Skip to main content

Tersiar di Majalah..

Bukan la nak tayang kepada orang lain tapi sekadar nak menilai kualiti pada pandangan orang yang lebih jujur. Biasanya bila kita post gambar di forum-forum atau di facebook ramai yang puji dengan bermacam-macam jenis pujian walaupun gambar tu biasa sahaja. Tidak ada kejujuran kerana sikap orang melayu yang sentisa menjaga hati, saya juga begitu. Jadi saya rasa jalan yang baik adalah dengan menghantar penyertaan gambar kepada majalah fotografi (walaupun ada yang kata otai-otai tak hantar gambar kat majalah) sebab mahu orang menilai gambar kita. Alhamdulillah, saya pernah cuba menghantar gambar di DCM dan dari 5 keping gambar yang pernah saya hantar 2 tersiar. Saya sedar saya tidak bersaing dengan orang-orang yang lebih hebat kerana terlalu ramai jurugambar yang hebat-hebat tidak menghantar penyertaan. Tapi saya hantar untuk kepuasan diri sendiri bukan untuk orang lain. 



Tersiar pada keluaran Feb 2010


Tersiar pada keluaran Mei 2011

Siapa yang berminat juga boleh cuba di http://www.reuters.com/news/yourView untuk menilai hasil kerja photojurnalis. Tidak la kita 'syok sendiri'. Saya pun dah lama tak buka laman web ni. Insyallah akan cuba lagi lepas ni. Ingat buat bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri sendiri. Tidak ada bayaran untuk kita tapi sekurang-kurangnya ada orang menilai hasil kerja kita. Kalau tersiar bermakna ok la tu. 


Antara hasil yang tersiar tahun 2009

Teruskan berkarya untuk diri kita dan berusaha untuk terus maju dalam dunia fotografi. 

Comments

  1. Tahniah Mus..ya betul kepuasan diri yg dicari.. :)

    ReplyDelete
  2. Hidup Muktasim...Hidup Muktasim... Moga ang jadi kaya boleh beli kapal selam...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Wordless Wednesday #2

P14G PALING SEMPOI, MESTI CUBA Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu TOYOTA ROAD SHOW HOTLINK VOTE BLOGGER

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran