Nak mohon maaf dulu kepada semua yang tengok entry ini di pagi hari. Cadang nak post semalam tapi tak sempat pula. Gambar di bawah merupakan menu berbuka hari ke 11 iaitu salmon grill. Sangat sedap (buka puasa perut lapar makan apa pun sedap) kalau boleh nak lagi. Isi salmon tak macam isi ikan biasa. Sekejap sangat rasanya Ramadhan kali ini, mungkin kerana terlalu sibuk. Alhamdulillah dah banyak kerja yang berjaya di selesaikan dan masih ada 2 custom album yang perlu disiapkan dalam minggu ini bagi memastikan album siap sebelum Aidilfitri. Insayllah boleh disiapkan, bulan puasa ni saya tidur awal untuk bangun sahur dan selepas sahur saya lakukan kerja-kerja editting sehingga subuh. Memang waktu tu waktu paling mudah saya mendapat idea berbanding waktu-waktu lain. Ada hari yang saya dapat siapkan 3 page dalam tempoh 1 jam untuk tunggu waktu subuh.