Skip to main content

Sunrise latar belakang Jambatan kedua Pulau Pinang

Dah lama rasanya tak keluar ambil gambar sunrise dan sunset, alhamdulillah hari ini sempena cuti hari merdeka yang jatuh pada hari ahad dapat la saya luangkan masa untuk penuhi hobi saya yang suka mengambil gambar ini. Kalau tidak saya hanya jurugambar perkahwinan dan jurugambar majlis-majlis tertentu di sekolah sahaja. Memandangkan hobi saya mengambil gambar maka tak pernah saya rasakan ianya satu beban malah saya akan buatkan yang terbaik walaupun tanpa bayaran. Gambar yang cantik merupakan satu kepuasan buat saya.

Ini antara hasil sunrise pagi 17 September 2012 dan jambatan yang masih dalam pembinaan di sebalik matahari terbit itu adalah jambatan pulau pinang yang kedua. Gambar di rakam dari kg nelayan Telok Tempoyak. Telok Tempoyak juga terkenal dengan ikan bakar yang cukup sedap.


Yang bawah ini pula gambar panorama yang di cantum daripada 8 keping gambar dengan menggunakan photoshop. Boleh lihat tutorial stitch panorama pada yang tidak pernah mencuba. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.


Inilah anatara kerja yang saya lakukan dalam masa mendapatkan ilham dan mood mengedit custom album. Stok gambar banyak tapi tak semua sempat saya edit dan kongsikan. Saya masih banyak perlu belajar dalam bidang 'landscape photograpy'. Kalau yang betul-betul minat boleh belajar dengan Abam Jiwa Al-Hadi antara otai 'landscape photograpy' di Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Wordless Wednesday #2

P14G PALING SEMPOI, MESTI CUBA Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu TOYOTA ROAD SHOW HOTLINK VOTE BLOGGER

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran