Lepas lihat rakan-rakan facebook share di Facebook saya pun nak share di Blog. Memang best la video ni. Bila tengok mesti senyum depan PC. Hehe.. Betul-betul mengimbau kenangan lalu. Tahniah pada jinnyboytv.com atas usaha mereka.
Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi. Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...
Comments
Post a Comment