Semalam selepas solat Jummat di Masjid Jelutong, Pulau Pinang jemaah berhimpun di hadapan Masjib membuat demontrasi bantahan terhadap penerbitan filem Innocence of Muslims dan juga bantahan terhadap Presiden Amerika Syarikat yang menyatakan pendirian penerbitan ini adalah sebagai kebebasan bersuara. Perhimpunan aman ini menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia masih ambil kisah dan sayangkan agama Islam. Inilah antara cara yang ada untuk menyatakannya selain dari cara-cara ilmiah yang mungkin tidak ramai mampu lakukan, boleh rujuk artikel SAYANG NABI: DARI NURANI KE DEMONSTRASI tulisan Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Jom lihat antara gambar yang sempat saya rakam. Sayangnya tak bawa lens yang sesuai jadi cuma ini sahaja yang termampu.
Tahniah juga kepada Perdana Menteri Malaysia kerana berani menyatakan pendirian beliau berkaitan isu ini di http://1malaysia.com.my/blog/my-statement-on-innocence-of-muslims-film-and-charlie-hebdo-caricatures/
Comments
Post a Comment