Skip to main content

Rumahku Syurgaku

Hari ini nak kongsi cerita tentang rumahku syurgaku. Kenapa perlu kita jadikan rumah kita ibarat syurga? jawapan saya kerana rumah tempat kita berehat setelah seharian bekerja mencari rezeki. Bagaimana yang di katakan syurga? syurga di bayangkan tempat yang paling indah dan tidak ada keindahan di muka bumi ini dapat setanding dengannya. Dengan kata lain yang lebih mudah SELESA (kalau isteri tak suka suami keluar rumah pastikan rumah selesa mengikut citarasa suami).

Namun begitu banyak halangan yang timbul tambahan pula jika rumah yang didiami merupakan rumah sewa. Kesungguhnan untuk menjaga dan menghiasi rumah kurang berbanding rumah sendiri. Maklumlah akhirnya menjadi rumah orang lain, tetapi pandangan dan perasaan begini perlu dibuang. 

Saya suka membaca artikel tulisan ariffshah PERLUMBAAN TIKUS yang membuka minda saya kenapa perlu ada rumah sendiri dan kalau mampu beli rumah sebanyak yang boleh sebelum pencen. Boleh ke macam tu? Alhamdulillah saya dah pun ada rumah sendiri walaupun sekadar rumah pangsa 700sf. Tapi saya tetap ingatkan isteri saya supaya jadikannya syurga dunia kami. 

Dengan bantuan pinjaman perumahan kerajaan alhamdulillah kurang sikit beban berbanding pinjaman bank yang faedahnya lebih tinggi. Jadi kepada rakan-rakan yang belum ada rumah sendiri jangan buang masa lagi, tetapkan sasaran, rancang kewangan dan pilih rumah yang bersesuaian dengan pendapatan. Harga rumah makin hari makin naik jadi kalau nak tunggu gaji kita naik maka tak belilah rumah. Belilah segera dan jadikan ainya syurga dunia anda.

Gambar rumah saya tak ada yg ada ni masa mula-mula masuk sekarang dah lain sedikit.


Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran