Skip to main content

Telefon bimbit di bawa ke sekolah banyak negetif dari positif

Saya sebagai guru sangat-sangat tidak setuju dengan apa yang terjadi semalam, apabila diumumkan pelajar sekolah di benarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013. Saya tidak nampak ada guru yang bersetuju dalam hal ini. PRU 13 makin hampir, saya rasa kerajaan perlu bijak dalam mengambil hati rakyat. Guru juga rakyat dan merupakan penjawat awam teramai di negara ini. 

Apa positifnya pelajar bawa telefon bimbit ke sekolah? yang jelas mudah bagi ibu bapa/waris menghubungi pelajar begitu juga sebaliknya. 


Tetapi bagaimana pula kesan negatifnya? adakah pak menteri yang buat keputusan ini telah membuat kajian atau kaji selidik dikalangan guru? atau hanya mendapat maklum balas dari ibu bapa/waris sahaja? 

Saya senaraikan beberapa kesan negatif yang jelas kepada pelajar dan guru (yang tidak berada di sekolah mungkin tidak nampak dan rasa perkara ini).
  • Kecurian/kehilangan - Guru terpaksa buat 'spot check' untuk cari telefon bimbit yang hilang atau dicuri, laporan juga perlu di buat malah mungkin perlu berdepan dengan waris yang pelbagai ragam.
  • SMS/telefon sesama pelajar - tidak mustahil pelajar berbalas SMS di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) malah mungkin ada yang membuat panggilan telefon mengangu pelajar kelas lain.
  • Smartfon - Semakin hari makin ramai pelajar yang memiliki smartfon yang kita sedia maklum mempunyai pelbagai fungsi antaranya, GAME, FB, TWITTER, KAMERA DLL. Semua ini tidak sesuai di gunakan di sekolah. 
Ada banyak lagi kesan negetif yang ada, tapi cukuplah 3 yang saya senaraikan itu untuk menerangkan bahawa keputusan yang di buat ini menyusahkan guru dan menambah beban tugas guru. 

Apa pun kita tunggu dan lihat bagaimana pelaksanaan disiplin yang akan di keluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berhubung dengan hal ini. 

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Giveaway MERDEKA Cik Kuntum

Cik kuntum si blogger kaya, kaya dengan budi bahasa, ucapan khas Selamat Hari Raya, dan juga Selamat Hari Merdeka. Saya dah join, yang lain bila lagi..   Main game pun boleh menang RM25,000 dari Maybank PAKEJ BLACKBERRY RM25/MONTH MEMANG BERBALOI-BALOI Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...