Skip to main content

Ringkasan Belanjawan 2013

Akhirnya penantian semua rakyat Malaysia terjawab sudah selepas belanjawan 2013 Malaysia dibentangkan oleh perdana menteri malaysia dengan panjang lebar di parlimen sebentar tadi. Berikut merupakan ringkasan belanjawan 2013 yang telah dibentang.


RINGKASAN BELANJAWAN 2013 MALAYSIA

Pembuka kata
  • Kerajaan tidak pernah menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.
  •  Naskhah bajet ini penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan.
  • Asas ekonomi kukuh membolehkan ekonomi negara di landasan teguh.
Gambaran umum
  • Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.
  • Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.
  • Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.
  • Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.
Isi penting

  • Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  • Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  • Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  • Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
  • RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013. 
  • Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  • Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
Industri halal
  • SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  • Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
  • Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.

Petani, nelayan & penjaja kecil
  • Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  • Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  • Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  • Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.
  • Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

Galakan amanah perniagaan
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  • RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

Pasaran modal
  • Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
Pasukan keselamatan
  • Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
  • Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
  • Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuanone-off RM1,000.
  • Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
  • Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
  • Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
  • Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
  • SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
Imbuhan
  • Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  • Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  • Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
  • Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
  • Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
  • Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
  • Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  • Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.
  • Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
  • Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
  • Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  • Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
  • Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
  • Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam.

Ok tak? pada saya memang sangat baik. Saya yakin kaki tangan awam yang lain juga akan rasa gembira degnan belanjawan 2013 yang dibentangkan ini. Semoga negara ini terus maju dan kekal aman selamanya. 

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...

Adab Masuk Rumah Baru

Alhamdulillah Jumaat lepas 21 April 2012 selesai sudah bayaran akhir daripada Bahagian Pinjaman Perumahan ( BPP ) kepada Penang Development Corporation ( PDC ) maka saya pun dapatlah mengambil kunci rumah yang sepatutnya di terima pada awal bulan Mac. Dah dapat kunci saya pun cari la adab masuk rumah baru untuk di pratikkan dan dikongsikan bersama.  Perkara pertama sebelum masuk rumah baru adalah dengan memberi Salam. Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT, “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram s...