Skip to main content

Guru sekolah di pukul

Sedih sangat baca muka depan Harian Metro hari ini. Bayangkan seorang guru di pukul oleh 15orang pelajar tingkatan 5 di dalam kelas di dalam kawasan sekolah. Harap sangat guru tersebut tidak menarik semula laporan polis dan pastikan kesemua pelajar ini mendapat pengajaran di atas kelakuan mereka yang pada saya sangat keterlaluan.


ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.

Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.

“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.


Inilah kesan dari kurangnya penumpuan pendidikan akhlak dan hanya mengejar A. Pelajar sekolah hanya belajar untuk capai kejayaan dalam PEPERIKSAAN (bagi yang datang sekolah untuk belajar) manakala guru mengajar supaya graf pencapaian pelajar tidak menurun, kalau menurun pengetua kena soal dengan PPD/JPN dan guru-guru kena soal dengan pengetua. Jadi semua hanya fokus pada PEPERIKSAAN sahaja. Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang baru diperkenalkan tahun ini diharap dapat mengatasi masalah ini kerana markah sahsiah juga dinilai. 

Saya tidak mengajar tingkatan 1 tahun ini jadi saya belum lalui PBS yang baru, cuma dengar rungutan dari rakan-rakan yang mengajar tingkatan 1 PBS yang di perkenalkan menambah beban tugas guru.

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran