Skip to main content

Bengkel Kemahiran Hidup (KH)


Minggu ni dah 2 hari tak update blog sebab sibuk dengan tugasan jurugambar perkahwinan di Jelutong, Penang  pada 10 Mac dan di Teluk Intan, Perak pada 11 Mac. Jadi hari ini baru berkesempatan untuk update blog. Sebelum saya upload gambar-gambar di Disney On Ice PISA pada 9 Mac yang lalu saya nak kongsi dulu cerita tentang Bengkel Kemahiran Hidup (bengkel baru untuk saya).

Mulai tahun 2012 saya tidak lagi mengajar mata pelajaran Rekacipta setelah hampir 4 tahun mengajar subjek tersebut, kerana telah ada guru yang major rekacipta di sekolah ini dan saya pula telah menyambung pengajian PJJ PPG UPSI pada Mac tahun lalu major matapelajaran Kemahiran Hidup. Jadi kena la mengajar Kemahiran Hidup. 


Alhamdulillah minggu lepas saya telah mendapat hak untuk menggunakan bengkel yang baru bina semula setelah mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran yang berlaku pada tahun lalu. Rugi tak ambil gambar sebelum dan selepas di bersihkan. Memang cukup memenatkan. Tapi hasilnya memang memuaskan. 

Bengkel ini juga bakal menjadi tempat perjumpan kelab fotografi dan sesi fotografi bagi pelajar dan guru, bersesuaian dengan tugas saya sebagai jawatankuasa dokumentasi sekolah dan guru penasihat kelab fotografi sekolah. 

Suka sangat dah ada bengkel baru. Harap saya akan jaga bengkel ini sebaik mungkin dan pastikan kemas. Lebih mudah menjaga bengkel Kemahiran Hidup berbanding rekacipta yang projek kerja kursusnya besar.


Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Wordless Wednesday #2

P14G PALING SEMPOI, MESTI CUBA Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu TOYOTA ROAD SHOW HOTLINK VOTE BLOGGER

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran