Skip to main content

Potrait Damia Maisarah

Hari ini (16 Jun 2011) cuba ambil gambar Damia Maisarah dengan baju 'ladybird' dalam rumah. Berpeluh baba dengan mama Damia Maisarah layan kerenah dia yang susah sangat nak duduk diam. Macam-macam cara guna nak bagi dpt moment yang best. Tapi dengan ruang yang sempit agak menyukarkan kerja. Mungkin perkongsian ini dapat membantu siapa yang berminat untuk ambil gambar budak umur lingkugan 6 bulan - 1 tahun. Memang tak sama dengan mengambil gambar kanak-kanak 2tahun ke atas. Yang pasti kita perlukan lebih dari seorang untuk sesi fotografi ini. Lagi ramai lagi bagus. Damia suka bergerak dan cukup susah nak pandang kamera. Jurugambar perlu sabar menunggu moment yang sesuai dan tidak boleh leka. Pembantu yang terbaik sudah pasti ibu atau bapa budak tersebut. Pembantu perlu letak semula anak ke tempat yang sepatutnya (jika dah setkan latarbelakang tertentu) dan menarik perhatian supaya memandang kamera. Jadi pembantu kena berada di belakang jurugambar. Jika budak tersebut belum dapat berdiri dengan baik dan kita mahukan posing berdiri maka pembantu perlu menjaga supaya budak tersebut tidak jatuh semasa memegang objek penyokong. Bukan kerja mudah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Saya pun tak cukup sabar sebab dah berpeluh teruk tadi. Maka hasilnya pun biasa-biasa sahaja. 


Apa-apa pun apa yang yang kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya mengambil gambar Damia Maisarah. Mungkin budak-budak lain tak macam Damia Maisarah.. saya sayang sangat-sangat anak saya ni..


Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...