat tentang pembaziran kerana setiap kali menekan shutter sebenarnya kita belajar sesuatu (tapi pastikan kita fikir dulu sebelum tekan, bukan main tekan ja) yang baru.


Comments

  1. yeah.. ada limit.. tapi kalau bukan ambik photo professional.. tak apa la :P

    ReplyDelete
  2. hehehehe ...
    sayang shutter...ditekan-tekan :)

    ReplyDelete
  3. tekanan..tekanan..keh keh keh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...

Adab Masuk Rumah Baru

Alhamdulillah Jumaat lepas 21 April 2012 selesai sudah bayaran akhir daripada Bahagian Pinjaman Perumahan ( BPP ) kepada Penang Development Corporation ( PDC ) maka saya pun dapatlah mengambil kunci rumah yang sepatutnya di terima pada awal bulan Mac. Dah dapat kunci saya pun cari la adab masuk rumah baru untuk di pratikkan dan dikongsikan bersama.  Perkara pertama sebelum masuk rumah baru adalah dengan memberi Salam. Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT, “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram s...