Nampak gaya PRU 13 bukanlah dalam masa terdekat setelah Perdana Menteri mengumumkan tarikh Belanjawan 2013 yang akan di adakan pada 28 September 2012. Oleh itu terus menjadi tanda tanya adakah penjawat awam akan menerima bonus raya seperti mana yang di terima pada tahun 2012. Saya rasakan sesuatu yang tidak mustahil kerana Perdana Menteri akan lakukan pelbagai cara untuk mengambil hati rakyat dalam usaha mengekalkan pemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU 13.
Pemberian bonus akan memberi kesan positif kepada peruncitan dan mengurangkan beban rakyat. Sekiranya PRU 13 di adakan pada tahun 2013 maka tidak mustahil juga sekali lagi bonus akan di beri pada hujung tahun.
Dato' Seri Najib merupakan Perdana Menteri yang paling berat tugasnya jika hendak di bandingkan dengan Perdana Menteri sebelum ini. PRU 13 di lihat seimbang antara BN dan PR. Saya sebagai rakyat mengharapkan Pilihan Raya yang adil dan negara ini terus aman seperti sekarang.
Comments
Post a Comment