Skip to main content

Permohonan ke SM Teknik dan Kolej Vokasional

Permohonan untuk masuk ke sekolah menengah teknik dan kolej vokasional telah pun di buka mulai semalam (24 September 2012) dan para pelajar tingakatan 3 yang bakal menduduki PMR pada bulan hadapan boleh mula membuat permohonan sekarang. 



Pelajar perlu bincang dengan ibubapa atau kaunselor bagi membuat pilihan mata pelajaran berdasarkan minat dan pencapaian semasa. Banyak subjek baru di kolej vokasional yang di perkenalkan pada tahun ini. Insyallah kemahiran yang di ajar akan dapat diguna pakai untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan juga dalam pekerjaan.

Boleh rujuk padi link di bawah untuk maklumat lanjut.

Saya juga merupakan bekas pelajar sekolah teknik. SM Teknik lebih banyak teori berbanding vokasional yang lebih kepada pendidikan amali dan kemahiran. 

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...

Adab Masuk Rumah Baru

Alhamdulillah Jumaat lepas 21 April 2012 selesai sudah bayaran akhir daripada Bahagian Pinjaman Perumahan ( BPP ) kepada Penang Development Corporation ( PDC ) maka saya pun dapatlah mengambil kunci rumah yang sepatutnya di terima pada awal bulan Mac. Dah dapat kunci saya pun cari la adab masuk rumah baru untuk di pratikkan dan dikongsikan bersama.  Perkara pertama sebelum masuk rumah baru adalah dengan memberi Salam. Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT, “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram s...