Malaysia masih lagi dalam mood kemerdekaan ke-55. Sambutan hari kemerdekaan bermula 16 Ogos hingga 16 September sempena hari penubuhan Malaysia. Jadi pelbagai aktiviti di jalankan di sekolah sebagai menyahut seruan kerajaan menyambut hari kemerdekaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, mengibarkan bendera kebangsaan di setiap kelas, melukis mural berkaitan kemerdekaan di dinding2 kelas mengikut kreativiti kelas masing-masing, menyayikan lagu patriotik, sajak, pantun, membuat pameran sejarah, menurunkan tandatangan dan ucapan hari kemerdekaan di atas banner dan menurunkan cap tangan (warna merah) pada kain yang telah di sediakan.
Berikut merupakan gambar yang sempat saya rakam di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda sepanjang bulan kemerdekaan.
Ok ke tone macam ni? sekarang ni dah tak letak watermark senang kalau guru-guru nak guna tak kisah la untuk tujuan apa pun.
Comments
Post a Comment